Anjing pemburu elk hitam Norway

Anjing pemburu elk hitam Norway
anjing hitam menyeluruh yang berdiri dan memandang di balik bahu. Cawak merah tergantung ke bawah. Ekor melingkar ke belakang. Telinga tegak.
Seekor anjing pemburu elk hitam Norway berusia 1 tahun
Negara asalNorway
Trait
Berat 16–20 kg (35–44 lb)
Tinggi Jantan 46–49 cm (18–19 in)
Betina 43–46 cm (17–18 in)
Bulu Lapis bulu ganda padat dan pendek
Warna Hitam
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu elk hitam Norway[a] ialah satu baka spits kecil yang dikelaskan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai anjing pemburu.[1] Ia buat masa ini merupakan baka kurang umum sangat jarang di luar negara-negara Nordik Skandinavia. Ia merupakan baka bersaudara dengan anjing pemburu elk kelabu Norway, namun lebih kecil, lebih tangkas, tidak menyalak, dan dibiakbakakan hanya untuk perburuan bercawak.

Dahulu, anjing pemburu elk hitam Norway telah berasal daripada populasi anjing spits tempatan di kawasan sempadan di antara Norway dengan Sweden dan telah wujud sebagai bakanya sendiri sejak pertengahan abad ke-19.

Dalam kesusateraan, baka ini disebut oleh orang Inggeris Llewelyn Lloyd. Pada tahun 1828, beliau memburu beruang buruan dekat dengan kawasan sempadan di antara Norway dengan Sweden. Beliau khususnya menyenangi dua ekor anjing yang dipinjam: "Hector berwarna hitam, mempunyai telinga tegak, dan ekor melingkar, dan Pajas pula, yang kerananya 13 ekor beruang telah ditembak, berwarna hitam arang dengan ekor gebu".[2]

Anjing pemburu elk hitam Norway pernah diancam dengan kepupusan. Baka ini telah mengekalkan sifat utiliti baiknya dan ciri luaran tersendiri selama lebih daripada 100 tahun. Kini, terdapat permintaan meningkat untuk anjing pemburu elk hitam dan ada kesukaran untuk mencapai bilangan anak setahun yang menepukan pasaran ini. Bilangan perinduk dan bilangan anak anjing telah kekal stabil selama lebih daripada 20 tahun terkini.[3]

Perihal

Penampilan

Seekor anak anjing hitam yang baring di lantai dan menghadap kamera tetapi memandang ke bawah
Anak anjing pemburu elk hitam Norway

Anjing pemburu elk hitam Norway ialah baka spits tipikal dengan tubuh padat rendah, mata gelap, telinga tegak ke atas, dan ekor melingkar ke arah belakang. Ia mempunyai lapis bulu pekat yang tidak menyerlah daripada tubuh. Ini merupakan anjing pemburu segala cuaca dan lapis bulunya adalah sangat penting. Lapis bulunya mesti mampu menghalang hujan lebat musim luruh di Skandinavia dan mengharungi cuaca sejuk.

Ia mempunyai lapis bulu ganda padat, pendek, tebal, kasar, dan hitam legam. Anjing matang berdiri setinggi 40–51 sentimeter (16–20 in); 43–50 cm (17–20 in) untuk jantan dan 40–47 cm (16–19 in) untuk betina; dan berukuran seberat 16 kilogram (35 lb) dan 20 kilogram (44 lb) masing-masing.

Perangai

Anjing pemburu elk hitam Norway ialah anjing keluarga serba guna.[4] Ia mempunyai perangai baik dan ramah dengan kanak-kanak. Ia jarang menyalak dan sangat toleran terhadap haiwan peliharaan kecil dan juga dapat digunakan sebagai anjing teman dengan baka anjing lain. Ia amat cerdas dan menyukai sentuhan fizikal dengan manusia. Ini merupakan anjing yang sudi meminta untuk dibelai, dipeluk, dan lebih memilih untuk berada dekat dengan ahli keluarganya sepanjang masa.[5]

Perburuan

Anjing pemburu elk hitam Norway digunakan terutamanya dalam pemburuan buruan besar seperti elk, rusa, dan beruang. Anjing ini dibiakbakakan untuk perburuan bercawak dan mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan baik dengan pengendalinya. Anjing pemburu elk hitam terutamanya menangkap bau di udara. Maka, ia melompat ke tanah lebih tinggi untuk menangkap bau, yang juga menjadikannya anjing pencarian cemerlang. Tidak seperti anjing pemburu elk kelabu, baka hitam jarang menyalak. Ia bertingkah laku dengan tenang dan senyap dalam mengesan buruan supaya pemburu dapat mendekati buruan itu tanpa dikesan dan mengenakan tembakan tepat.[4]

Pembiakbakaan

Ada kepenting untuk baka anjing pemburu elk hitam untuk bertumpu pada pencegahan pembiakbakaan dalam. Berdasarkan peraturan 5% Kelab Kenel Norway, setiap anjing jantan untuk baka ini tidak patut mempunyai lebih daripada 40 ekor anak berdaftar. Terdapat rancangan untuk memperkenalkan syarat baka baharu agar kedua-dua haiwan induk diuji secara genetik untuk glaukoma keturunan dan ataksi. Jawatankuasa pembiakbakaan Norway pada masa ini hanya meluluskan pengawanan yang melibatkan salah seekor anjing yang diketahui bebas daripada glaukoma keturunan. Terdapat syarat untuk status displasia pinggul yang diketahui untuk semua anjing yang bakal digunakan dalam pembiakbakaan. Statistik berhubung dengan displasia pinggul selama 10 tahun sebelumnya menunjukkan bahawa 83.2 daripada populasi anjing pemburu elk hitam Norway adalah bebas daripada displasia pinggul jenis F.[6]

Penjagaan

Bulu

Bulunya memerlukan penjagaan sederhana dan pemberusan lapis bulu dua atau tiga kali seminggu disyorkan.[5] Bulunya padat dan kaku namun licin. Di kepala dan di hadapan tungkai, bulunya padat dan licin, paling jauh di dada dan di leher, di paha dan belakang tungkai hadapan, serta di bahagian bawah ekor. Bulunya terbentuk dengan helaian pelitup jarang lebih panjang, dengan lapis bulu bawah hitam lembut.[4]

Bulu anjing pemburu elk hitam dianggap hipoalergenik dan sesuai untuk ramai orang yang alah terhadap anjing. Patut ada peringatan bahawa tiada anjing yang sepenuhnya bebas alahan. Maka, perlu ada cubaan persendirian sama ada terdapat tindak balas atau tidak.[5]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک هيتم نوروءيcode: ms is deprecated ; Norway: sort norsk elghund; svart norsk elghund; norsk elghund sort; norsk elghund svartcode: no is deprecated ; bahasa Inggeris: black Norwegian elkhoundcode: en is deprecated

Sumber

Buku

  • Norwegian Elkhound (Comprehensive Owner's Guide) (dalam bahasa Inggeris), 2005.
  • Norwegian Elkhounds (dalam bahasa Inggeris) oleh Anna Katherine Nicholas. TFH, 1997.
  • The Norwegian Elkhound (Pure Bred) (dalam bahasa Inggeris) oleh Nina P. Ross, PhD. Doral, 1995.
  • The Elkhound in the British Isles (dalam bahasa Inggeris) oleh Anne Roslin-Williams. Witherby & Co., 1993.
  • My 60 Years with Norwegian Elghunds (dalam bahasa Inggeris) oleh Olav P. Campbell, 1988.
  • The New Complete Norwegian Elkhound, edisi semakan, (dalam bahasa Inggeris) Olav Wallo. Howell, 1987.
  • Norwegian Elkhounds (dalam bahasa Inggeris) Anna Katherine Nicholas. TFH, 1983.
  • Great Gray Dogs: The Norwegian Elkhound Factbook, edisi ke-2. Great Gray Dogs, 1980.
  • Your Norwegian Elkhound (dalam bahasa Inggeris) Helen E. Franciose dan Nancy C. Swanson. Denlinger, 1974.
  • How to Raise and Train a Norwegian Elkhound (dalam bahasa Inggeris) oleh Glenna Clark Crafts. TFH, 1973. Cetakan semula buku tahun 1964 dengan kulit berbeza.

Rencana majalah

  • Dearth, Kim D.R. "The Norwegian Elkhound" (dalam bahasa Inggeris) Dog World September 1999, Jilid 84 Keluaran 9, halaman 12–17.
  • "Dog of the Vikings" (dalam bahasa Inggeris) Dog Fancy. April 1998.
  • "Norwegian Elkhound" (dalam bahasa Inggeris). Dog World. Julai 1997, Jilid 82 Keluaran 7. halaman 86.

Rujukan

  1. ^ "FCI-Standard N° 268 (NORSK ELGHUND SORT) (Norwegian Elkhound Black)" [Piawaian FCI No. 268 Anjing Pemburu Elk Hitam Norway] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Norsk Kennel Klub. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 9 Ogos 1999. Dicapai pada 3 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ Llewellen Lloyd, Field Sports of the North of Europe, Henry Colburn and Richard Bentley, London 1830.
  3. ^ "NES Raseinformasjon" [Maklumat Baka Anjing Pemburu Elk Hitam Norway] (dalam bahasa Norway).
  4. ^ a b c "Norsk elghund sort - Norsk Kennel Klub" [Anjing pemburu elk hitam Norway - Norsk Kennel Klub] (dalam bahasa Norway). 7 Oktober 2016.
  5. ^ a b c "Raseprofil: Norsk elghund sort" [Profil baka: Anjing pemburu elk hitam Norway] (dalam bahasa Norway). 11 Oktober 2021.
  6. ^ "NES Helse" [Kesihatan anjing pemburu elk hitam Norway] (dalam bahasa Norway).

Pautan luar

  • Persatuan Anjing Pemburu Elk Norway Amerika Syarikat (dalam bahasa Inggeris)
  • Kelab Anjing Pemburu Elk Norway Great Britain (dalam bahasa Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Anjing jenis spits
Anjing tarikan
Anjing pemburu
Anjing gembala
Baka Asia
Anjing teman
Baka pupus
Jenis: Husky, laika, tugou