Honey-Moon

  • Drama
    Cinta
    Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Honeymoon karya Nurharyati IshakDitulis olehSha Farhana FauriPengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
  • Zara Zya
  • Ben Amir
  • Hanna Aqeela
  • Wanns Ahmad
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20 EpisodPenerbitanPenerbit eksekutifKolonel (Pa) Arisz Abdul Rahman J.PPenerbitNorley Aimi Nadiah ShaariTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV3 (Lestary)
Disney+ HotstarFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal16 Julai 2022 – 19 Ogos 2022KronologiMengikutiMelur Untuk FirdausDiikuti olehCinta Buat Dara

Honey-Moon ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan oleh Pali Yahya, Dibintangi oleh Zara Zya, Ben Amir, dan Hanna Aqeela. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 16 Julai 2022 menggantikan Melur Untuk Firdaus. [1]

Sinopsis

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.


Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama Honey-Moon. MyInfoTaip. Dicapai 16 Julai 2022
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.