Zul Zamrin Zamanhuri

Zul Zamrin Zamanhuri
Kelahiran1971 (umur 52–53)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1981–1982

Zul Zamrin Zamanhuri merupakan seorang bekas pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Din dalam filem Kami (1982).[1]

Kerjaya

Pada usia 11 tahun, Zul Zamrin telah dipilih untuk menjayakan peranan dalam filem Kami di samping penghibur No.1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad arahan sulung oleh Patrick Yeoh. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Zul Zamrin memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 yang diadakan pada 28 November 1982, enam bulan selepas Kami ditayangkan.

Kehidupan peribadi

Dalam satu temuramah di rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3 pada 22 Februari 2012, bersempena ulang tahun ke-20 pemergian Allahyarham Sudirman ke rahmatullah, Zul Zamrin berkata peluang berlakon disamping Allahyarham merupakan peluang seumur hidup yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini. Beliau juga berkata turut menyimpan keratan akhbar mengenai penglibatannya dalam filem Kami.[1]

Zul Zamrin juga menyatakan bahawa beliau sebenarnya tidak berminat lagi untuk menjadi pelakon dan Kami merupakan filem pertama dan terakhirnya. Beliau berkata: "Saya sebenarnya mengikut kata ibu yang mahukan saya berjaya dalam akademik dan bukannya lakonan."[1]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1982 Kami Din Filem pertama dan terakhir, dikreditkan sebagai Zul Zamanhuri

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012 Malaysia Hari Ini Dirinya sendiri / tetamu jemputan TV3

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1982 Festival Filem Malaysia ke-3 Pelakon Kanak-kanak Terbaik Menang

Rujukan

  1. ^ a b c 'DIN' MASIH TERINGAT NOSTALGIA FILEM KAMI MyArtis. 22 Februari 2012.

Pautan luar

  • Zul Zamrin Zamanhuri di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)