Zahari Kechik
YB Tuan Zahari Kechik AP | |
---|---|
Anggota Parlimen untuk Jeli | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Mustapa Mohamed |
Majoriti | 12,464 (PRU-15) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Zahari bin Kechik Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan |
Parti politik | BEBAS |
Hubungan | Mohd Adhan Kechik (Abang) |
Kediaman | Kota Bharu, Kelantan |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Peguam |
Gaji | Menurut Akta Ahli Parlimen (Pembayaran Gaji) 1980, gaji bulanan seorang MP, termasuk elaun mereka, boleh mencapai purata RM25,700. |
Portfolio | Ahli Parlimen Jeli |
Nama samaran | Pok Zahari |
YB Tuan Zahari Kechik adalah merupakan Ahli Parlimen bagi Jeli, Kelantan yang menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022 lalu. Pada Pilihan Raya Umum yang lalu, beliau telah bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu dan menggunakan logo PAS. Namun, pada 8 November 2023, beliau telah mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. YB Zahari Kechik telah dipecat daripada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana beliau telah mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim. Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato' Sri Mustapa Mohamed.[1]
Rujukan
- ^ Calon PRU Zahari Kechik
Rencana berkenaan ahli politik di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s