Iktiraf (album)

Iktiraf
Album studio oleh
Noraniza Idris
Dilancarkan pada27 November 2000
Dirakamkan padaApril - Oktober 2000
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
StudioPro Recording Studio
Genre
  • Irama Malaysia
Panjang51:51
BahasaBahasa Melayu Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria Records
Penerbit
  • Tan Su Loke (eksekutif)
  • Pak Ngah
Kronologi Noraniza Idris Sunting nilai ini di Wikidata
Bekaba
(1999)
Iktiraf Sunting nilai ini di Wikidata
(2000)
Aura
(2002)
Single daripada Iktiraf
  1. "Iboq (Kita)"
    Dikeluarkan: 27 November 2000
  2. "Manira"
    Dikeluarkan: 10 Februari 2001
  3. "Ya Salam"
    Dikeluarkan: 25 Mei 2001
  4. "Logamaya"
    Dikeluarkan: 7 Ogos 2001
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Iktiraf ialah album studio kesepuluh oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 27 November 2000, oleh Suria Records. Noraniza sekali lagi menggunakan khidmat Pak Ngah sebagai penerbit album dan penggubah lagu.

Eksperimentasi

Menerusi album ini Noraniza dan Pak Ngah merakamkan lagu-lagu klasik dengan susunan muzik yang lebih rancak. Adunan kontemporari ini dibuat khas untuk menarik minat anak muda supaya meminati irama tradisional. Album ini juga menuntut Noraniza mendalami lebih dalam pelbagai jenis rentak tarian zapin. Ia banyak ditonjolkan dalam persembahan lagu Manira, Logamaya dan Ya Salam.

Jika Bekaba lebih kepada ekperimen terhadap bunyi-bunyian asli dayak, album kali ini kembali ke tunas Melayu. Pengaruh Arab yang banyak dalam lagu Melayu ditonjolkan dalam lagu-lagu zapin dan ghazal. Lagu Empat Dara menyaksikan Noraniza menyanyikan dengan beat yang lebih laju, begitu juga lagu asli Kuala Mersing.

Menerusi lagu Iboq (Kita), Noraniza meneruskan sinambungan eksperimentasinya untuk bunyian dayak dan pribumi. Ketika rakaman lagu ini, Noraniza mengundang pemuzik orang asli untuk turut salam merakam menerusi instrument mereka. Logamaya merupakan lagu tribe beritma Arab yang rancak dan menuntut seni tari yang lebih.

Senarai runut

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Mengulek" (Prolog) Ce' KemTradisional Makyong3:03
2."Iboq (Kita)"SisoIndra5:05
3."Manira"Ce' Kem
  • Pak Ngah
  • Fadzil Ahmad
5:07
4."Laduni"SamozaPak Ngah4:35
5."Malinja"Ahmad JusohAhmad Jusoh4:06
6."Logamaya"SamozaPak Ngah4:32
7."Empat Dara"Ahmad JusohAtan Ahmad4:43
8."Dewangga"A. Wahid NasirIndra4:50
9."Kuala Mersing"Atan PenambangAtan Penambang4:59
10."Ya Salam"Ce' KemAnak Johor4:50
11."Joget Dondang Sayang"Raja KobatRaja Kobat5:35
Jumlah masa: 51:51


Kontroversi

Menyaksikan single pertamanya, sebuah lagu beritma orang asli berjudul Iboq (Kita) diharamkan siaran di stesen-stesen radio kerana dikatakan membawa unsur syirik. 3 bulan selepas itu barulah lagu tersebut dibenarkan siar. Penampilan pertama Noraniza Idris menerusi lagu ini ialah ketika membuat persembahan pembukaan di Anugerah Industri Muzik 2001 di mana lagu tersebut juga dicalonkan untuk kategori Lagu Terbaik.

Single kedua berjudul Manira juga menimbulkan kontroversi apabila melibatkan pertelingkahan di antara Noraniza dan penerbit untuk album Iktiraf dan komposer lagu Manira sendiri, Pak Ngah ekoran lagu tersebut gagal mara ke Anugerah Juara Lagu kerana disadur daripada lagu lama berjudul Memikat Janda nyanyian Fadzil Ahmad. Noraniza kecewa kerana lagu itu yang dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik layak ke peringkat akhir dan saat-saat akhir lagu tersebut dikatakan tidak layak.

Info

Menerusi album ini, Noraniza berjaya menembusi pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2001. Noraniza dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album Terbaik (Wanita) menerusi persembahan vokalnya dalam album ini, Album Pop Etnik Terbaik serta Lagu Terbaik menerusi lagu Iboq (Kita). Biarpun tewas, Noraniza ternyata telah membuktikan kemampuannya menyanyikan lagu irama etnik kontemporari dengan cemerlang.


  • l
  • b
  • s
Melayu Deli
"Hujung Sireh" • "Mak Inang Kampung" duet bersama L. Ramlee
Kaparinyo
"Asmara" • "Bulan Ditutup Awan" • "Setangkai Kembang Melati" & "Kaparinyo" duet bersama Abdullah Chik
Nostalgia Malindo
"Anak Tani(Singkong & Keju)" • "Rindunya Setengah Mati" • "Bunga dan Kumbang" • "Cintaku Sampai Ke Ethopia"
Mengemis Rindu
"Mengemis Rindu" • "Debak Debuk" • "Arus Sejenak Bahagia" • "Jangan Buat Lagi"
Inginku Sandarkan Harapan
"Inginku Sandarkan Harapan" • "Tak Guna Kesalkan Lagi" • "Lupakanlah Si Dia" • "Bunga Kasih Terbiar Layu
Masihkah Dirimu Menyayangiku
"Pudar Warna Cinta" • "Masihkah Dirimu Menyayangiku" • "Joget Gadis Desa"
Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama
"Hati Ke Hati" duet bersama Abdullah Chik • "Ingin Tahu" duet bersama Abdullah Chik
Seindah Budimu
"Saat Yang Bahjagia"duet bersama Ibnor Riza • "Sri Bulan"duet bersama Ibnor Riza
Noraniza Idris
"Monolog Duka"Menampilkan Razak Ahmad • "Rentak Tandak" • "Rindu Rinduan" • "Siapa Aku Di Hatimu" • "Segunung Janji, Selaut Kasih"
Ala Dondang
"Awallah Dondang" • "Rindu" • "Semalu Rimba" • "Embun Setitik" • "Mahligai Asli"
Masyhur
"Dikir Puteri" • "Zapin Pusaka" • "Joget Berkias Kasih" • "Dondang Dendang"
Seri Balas
"Hati Kama" Duet bersama Siti Nurhaliza • "Ya Allah Ya Saidi" • "Lenggang Lenggok" Duet bersama Siti Nurhaliza • "Ketawa Lagi" Duet bersama Siti Nurhaliza
Bekaba
"Tinting" • "Ngajat Tampi" • "Si Nara" • "Panji Sumandak"
Iktiraf
"Empat Dara" • "Iboq" • "Manira" • "Ya Salam" • "Logamaya"
Aura
"Hala Timur" • "Layar Batutta" • "Berendoi" • "Tandang Bermadah"
Sawo Matang
"Hatinya Tak Tahan" • "Sama Tak Serupa"Duet bersama David Arumugam • "Rajuk Rindu" • "Ayuh! Juragan"
Lenggok
"Racau Sang Khalifah"Duet bersama Liza Hanim • "Asyik Bisikan Hubah"menampilkan Mohram • "Dayung Sampan"menampilkan Hee Yun
Cintaku Satu
"Enjut"Bersama The Fabulous Cats • "Kuasa Cinta"Duet bersama Black Hanafiah • "Mahligai"Duet bersama Jaclyn Victor
Lagu-lagu lain
"Kalau Kaca Menjadi Intan" duet bersama Ahmad Fauzee • "Sayang Ibu" • "Sumpah Tanda Setia" duet bersama Sulaiman Yassin • "Tanda Kasih" bersama 2 by 2 • "Bantu Mereka" MAKNA • "Onjak Sekaki" bersama Ruffedge
Lagu-lagu perayaan
"Masih Ada Yang Sayang" • "Rendang Untuk Suami" • "Nikmat Hari Raya" bersama September 5 • "Aidilfitri di Alaf Baru" bersama Siti, Liza Hanim & Anis Suraya • "Halal Bihalal" • "Rajuk Rindu di Aidilfitri" • "Cinta Lebaran"bersama Akasia