Mohd Hatta Ramli
Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli DCSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15 | |
Dalam jawatan 20 Mac 2023 – 19 Mac 2026 | |
Penggal | Pertama |
Naib Presiden AMANAH (Lantikan) | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 2023 Berkhidmat dengan Dzulkefly Ahmad, Siti Mariah Mahmud, Adly Zahari dan Mahfuz Omar | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P74 Lumut, Perak | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohamad Imran Abd Hamid |
Digantikan oleh | Nordin Ahmad Ismail |
Majoriti | 400 |
Setiausaha Agung AMANAH | |
Dalam jawatan 11 Disember 2019 – 11 Disember 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Anuar Mohd Tahir |
Digantikan oleh | Muhammad Faiz Fadzil |
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | Mohd Redzuan Md Yusof |
Didahului oleh | Saifuddin Abdullah |
Digantikan oleh | Mas Ermieyati Samsudin |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1956-09-11) 11 September 1956 (umur 68) Sitiawan, Perak |
Parti politik | PH-AMANAH |
Pasangan | Datin Wira Dr. Kalsom Maskon[1] |
Anak-anak | 7 orang |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Nasional Singapura |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Doktor Perubatan |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | Laman Blogspot Dr. Hatta |
YB Senator Datuk Wira[2] Dr. Mohd Hatta Md. Ramli adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ahli Parlimen Lumut, Perak dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan (2008-2018). Beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional. Beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.
Pendidikan
Menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian belajar jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Kesihatan di Universiti Nasional Singapura.
Keluarga
Beliau dilahirkan pada 11 September 1956 di Sitiawan, negeri Perak. Beliau adalah anak ke-7 dari 8 orang adik-beradik. Ibunya Arga’ayah Mat Rawi.
Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Maskon dan dikurniakan dengan 7 orang anak.
Kerjaya dan politik
Pada peringkat awal beliau menjadi Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor. Seterusnya sebagai Pegawai Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan UKM.
- Presiden Persatuan Perubatan Islam 1996-1998
- Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam 1996-1998
- Naib Pengerusi PIBG MCKK 1994-1996
- Pengerusi PIBG Sek Tun Fatimah 2000-2002
- Bantuan kemanusiaan ke Iraq 1991
- Bantuan kemanusiaan ke Afghanistan 2001
- Bantuan kemanusiaan ke Iraq 2003
- Bantuan kemanusiaan ke Aceh 2005
- Bantuan kemanusiaan ke Pakistan 2005
- Pemantau Pilihan Raya Timor Timur
- Pemantau Pilihan Raya Indonesia 1998, 2004
- Misi pemantau ke Selatan Filipina
- Pasukan Perubatan Haji 1989, 1990, 1992
- Pakar Rujuk UNICEF ke Korea Utara, 1993
- Persidangan Hepatitis B, Cameroon, Afrika Barat, 1991
- Persidangan Hepatitis B, Geneva Switzerland, 1989
- Setiausaha Politik mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
- Doktor Peribadi mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
- Exco Pemuda PAS Pusat
- Ketua Pemuda PAS Selangor
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
- YDP PAS Gombak
- AJK PAS Pusat
- Bendahari PAS Pusat, YDP PAS Gombak[3]
- Bersama-sama dengan Mohamad Sabu dan bekas ahli-ahli PAS yang lain membentuk Parti Amanah Negara
- Menjadi Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Lumut | Mohd Hatta Ramli | PH (AMANAH) | 20,358 | Nordin Ahmad Ismail | PN (BERSATU) | 25,212 | 363 |
Zambry Abdul Kadir | BN (UMNO) | 24,849 | ||||||
Mazlan Abd Ghani | GTA (PEJUANG) | 385 | ||||||
Isnin | WARISAN | 358 | ||||||
2018 | Mohd Hatta Ramli | PH (AMANAH) | 21,955 | Zambry Abdul Kadir | BN (UMNO) | 21,555 | 400 | |
Zamri Ibrahim | PAS | 10,135 | ||||||
2013 | Kuala Krai | Mohd Hatta Ramli | PAS | 27,919 | Tuan Aziz Tuan Mat | BN (UMNO) | 25,876 | 2,043 |
2008 | Mohd Hatta Ramli | PAS | 23,562 | Che Musa | BN (UMNO) | 18,578 | 4,984 | |
2004 | Gombak | Mohd Hatta Ramli | PAS | 26,663 | Rahman Ismail | BN (UMNO) | 39,870 | 13,207 |
1999 | Mohd Hatta Ramli | PAS | 27,310 | Zaleha Ismail | BN (UMNO) | 28,113 | 803 |
Dewan Negeri Selangor
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Taman Templer | Mohd Hatta Ramli | PAS | 8,911 | Ahmad Bhari Abdul Rahman | BN (UMNO) | 16,536 | 7,625 |
Isu-isu
- Pada 26 Januari 2008, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Dr Hatta Ramli dan lain-lain dari menyertai perhimpunan NGO Protes di KLCC.
- Dr Hatta Ramli pernah mencadangkan agar tanaman tembakau yang banyak diusahakan oleh penduduk di Kelantan perlu ditukar dengan tanaman alternatif lain yang lebih menguntungkan. Ini kerana menghisap rokok telah difatwakan sebagai haram di Malaysia kerana boleh menjejaskan kesihatan jantung para perokok aktif dan perokok pasif.
Anugerah
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Wira (2018)
Pautan luar
Mohd Hatta Ramli di Facebook
Rujukan
Pautan luar
- Laman blog Hatta Ramli
- Mohd Hatta Ramli di Facebook