Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Tan Sri Johari Abdul
sejak 19 Disember 2022
Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam dewan)
Politik Malaysia |
---|
Negara Anggota ASEAN |
Kerajaan Persekutuan
|
|
|
|
Portal Malaysia |
|
Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان رعيتcode: ms is deprecated ) ialah pengerusi majlis (speaker) setiap kali persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen. Penjawat jawatan ini boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang Dipertua. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua mestilah juga seorang Ahli Parlimen.
Tugas
Sebagai Yang di-Pertua, beliau bertanggungjawab:
- mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar
- megatur debat seupaya tidak menyimpang dari isu-isu yang dibahaskan
- membuat keputusan mengenai Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
- memeriksa sama ada petisyen, rang dan pindaan undang-undang boleh diterima.
Beliau juga menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Yang di-Pertua juga bertanggungjawab memastikan Perlembagaan dihormati, mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menetukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Beliau cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.
Apabila Yang di-Pertua tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya.
Senarai Yang di-Pertua dan Timbalan Dewan Rakyat Malaysia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat | |||||||
Bil | Nama | Parti | Mula | Tamat | Tempoh | Penggal | Timbalan YDP |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Tan SriMohamed Noah Omar* | Perikatan | 1 September 1959 | 29 Februari 1964 | 4 tahun 5 bulan 28 hari | Pertama | |
2 | Dato' Syed Esa Alwee | Perikatan | 18 Mei 1964 | 24 November 1964 | 6 bulan 6 hari | Ke-2 | Kosong |
3 | Tan SriChik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman | Perikatan | 25 November 1964 | 19 Mac 1969 | 9 tahun 11 bulan 8 hari | Syed Esa Alwee | |
4 Julai 1970 | 3 November 1974 | Ke-3 | Nik Ahmad Kamil Nik Mahmood | ||||
4 | Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud | BN | 4 November 1974 | 20 Disember 1977 | 3 tahun 1 bulan 15 hari | Ke-4 | Syed Nasir Ismail |
5 | Tun Syed Nasir Syed Ismail | BN | 21 Disember 1977 | 16 Mac 1982 | 4 tahun 2 bulan 7 hari | Ke-5 |
|
6 | Tun Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail ** (Bukan Ahli Parlimen) | BN | 14 Jun 1982 | 14 Oktober 2004 | 22 tahun 4 bulan | Ke-6 |
|
Ke-7 |
| ||||||
Ke-8 |
| ||||||
Ke-9 | |||||||
Ke-10 |
| ||||||
7 | Tan Sri Ramli bin Ngah Talib | BN | 22 November 2004 | 27 April 2008 | 3 tahun 7 bulan 5 hari | Ke-11 |
|
8 | Tan Sri Pandikar Amin bin Haji Mulia (Bukan Ahli Parlimen) | UMNO-BN | 28 April 2008 | 9 Mei 2018 | 10 tahun 1 bulan 6 hari | Ke-12 |
|
Ke-13 |
| ||||||
9 | Tan Sri Mohamad Ariff bin Md Yusof[2] (Bukan Ahli Dewan Rakyat) | AMANAH-PH | 16 Julai 2018 | 13 Julai 2020 | 1 tahun, 11 bulan dan 27 hari | Ke-14 |
|
10. | Tan Sri Azhar Azizan @ Harun (Bukan Ahli Dewan Rakyat) | Bebas | 13 Julai 2020 | 19 Disember 2022 | 2 tahun, 5 bulan dan 6 hari |
| |
11 | Tan Sri Johari Abdul (Bukan Ahli Dewan Rakyat) | PKR-PH | 19 Disember 2022 | kini | 1 tahun, 271 hari | Ke-15 |
|
* menjawat jawatan sebelum Hari Malaysia
*** mula menjawat jawatan sebagai wakil rakyat Parti Perikatan kemudiannya BN
** meninggal dunia dalam jawatan