Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
---|---|
Nama Melayu | Gabungan Parti Sarawak ݢابوڠن ڤرتي سراوقcode: ms is deprecated |
Nama Cina | 砂拉越政黨聯盟code: zh is deprecated 砂拉越政党联盟code: zh is deprecated Shālāyuè zhèngdǎng liánméngcode: zh is deprecated |
Singkatan | GPS |
Presiden | Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg |
Setiausaha agung | Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof (pemangku) |
Timbalan Presiden | • Datuk Amar Douglas Uggah Embas • Dato' Sri Dr. Sim Kui Hian • Dato' Joseph Salang Gandum |
Pengasas | Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg |
Diasaskan | 12 Jun 2018 (2018-06-12) |
Disahkan | 19 November 2018[1][2] |
Didahului oleh | Parti Perikatan Sarawak (1963-1973) (Secara tidak langsung dari pemerintahan awal "Parti Perikatan") |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Akhbar | • Jiwa Bakti • Suara Sarawak • Malay Mail • Sa'ati Media tidak rasmi: • See Hua Daily News • The Borneo Post • Utusan Borneo • TVS • DayakDaily (online news) • Radio Televisyen Malaysia (RTM) • Media Prima Berhad (MPB) • Astro Awani (Astro) • CNA (Singapura) |
Sayap pelajar | Gerakan Mahasiswa GPS |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda GPS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita GPS |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Hak Bumiputera negeri Marhaenisme negeri Kerjasama pelbagai kaum Hak kebajikan rakyat Kuasa politik rakyat Hak peribumi Sarawak Kestabilan politik negeri Hak ekonomi negeri Kerajaan yang adil Demokrasi semua kaum Sekularisme negeri Berfikiran kritis dan sahih |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kanan |
Penggabungan kebangsaan | Rakan gabungan: • Barisan Nasional (1973–2018) (sebagai BN Sarawak) • Gabungan UMNO–BN (2020–2022) (sebagai rakan politik nasional) • Gabungan Perpaduan PH+BN (sejak 2022) • Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2023) |
Warna | Hitam dan Merah |
Slogan | Utamakan Sarawak[3][4] |
Lagu parti | "GPS Utamakan Sarawak"[5] |
Dewan Negara: | 4 / 70 |
Dewan Rakyat: | 23 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 76 / 82 |
Premier Sarawak: | 1 / 1 (hanya di Sarawak) |
Bendera parti | |
(Bendera rasmi GPS) | |
Laman sesawang | |
https://gpsarawak.com/parlimen | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Gabungan Parti Sarawak (singkatan: GPS) adalah gabungan parti politik berbilang kaum di Sarawak, Malaysia. Gabungan politik tempatan ini telah disahkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 19 November 2018.[1][2] Dalam Dewan Rakyat terkini, setakat November 2022, GPS membentuk blok keempat terbesar. Di peringkat negeri, GPS merupakan blok dominan, dengan memiliki majoriti dua-per-tiga dan gabungan ini mempromosikan kesatuan diantara presiden parti-parti tempatan dan rakyat-rakyat tempatan.
GPS dipromosikan sebagai sebuah gabungan parti yang universal, bebas, dan juga dapat menyokong atau menentang sebarang idea, kenyataan, dan cadangan daripada pihak kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang di seluruh Malaysia.[6] Walau bagaimanapun, GPS juga pernah dikritik pihak pembangkang kerana dakwaan penindasan terhadap pembangkang dan pembesar yang tak sehaluan.[7]
Sejarah
Penubuhan
Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan gabungan parti politik nasional Sarawak, yang terdiri daripada penggabungan empat parti komponen tempatan Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP). Selain itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini merupakan gabungan parti politik tempatan yang bebas, universal, dan kompleks di Sarawak. Ini kerana gabungan parti politik ini berhak menyokong atau menentang mana-mana pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang di seluruh Sarawak, dan juga di seluruh Malaysia secara amnya.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini mula diperkenalkan pada 12 Jun 2018, sebagai suatu gabungan parti di bawah Barisan Nasional (BN).[8] Namun pada 19 November 2018, Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara rasmi diluluskan di bawah Akta Pertubuhan 1966, serta diiktiraf terus oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai "gabungan parti politik bebas" yang sah. Gabungan parti politik ini dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri semasa berlangsungnya pilihan raya negeri, pilihan raya umum, dan pilihan raya kecil yang berlangsung di Sarawak.
Berikutan kemelut politik Malaysia 2020–2022 yang menyaksikan kerajaan asal Pakatan Harapan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, GPS memeterai perjanjian dengan mengisytiharkan sokongan kepada gabungan kerajaan baharu, Perikatan Nasional. Abang Jo bagaimanapun menegaskan perjanjian itu tidak akan menyaksikan GPS menjadi ahli PN, sebaliknya kekal sebagai rakan kongsi.[9] Seminggu selepas pemilihan perdana menteri PN, Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu, beliau mengumumkan kabinetnya yang menyaksikan empat ahli parlimen GPS menjadi menteri penuh, dan lima lagi ahli menjadi timbalan menteri.[10] Parti itu membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya pada pilihan raya negeri Sarawak 2021. Pemilihan itu ditandakan sebagai kejayaan besar bagi parti itu, kerana ia meningkatkan kawalan ke atas Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.[11]
Pada pilihan raya umum Malaysia ke-15, GPS memperoleh kejayaan besar dalam bahagian Sarawak, dengan 23 kerusi diperoleh daripada 31 kerusi keseluruhan di Sarawak. Dalam situasi parlimen tergantung yang terbit dalam pilihan raya itu, blok GPS yang besar dilihat sebagai penentu utama blok kerajaan yang bakal terbina.
pilihan raya umum
pilihan raya negeri
Keputusan pilihan raya
Dewan undangan negeri
Pilihan raya | Dewan Undangan Negeri | |
---|---|---|
Sarawak | menang / bertanding | |
2/3 majoriti | 2 / 3 | |
2021 | 76 / 82 | 76 / 82 |
Parlimen
PRU | Parlimen | % | Perubahan | Nota |
---|---|---|---|---|
2022 | 23 / 31 | 74% | ▲ 4 | GPS berjaya merampas semula Puncak Borneo, Lubok Antu, Selangau dan Sarikei |
Wakil rakyat
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
No. | Nama | Parti | Penggal | Penggal mula | Penggal tamat | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Susan Chemerai Anding, YB Senator Puan[12] | GPS (PBB) | Kedua | 21 Ogos 2023 (2023-08-21) | 20 Ogos 2026 (2026-08-20) | |
2 | Rita Sarimah Patrick Insol, YB Senator Puan[12] | GPS (PRS) | Kedua | 20 November 2023 (2023-11-20) | 19 November 2024 (2024-11-19) | |
3 | Mutang Tagal, YB Senator Datuk | GPS (PBB) | Pertama | 19 Februari 2024 (2024-02-19) | 18 Februari 2027 (2027-02-18) | |
4 | Pele Peter Tinggom, YB Senator Tuan | GPS (PDP) | Pertama | 5 Mac 2024 (2024-03-05) | 4 Mac 2024 (2024-03-04) |
Nota: Susunan mengikut senioriti.
Lantikan Dewan Undangan Negeri
No. | Negeri | Senator | Parti | Penggal | Penggal mula | Penggal tamat | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Sarawak | Ahmad Ibrahim, YB Senator Datuk | GPS (PBB) | Pertama | 18 Julai 2022 (2022-07-18) | 17 Julai 2025 (2025-07-17) | |
2 | Sarawak | Michael Mujah Lihan, YB Senator Tuan | GPS (PBB) | Pertama | 11 Disember 2023 | 10 Disember 2026 |
Nota: Susunan mengikut negeri
Dewan Rakyat
Kerajaan negeri
Negeri | Jawatan | Ahli | Parti | Dewan Undangan Negeri | |
---|---|---|---|---|---|
Sarawak | Premier | Abang Johari Tun Openg | PBB | Gedong |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Hidir Reduan Abdul Rashid (19 November 2018). "Gabungan Parti Sarawak gets nod from RoS". New Straits Times. Yahoo! News Singapore. Dicapai pada 20 November 2018.
- ^ a b Samuel Aubrey; Abdul Hakim Bujang; Kim How Pin; Peter Boon (20 November 2018). "ROS officially approves GPS". The Borneo Post. Dicapai pada 20 November 2018.
- ^ "It's 'Sarawak First That's GPS' development approach". New Sarawak Tribune. 29 November 2018. Dicapai pada 23 Januari 2019.
- ^ Jeremy Veno (10 Januari 2019). "A guiding light for GPS". The Borneo Post. Dicapai pada 23 Januari 2019.
According to Abang Johari, the focal point of the GPS logo depicts the Kenyalang (hornbill) in the shape of an ‘S’ which reflects the vision and slogan of the party of putting ‘Sarawak First’.
- ^ "Lirik Lagu GPS". Dicapai pada 13 September 2019.
- ^ Akan jadi pembangkang yang bijak dibawah Gabungan Parti Sarawak- Lukanisman
- ^ Steven Then (27 Januari 2022). "Evil of GPS to deny salaries to political opponents: PSB's Bruce Chai". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 November 2022.
- ^ [Sarawak BN parties pull out of coalition to form independent state-based pact]
- ^ "CMO: GPS not a member of Perikatan Nasional, will support Muhyiddin regardless". Borneo Post. Borneo Post. 29 Februari 2020. Dicapai pada 29 Februari 2020.
- ^ "Fadillah: GPS ministers, deputies will fight for Sarawak's rights". The Star. 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
- ^ "Landslide win for GPS coalition as it retains power in Sarawak state polls". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Januari 2022.
- ^ a b Bernama (22 Jun 2020). "Lima angkat sumpah sebagai senator". BHarian. Dicapai pada 28 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)