Cau-cau

Cau-cau
Seekor anak cau-cau kayu manis
Nama lainChow chow
Negara asalChina
Trait
Berat Jantan 40–90 lb (18–41 kg)[1]
Betina 35–85 lb (16–39 kg)[1]
Tinggi 17–22 in (43–56 cm)[1]:4–5
Bulu Tebal dan kasar
Warna
  • Merah (antara emas cerah dengan merah-perang pekat)
  • Kayu manis (antara sawo matang cerah dengan perang)
  • Hitam
  • Krim
  • Putih atau putih gading
Saiz perinduk 4–7 ekor
Jangka hayat 12.1 tahun
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cau-cau, chow-chow, atau chow chow[a] ialah satu baka anjing jenis spits yang pada asalnya dari China Utara.[2] Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[3]

Sejarah

Red Craze, seekor cau-cau merah jantan yang menonjol, sekitar awal tahun 1900-an
Seekor cau-cau pada tahun 1915

Cau-cau telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[4] Sebuah kajian penyelidikan telah berkesimpulan bahawa baka anjing cau-cau berasal daripada anjing peribumi lain di China tengah pada sekitar 8,300 tahun lalu. Baka purba ini ber-evolusi dan menjelmakan kedua-dua ciri morfologi dan fizikal, termasuk lidah gelap, lapis bulu, dan binaan lebih kuat.[5]

Sebuah legenda Cina menyebut anjing perang besar dari Asia Tengah yang menyerupai singa berlidah hitam. Seorang pemerintah China dikatakan pernah memiliki 5,000 ekor cau-cau. Orang Cina juga menggunakan cau-cau untuk menarik kereta luncur anjing melalui rupa bumi berpaya dan ini dicatat oleh Marco Polo.[1]:11

Kini, American Kennel Club mendaftarkan hampir-hampir 10,000 ekor cau-cau setahun. Canadian Kennel Club pula mendaftarkan hampir-hampir 350.[1]:4–5

Penampilan

Tangkapan dekat bagi lidah hitam cau-cau pada seekor cau-cau betina

Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[3] Bukan semua keragaman warna ini diiktiraf sebagai sah di semua negara. Individu dengan lapis bulu bercapuk-capuk atau berbilang warna dianggap terkeluar daripada piawaian baka. Mata cau-cau biasanya terletak dalam-dalam dan berbentuk badam. Baka ini unik kerana lidahnya yang ungu/biru-hitam yang tidak dimiliki oleh baka lain kecuali shar pei, dan mempunyai tungkai belakang sangat lurus, yang menghasilkan gaya jalan agak kekok.[1]:4–5 Warna kebiru-biruan melanjut ke bibir cau-cau; ini merupakan satu-satu baka anjing dengan warna kebiru-biruan distingtif pada bibirnya dan rongga mulutnya (anjing lain mempunyai kulit hitam atau bercorak piebald di dalam mulutnya).[1]:4–5 Satu lagi ciri distingtif ialah ekor melingkar.[1]:4–5 Ia mempunyai bulu tebal yang keriting di belakangnya. Hidungnya patut hitam, tetapi cau-cau berbulu biru dapat mempunyai hidung biru padu atau berwarna biru loh. Menurut piawaian baka American Kennel Club, mana-mana cahaya warna lain tidak diterima untuk pertandingan.[6] Walau bagaimanapun, negara-negara FCI mengizinkan hidung berwarna sendiri pada anjing krim.[7]

Gen lidah biru-hitam/ungu terlihat dominan, kerana kebanyakan anjing baka kacuk yang datang daripada cau-cau mengekalkan warna lidah itu. Walau bagaimanapun, lidah biru-hitam/ungu juga dapat ditemukan pada shar pei. Ini tidak bermaksud bahawa setipa anjing baka kacuk dengan tompok ungu pada lidah diturunkan daripada cau-cau kerana tompok ungu pada lidah dapat ditemukan pada anjing baka tulen lain.[8]

  • Ciri-ciri distingtif cau-cau
  • Tungkai belakang lurus
    Tungkai belakang lurus
  • Lapis bulu ganda tebal pada seekor cau-cau jantan
    Lapis bulu ganda tebal pada seekor cau-cau jantan
  • Lidah ungu-hitam pada seekor anak cau-cau betina
    Lidah ungu-hitam pada seekor anak cau-cau betina
  • Bibir dan rongga mulut kebiru-biruan
    Bibir dan rongga mulut kebiru-biruan
  • Tubuh tegap, berprofil segi empat sama
    Tubuh tegap, berprofil segi empat sama
  • Seekor cau-cau perang kemerah-merahan
    Seekor cau-cau perang kemerah-merahan

Perangai

Pemilikan cau-cau dapat menaikkan kos insurans empunya kediaman kerana sesetengah syarikat menganggapnya sebagai anjing berisiko tinggi.[9] Dalam sebuah kajian dalam Journal of the American Veterinary Medical Association ("Jurnal Persatuan Perubatan Veterinar Amerika"), cau-cau menyumbang kepada 8 daripada 238 kematian yang berkaitan dengan gigitan anjing dari tahun 1979 ke tahun 1998.[10]

Warna

Cau-cau terdapat dengan beragam-ragam warna lapis bulu. American Kennel Club (AKC) telah mengelaskan warna-warna cau-cau sama ada sebagai piawai atau tidak piawai (warna jarang). Warna piawai untuk cau-cau merupakan hitam, biru, merah, krim, dan kayu manis. Walau bagaimanapun, warna seperti perang kekuning-kuningan, putih, dan merle tidak dianggap piawai untuk baka ini.[11][12]

Kelab anjing berlainan di seluruh dunia mungkin mengakui warna lapis bulu berlainan atau malah menggunakan nama alternatif untuk warna-warna tersebut di atas.[12]

  • Warna berlainan cau-cau
  • 5 ekor cau-cau dengan warna lapis bulu berlainan
    5 ekor cau-cau dengan warna lapis bulu berlainan
  • Krim
    Krim
  • Perang kekuning-kuningan
    Perang kekuning-kuningan
  • Merah
    Merah
  • Biru
    Biru
  • Hitam
    Hitam

Kesihatan

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa jangka hayat cau-cau ialah 12.1 tahun, yang lebih tinggi sedikit daripada purata 12 tahun untuk baka silang dan lebih rendah daripada purata 12.7 tahun untuk baka tulen.[13]

Keadaan rangka

Sebuah kajian Amerika Utara yang meneliti lebih daripada sejuta rekod anjing mendapati bahawa 6.44% daripada jumlah cau-cau menghidap displasia pinggul berbanding dengan keseluruhan 3.52%. Kajian ini juga mendapati bahawa 4.3% daripada jumlah cau-cau menghidap kekurangan ligamen krusiat kranium berbanding dengan keseluruhan 2.52%.[14]

Sebuah lagi kajian Amerika Utara yang meneliti lebih daripada 250,000 imbasan siku mendapati bahawa cau-cau mempunyai prevalens paling tinggi bagi displasia siku, dengan 48.6% daripada jumlah anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun yang menghidap displasia siku.[15]

Keadaan oftalmologi

Sebuah kajian Amerika Utara yang meniliti glaukoma pada baka anjing mendapati bahawa cau-cau mempunyai prevalens ketiga tertinggi dengan 4.7% daripada jumlah cau-cau yang menghidap glaukoma berbanding dengan keseluruhan 0.89%.[16]

Keadaan dermatologi

Sebuah kajian yang meneliti rekod daripada sebuah klinik haiwan kecil di Universiti Montreal mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap alopesia X.[17]

Semakan terhadap kajian di Australia mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap dermatitis atopi dengan nisbah kemungkinan 7.1.[18]

Sebuah kajian kes Amerika Syarikat mendapati predisposisi terhadap pemfigus foliaseus dengan nisbah kemungkinan sebanyak 12.3.[19]

Keadaan gastrousus

Sebuah kajian yang meneliti kekurangan pankreas eksokrin pada baka mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap keadaan ini.[20]

Keadaan neoplasia

Siri kes Austria mendapati nisbah kemungkinan sebanyak 23.53 untuk menghidap kanser perut.[21]

Sebuah kajian Amerika Syarikat yang meneliti kes melanoma mulut mendapati bahawa baka ini terlebih diwakili dengan nisbah kemungkinan sebanyak 7.89.[22]

Keadaan pembiakan

Dalam sebuah kajian Belgium, cau-cau betina merangkumi 6.4% daripada jumlah kes piometra sungguhpun baka ini merangkumi 1.6% daripada jumlah populasi. Piometra didapati lebih ekstrem pada baka ini dengan anemia dan endotoksemia yang dilaporkan.[21]

Keadaan lain

Cau-cau dapat menderitai diabetes melitus[23] dan kanser perut.[24] Cau-cau ialah baka berisiko tinggi untuk penyakit autoimun.[25]

  • Seekor cau-cau dengan lapis bulu kemerah-merahan
    Seekor cau-cau dengan lapis bulu kemerah-merahan
  • Bulu cau-cau khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai.
    Bulu cau-cau khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai.

Anjing terkenal

Seekor cau-cau betina yang bertanding dalam ketangkasan anjing

Sigmund Freud memiliki seekor cau-cau bernama Jo-Fi Ling yang menghadiri kesemua sesi terapi beliau kerana beliau berasa bahawa anjing memiliki deria istimewa yang membolehkannya menilai perwatakan seseorang dengan tepat dan mengaku bahawa beliau bergantung pada Jo-Fi untuk pentaksiran keadaan mental pesakit.[26]

Laksmana Tentera Laut Amerika Syarikat George Dewey memperoleh seekor Chow Chow di Hong Kong pada tahun 1898 dan menamainya Bob. Bob jarang meninggalkan sisi laksamana dan ikut serta di atas penjajap USS Olympia. Bob mati pada tahun 1899 kerana termakan coklat yang diberikan kepada Dewey oleh pengirim ucap selamat semasa ketibaan Olympia di Bandar Raya New York.[perlu rujukan]

Walt Disney dan isteri beliau, Lillian Disney, memiliki seekor cau-cau bernama Sunnee. Ia merupakan anjing pertama pasangan itu. Walt didakwa menghadiahi Lilly cau-cau itu di dalam kotak topi yang mengilhamkan adegan dalam Lady and the Tramp yang melibatkan penghadiahan Lady dengan cara sama.[27]Templat:Bettersourceneeded

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: چاو٢code: ms is deprecated ; Cina: 獢獢; pinyin: xiāoxiāo; bahasa Inggeris: chow chow; chow-chowcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k l Wilcox, Charlotte (1 April 1999). The Chow Chow [Cau-cau] (dalam bahasa Inggeris). Capstone. ISBN 978-0-7368-0159-1.
  2. ^ Case, Linda P. (2005). The Dog: Its Behavior, Nutrition, and Health (dalam bahasa Inggeris) (edisi ke-2), hlm. 23. Blackwell Publishing. ISBN 0-8138-1254-2.
  3. ^ a b "Colours and coat types" [Warna dan jenis bulu] (dalam bahasa Inggeris). Chow Chow Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2012. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  4. ^ Larson, Greger John; Karlsson, Elinor K.; Perri, Angela R.; Webster, Matthew T.; Ho, Simon Y. W.; Peters, Joris; Stahl, Peter W.; Piper, Philip J.; Lingaas, Frode; Fredholm, Merete; Comstock, Kenine E.; Modiano, Jaime F.; Schelling, Claude; Agoulnik, Alexander I.; Leegwater, Peter A. J.; Dobney, Keith M.; Vigne, Jean-Denis; Vilà, Carles; Andersson, Leif; Lindblad-Toh, Kerstin (21 Mei 2012). Burger, Joachim (penyunting). "Rethinking dog domestication by integrating genetics, archeology, and biogeography" [Memikirkan pembelajinakan anjing semula dengan menyepadukan genetik, arkeologi, dan biogeografi]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 109 (23): 8878–8883. Bibcode:2012PNAS..109.8878L. doi:10.1073/pnas.1203005109. ISSN 1091-6490. PMC 3384140. PMID 22615366.
  5. ^ Yang, Hechuan; Wang, Guodong; Wang, Meng; Ma, Yaping; Yin, Tingting; Fan, Ruoxi; Wu, Hong; Zhong, Li; Irwin, David M.; Zhai, Weiwei; Zhang, Yaping (16 Februari 2017). "The origin of chow chows in the light of the East Asian breeds" [Asal usul cau-cau bersangkutan dengan baka Asia Timur]. BMC Genomics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 18 (1): 174. doi:10.1186/s12864-017-3525-9. ISSN 1471-2164. PMC 5312535. PMID 28201986.
  6. ^ American Kennel Club (1 Januari 2006). "AKC MEET THE BREEDS: Chow Chow" [KENALI BAKA AKC: Cau-cau]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  7. ^ CHOWCHOW.at (9 Jun 1999). "The FCI Breed Standard" [Piawaian Baka FCI]. CHOWCHOW.at (dalam bahasa Inggeris). CHOWCHOW.at Alle Rechte vorbehalten. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2012. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  8. ^ Kathy Welsh; Anna Wallace; Vicki DeGruy (2001–2010). "The Truth About Those Black Tongues" [Kebenaran tentang Lidah Hitam Itu]. Chow Chow Information and Adoption Center (dalam bahasa Inggeris). WisconsinChow Chow Rescue. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2019. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  9. ^ InsuranceAgents.com. "Will Your Canine Affect Your Homeowners Insurance Policy?" [Adakah Anjing Anda Akan Menjejaskan Dasar Insurans Empunya Kediaman Anda?]. InsuranceAgents.com (dalam bahasa Inggeris). AgentInsider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2012. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  10. ^ Sacks, Jeffrey J.; Sinclair, Leslie; Gilchrist, Julie; Golab, Gail C.; Lockwood, Randall (15 September 2000). "Breeds of dogs involved in fatal human attacks in the United States between 1979 and 1998" [Baka anjing yang terlibat dalam serangan manusia maut di Amerika Syarikat pada antara tahun 1979 dengan tahun 1998]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 217 (6): 836–840. doi:10.2460/javma.2000.217.836. ISSN 1943-569X. PMID 10997153. S2CID 10817039.
  11. ^ "Chow Chow Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Cau-cau]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2023.
  12. ^ a b Jones, Christina (2021-06-18). "Chow Chow Colors: A Guide To Rare Colors Of Chow Chow Dogs" [Warna Cau-cau: Panduan untuk Warna Jarang Cau-cau]. PupVine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2023.
  13. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan).
  14. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 1943-569X. PMID 18598150.
  15. ^ Oberbauer, Anita M.; Keller, G. G.; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan J. (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985.
  16. ^ Gelatt, Kirk N.; MacKay, Edward O. (18 Februari 2004). "Prevalence of the breed-related glaucomas in pure-bred dogs in North America" [Prevalens glaukoma berkaitan dengan baka pada anjing baka tulen di Amerika Utara]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 7 (2): 97–111. doi:10.1111/j.1463-5224.2004.04006.x. ISSN 1463-5224. PMID 14982589.
  17. ^ Scott, Danny W.; Paradis, Manon (Disember 1990). "A survey of canine and feline skin disorders seen in a university practice: Small Animal Clinic, University of Montréal, Saint-Hyacinthe, Québec (1987-1988)" [Tinjauan kecelaruan kulit anjing dan kucing yang terlihat dalam amalan universiti: Klinik Haiwan Kecil, Universiti Montréal, Saint-Hyacinthe, Québec (1987–1988)]. Canadian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Canadian Veterinary Medical Association. 31 (12): 830–835. ISSN 0008-5286. PMC 1480900. PMID 17423707.
  18. ^ Mazrier, Hamutal; Vogelnest, Linda J.; Thomson, Peter C.; Taylor, Rosanne M.; Williamson, Peter (18 Mei 2016). "Canine atopic dermatitis: breed risk in Australia and evidence for a susceptible clade" [Dermatitis atopi anjing: risiko baka di Australia dan bukti untuk klad rentan]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 27 (3): 167–e42. doi:10.1111/vde.12317. ISSN 1365-3164. PMID 27188769.
  19. ^ Kuhl, K. A.; Shofer, F. S.; Goldschmidt, M. H. (Januari 1994). "Comparative Histopathology of Pemphigus Foliaceus and Superficial Folliculitis in the Dog" [Histopatologi Bandingan bagi Pemfigus Folisaeus dan Folikulitis Superfisial pada Anjing]. Veterinary Pathology (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 31 (1): 19–27. doi:10.1177/030098589403100103. ISSN 1544-2217. PMID 8140722. S2CID 2609668.
  20. ^ Batchelor, Daniel J.; Noble, Peter-John M.; Cripps, Peter J.; Taylor, Rebecca H.; McLean, Lynn; Leibl, Marion A.; German, Alexander J. (Mac 2007). "Breed Associations for Canine Exocrine Pancreatic Insufficiency" [Perkaitan Baka untuk Kekurangan Pankreas Eksokrin Anjing]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 21 (2): 207–214. doi:10.1111/j.1939-1676.2007.tb02950.x. ISSN 1939-1676.
  21. ^ a b Gough, Alex; Thomas, Alison; O'Neill, Dan (23 April 2018). Breed Predispositions to Disease in Dogs and Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, Amerika Syarikat: John Wiley & Sons. m/s. 71–72. ISBN 978-1-119-22554-6.
  22. ^ Ramos-Vara, J. A.; Beissenherz, M. E.; Miller, M. A.; Johnson, G. C.; Pace, L. W.; Fard, A.; Kottler, S. J. (November 2000). "Retrospective Study of 338 Canine Oral Melanomas with Clinical, Histologic, and Immunohistochemical Review of 129 Cases" [Kajian Retrospektif tentang 338 Melanoma Mulut Anjing dengan Semakan Klinikal, Histologi, dan Imunohistokimia bagi 129 Kes]. Veterinary Pathology (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 37 (6): 597–608. doi:10.1354/vp.37-6-597. ISSN 1544-2217. PMID 11105949.
  23. ^ "Diabetes Mellitus" [Diabetes Melitus] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  24. ^ "Positional Cloning of the Gene(s) for Gastric Cancer in the Chow Chow" [Pengklonan Kedudukan bagi Gen(-gen) untuk Kanser Gastrik pada Cau-cau] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  25. ^ "Establishment of a Genetic Database for Disease Association Studies in the Major Histocompatibility complex for Purebred Dogs" [Pengasasan Pangkalan Data Genetik untuk Kajian Perkaitan Penyakit dalam Kompleks Kehistoserasian Besar untuk Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  26. ^ Coren, Stanley (1997). What Do Dogs Know? [Apakah yang Diketahui oleh Anjing?] (dalam bahasa Inggeris). Free Press. m/s. 128.
  27. ^ "Walt Disney's Chow "SUNNEE" Inspires Movie" [Cau-cau Walt Disney "SUNNEE" Ilhami Filem]. ChowTales (dalam bahasa Inggeris). 4 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2016.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari China dan Taiwan
 Republik Rakyat China
 Tibet
 Taiwan
  • l
  • b
  • s
Anjing jenis spits
Anjing tarikan
Anjing pemburu
Anjing gembala
Baka Asia
Anjing teman
Baka pupus
Jenis: Husky, laika, tugou