Tiada Arah Jodoh Kita

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
Berdasarkan daripada
Tiada Arah Jodoh Kita
karya Ezza MysaraDitulis olehSyed Mohamad Taufik Syed Abdul JalilPengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
  • Aprena Manrose
  • Shukri Yahaya
  • Hafeez Mikhail
  • Azar Azmi
  • Erwin Dawson
Lagu pembukaan"Kau Takdirku" oleh Siti NurhalizaLagu penutup"Rahsia Tuhan" oleh Ippo HafizNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod28PenerbitanPenerbit eksekutifHemanathan PaulPenerbitZafran Aziz
Fadhil HamdanPenyuntingHerman Shah Abd HamidTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks StudiosPenyiaranSaluran asalTV3Siaran asal13 Februari 2018 – 26 Mac 2018KronologiMengikutiKekasih Paksa RelaDiikuti olehZahir Tak Terucap

Tiada Arah Jodoh Kita ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Aprena Manrose, Shukri Yahaya, Hafeez Mikhail, Azar Azmi dan Erwin Dawson.[1] Diadaptasi dari novel 2016 dengan tajuk yang sama karya Ezza Mysara, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 13 Februari 2018 hingga 26 Mac 2018 menggantikan Kekasih Paksa Rela.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis

Mengisahkan percintaan Afia Awliya dalam mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Afia Awliya bercinta dengan Fayyad Syakir. Namun Fayyad Syakir tiba-tiba meminang Afia Awliya untuk sahabatnya, Megat Wakeel yang sakit. Afia kecewa kerana Fayyad mahu menjudikan cinta mereka begitu. Namun Afia kemudiannya bersetuju untuk mengahwini Wakeel kerana sifat penyayangnya.

Pada masa yang sama, abang kepada Wakeel, Megat Aathif yang turut mengejar cinta Afia menghalang cadangan Wakeel untuk mengahwini Afia. Namun Aathif redha dengan keputusan itu. Afia mengahwini Wakeel yang menghidap kanser buah pinggang. Sejak itu, Bermulalah kehidupannya berhadapan dengan Aathif yang tidak dapat menerima Afia sebagai adik iparnya. Namun, ketelusan yang ditonjolkan Afia berjaya membuktikan mereka bahagia.

Pemergian Wakeel menyebabkan Afia mengalami kemurungan. Dia kini berhadapan dengan Fayyad yang kembali menagih cintanya. Namun Afia memilih untuk berkahwin dengan Aathif, abang Wakeel yang sememangnya menaruh perasaan pada Afia sejak mula. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain. Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan.

Pelakon

Pelakon utama

  • Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
  • Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
  • Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
  • Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
  • Azar Azmi sebagai Ain

Pelakon pembantu

  • Elfaeza Ul Haq sebagai Aisyah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
  • Livonia Ricky Guing sebagai Nur
  • Dian P. Ramlee sebagai Hajah Hamidah
  • Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
  • Farisha Irwayu sebagai Hajjah Mariani
  • Airis Yasmin sebagai Wardah
  • Azhar Amir sebagai Tuan Amiruddin
  • Alis Mariya sebagai Saidatul
  • Azzam Zamani sebagai Afwan
  • Halimah Naim sebagai Mak Siti
  • Rafe Sumanteri sebagai Dato Zainal
  • Rania Humairah sebagai Alisha
  • Puteri Adrianna sebagai Wanie

Runut bunyi

Rujukan

  1. ^ Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3) My Infotaip (11 Februari 2018). Dicapai pada 28 Februari 2018.
  2. ^ Tiada Arah Jodoh Kita (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Khamis , 6:58 petang
Sebelumnya Tiada Arah Jodoh Kita Berikutnya
Kekasih Paksa Rela Zahir Tak Terucap