Abd Rahim Bakri
Yang Berhormat Datuk Haji Abd Rahim Bakri DMSM (Melaka); MP | |
---|---|
عبدالرحيم بن بكري | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kudat, Sabah | |
Dalam jawatan 2004 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Konstitusi ditubuhkan |
Digantikan oleh | Verdon Bahanda |
Majoriti | 6,748 (2004) 9,895 (2008) 12,376 (2013) 1,359 (2018) |
Timbalan Menteri Kewangan I | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 Berkhidmat dengan Mohd Shahar Abdullah Timbalan II | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz |
Didahului oleh | Amiruddin Hamzah |
Digantikan oleh | Mohd Shahar Abdullah |
Kawasan pilihan raya | Kudat |
Timbalan Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 29 Julai 2015 | |
Raja | Sultan Abdul Halim |
Perdana Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak |
Menteri | Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein |
Didahului oleh | Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Ahmad |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Johari bin Baharom |
Kawasan pilihan raya | Kudat |
Timbalan Menteri Pengangkutan | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 15 Mei 2013 Berkhidmat dengan Yang Berhormat Datuk Robert Lau Hoi Chew 2009-2010 Yang Berhormat Jelaing Anak Mersat 2010-2013 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Abdul Halim |
Perdana Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak |
Menteri | Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat 2009-2010 Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Kong Cho Ha 2010-2013 |
Didahului oleh | Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukim |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Datuk Abdul Aziz Kaprawi |
Kawasan pilihan raya | Kudat |
Timbalan Luar Negeri | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Abdul Halim |
Perdana Menteri | Yang Amat Berbahagia Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi |
Menteri | Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim |
Didahului oleh | Yang Berhormat Dato' Joseph Salang Gandum |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Senator Kohilan Pillay Yang Berbahagia Dato' Lee Chee Leong |
Kawasan pilihan raya | Kudat |
Butiran peribadi | |
Lahir | Abd Rahim bin Bakri (1961-04-11) 11 April 1961 (umur 63) Kampung Rosob, Pitas, Kudat, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | UMNO (sehingga 2018) BEBAS (2018-2019) PPBM (2019-kini) |
Sekutu gabungan politik lain | BN (sehingga 2018) PH (2019-2020) PN (2020-kini) |
Pasangan | Datin Faridah Haji Mohd Wasli |
Anak-anak | Edlee Nabilah Ahmad Haikal |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Gaji | RM37,347.65 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM2.5 ke 5 juta[1] |
Datuk Abd Rahim Bakri merupakan Ahli Parlimen Kudat, Sabah yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan I bermula pada 10 Mac 2020 atas lantikan daripada Perdana Menteri Ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga bersama dalam komponen kerajaan Perikatan Nasional. Beliau sebelum ini meninggalkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam gabungan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi Bebas pada 2018.[2]
Dahulunya, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Luar Negeri.
Kehidupan awal
Abdul Rahim Bakri menerima pendidikan di SK Rosob, Pitas, Kudat, Sabah ; SMK Kudat (sekarang SMK Abdul Rahim) (1974 - 1978) dan SMK Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah (1979 - 1980). Kemudian lanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1981 - 1985) jurusan Pengurusan Pentadbiran. Selepas itu beliau bekerja di Swee Joo Bhd (12 Jun 2006 - 15 Mei 2008) ; FAMA (2005-2008) ; Saham Sabah Berhad (30 Julai 2004 - 15 Feb 2006).
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004[4] | Abdul Rahim Bakri (UMNO-BN) | 13,236 | 56.61% | Abdul Rahman Sedik (BEBAS) | 6,488 | 27.75% | ||
2008 | Abdul Rahim Bakri (UMNO-BN) | 17,634 | 69.50% | Yahya Othman (PKR) | 7,739 | 30.50% | ||
2013 | Abdul Rahim Bakri (UMNO-BN) | 21,883 | 60.2% | Rahimah Majid (PKR) | 9,507 | 26.2% | ||
2018 | Abdul Rahim Bakri (UMNO-BN) | 18,503 | 35.4%2 | Sh. Azman Sh. Along (WARISAN) | 17,144 | 32.8%2 | ||
Nota: Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah. 2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018. |
Kehormatan
- Melaka :
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2002)[5]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ Muguntan Vanar, Stephanie Lee and Natasha Joibi (12 December 2018). "Sabah Umno exodus sees nine of 10 Aduns, five of six MPs leave". The Star. Dicapai pada 24 Mac 2020.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P167 KUDAT Sabah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-18. Dicapai pada 2018-12-18.
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 25 October 2018.