Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Penyandang
Dato Seri Mohamad Hasan sejak 30 Jun 2018
Gelaran Yang Berhormat Kediaman 000 Dibentuk 1946 Pemegang pertama Abdul Razak Hussein Tapak web 11 sunting · sunting di Wikidata Lihat pendokumenan templat ini
Pemilihan Agung UMNO 2018 ← 2013 30 Jun 2018 2022 →
Fail:00 Fail:00 Calon Dato Seri Mohamad Hasan Tan Sri Annuar Musa Parti 00 Undian popular 56,907 29,843 Peratusan 00 00
Timbalan Presiden UMNO sebelum pilihan raya Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan
Pemilihan Agung UMNO 2013 ← 2009 19 Oktober 2013 2018 →
Calon Tan Sri Muhyiddin Yassin Parti 00 Undian popular Menang tanpa bertanding Peratusan 00
Timbalan Presiden UMNO sebelum pilihan raya Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden UMNO merujuk kepada jawatan kedua tertingi dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia dan pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 50-an. Timbalan Presiden pertama UMNO ialah Tun Abdul Razak .
Sejarah Jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional kebiasaannya diberikan kepada Timbalan Presiden UMNO yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas kapasiti sebagai parti terbesar dan menjadi orang nombor 2 dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia .[ 1]
Selepas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 , parti tersebut tidak lagi menjadi kerajaan sebaliknya menjadi pembangkang. Oleh kerana itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dapat lagi dijawat.[ 2]
Setelah menjadi kerajaan semula dengan bergabung bersama-sama Perikatan Nasional , Gabungan Parti Sarawak , Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas bagi membentuk sebuah kerajaan campuran, Kerajaan Perikatan Nasional ,[ 3] jawatan Timbalan Perdana Menteri masih tidak dapat dijawat oleh Timbalan Pengerusi Nasional kerana, penyandangnya, Mohamad Hasan bukan merupakan Ahli Dewan Rakyat Malaysia sebaliknya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan .
Sebaliknya, Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet Muhyiddin I .[ 4]
Senarai Timbalan Presiden UMNO
Lihat juga
Rujukan ^ TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) mengiringi calon calon Barisan Nasional ^ Sorotan 2018: BN kali pertama kalah dalam PRU ^ Enam parti yang bentuk kerajaan sokong tubuh Perikatan Nasional ^ Ismail Sabri mula tugas Timbalan Perdana Menteri