Xenotoca

Xenotoca
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Xenotoca

Xenotoca ialah genus ikan dalam keluarga Goodeidae dari Mexico, di mana terdapat dalam pelbagai habitat lembangan sungai Lerma, Grande de Santiago, Panuco, Cuitzeo dan lain di Mesa Central.

Walaupun tiada ikan Goodeidae yang jadi ikan akuarium yang sangat biasa, X. eiseni ialah salah satu daripada keluarga ini yang paling biasa di akuarium hias. Warnanya yang terang mengimbangi reputasi agresifnya; ikan ini terkenal melawan atau membunuh ikan yang bersekedudukan.[1] Sama seperti X. eiseni, jantan dua spesies yang diterangkan pada 2016 juga mempunyai ekor merah-oren, tetapi ciri ini tidak dipunyai oleh spesies yang lain di genus ini.[2] Spesies Xenotoca adalah kecil dan boleh mencapai panjang 9 cm (4 in). [3]

Species

X. doadrioi hanya diterangkan secara saintifik pada tahun 2016; spesies ini dahulunya dianggap sebagai varian X. eiseni. Seperti spesies yang lain, jantan sahaja mempunyai ekor merah-oren.

Pada masa ini ada lima spesies yang diiktiraf dalam genus ini,[2] tetapi dua spesies yang mungkin tidak diterangkan diketahui; itu secara tentatif dinamakan sebagai Xenotoca cf. melanosoma dan Xenotoca cf. variata.[4][5]

Kerja genetik telah menunjukkan bahawa genus ini, seperti yang ditakrifkan pada masa ini, bukan monofili; spesies jenisnya X. variata jauh berkait dengan yang lain, yang akhirnya boleh diagihkan semula kepada genus mereka sendiri.[2] Penyelidikan filogini menunjukkan bahawa ikan yang terdekat X. variata ialah Ameca splendens.[6]

Lima spesies yang kini diletakkan di genus Xenotoca ialah:

  • Xenotoca doadrioi (Domínguez-Domínguez, Bernal-Zuñiga & Piller, 2016)
  • Xenotoca eiseni (Rutter, 1896)
  • Xenotoca lyonsi (Domínguez-Domínguez, Bernal-Zuñiga & Piller, 2016)
  • Xenotoca melanosoma (Fitzsimons, 1972)
  • Xenotoca variata (T. H. Bean, 1887)

Rujukan

  1. ^ "Xenotoca eiseni". SeriouslyFish. Dicapai pada 16 February 2016.
  2. ^ a b c Domínguez-Domínguez, O.; Bernal-Zuñiga, D.M.; Piller, K.R. (2016). "Two new species of the genus Xenotoca Hubbs and Turner, 1939 (Teleostei, Goodeidae) from central-western Mexico". Zootaxa. 4189 (1): 81–98. doi:10.11646/zootaxa.4189.1.3. PMID 27988757. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Dominguez2016" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ "Xenotoca variata". Goodeid Working Group. Dicapai pada 24 September 2018.
  4. ^ ""Xenotoca" cf. melanosoma". Goodeid Working Group. Dicapai pada 24 September 2018.
  5. ^ ""Xenotoca" cf. variata". Goodeid Working Group. Dicapai pada 24 September 2018.
  6. ^ Webb, Shane A.; Graves, Jefferson A.; Macias-Garcia, Constantino; Magurran, Anne E.; Foighill, Diarmaid O.; Ritchie, Michael G. (March 2004). "Molecular phylogeny of the livebearing Goodeidae (Cyprinodontiformes)". Molecular Phylogenetics and Evolution. 30 (3): 527–544. doi:10.1016/S1055-7903(03)00257-4. PMID 15012937. Dicapai pada 2023-06-01.