Yaakub bin Md Amin
Yang Berbahagia Hj Yaakub bin Md Amin | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk N11 Sungai Udang | |
Dalam jawatan 2004 – 2008 | |
Didahului oleh | YB Kapten (B) Abdul Karim bin Sulaiman |
Digantikan oleh | YAB Datuk Seri Ir. Idris Haron |
Majoriti | 8,005 (PRU-12) 6,452 (PRU-11) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1950-12-16) 16 Disember 1950 (umur 73) Bukit Rambai, Melaka |
Parti politik | Barisan Nasional - UMNO |
Pasangan | Datin Hjh Sharifah Khatijah Bt Syed Mohd |
Anak-anak | Nur Atikah, Muhammad Adli, Muhammad Asri |
Kediaman | Jalan Sabidah, Bukit Rambai, Melaka |
Pekerjaan | Bekas Exco Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah |
Laman web rasmi | N11 DUN SUNGAI UDANG |
Y.Bhg Datuk Wira Haji Yaakub bin Md Amin merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang,Melaka dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau dilahirkan di Bukit Rambai, Melaka pada 16 Disember 1950.
Latarbelakang
Nama bapa beliau ialah Hj. Md. Amin Bin Husain serta nama ibunya Hjh Embah Bt Ab. Rashid. Berkahwin dengan Datin Hjh Sharifah Khatijah Bt Syed Mohd pada tahun [perlu rujukan] serta di kurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Di antara darjah kebesaran yang di perolehi beliau ialah:
- Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) - 1982
- Bintang Khidmat Terpuji (BKT) - 1995
- Darjah Seri Melaka (DSM) - 1999
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - 2003
Pendidikan
YB Hj Yaakub bin Md Amin menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan sebelum melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah. [perlu rujukan]
Kerjaya politik
Berikut di antara jawatan dan pengalaman politik Datuk Hj Yaakub Bin Amin:
- 1975 : Setiausaha UMNO Cawangan Batang Tiga Timur
- 1980 : AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam
- 1986 - 1992 : Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam
- 1987 - sekarang : Ketua UMNO Cawangan Batang Tiga Timur
- 1987 : Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka
- 1998 - 1999 : Pengerusi Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka
- 1997 - 1999 : Ahli Majlis Mesyuarat MPMBB
- 1999 - 2003 : Bendahari UMNO Bahagian Batu Berendam
- 2003 - sekarang : Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu
- 2004 - 2008 : Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi
- 2008 - 2012 :Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia
Lihat juga
- Sungai Udang
- Politik di Melaka
Rujukan
Pautan luar
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
- N11 DUN SUNGAI UDANG - Blog