Wilayah Tanintharyi
Wilayah Tanintharyi (Bahasa Burma: တနင်္သာရီတိုင်းဒေသကြီးcode: my is deprecated , disebut [tənɪ́ɴθàjì táɪɴ dèθa̰ dʑí]; Mon: ဏၚ်ကသဳcode: my is deprecated atau တနၚ်သြဳcode: my is deprecated ; Bahasa Thai: ตะนาวศรีcode: th is deprecated , RTGS: Tanao Si, disebut [tā.nāːw sǐː]; Melayu: Tanah Saricode: ms is deprecated , تانه ساريcode: ms is deprecated ), dahulunya dikenali Bahagian Tenasserim dan kadang-kala dikenali Divisi Tanintharyi, ialah salah sebuah wilayah yang berada dalam pentadbiran Myanmar, ia meliputi sepanjang laluan sempit di bahagian selatan negara Myanmar lebih tepat lagi di Segenting Kra, Semenanjung Tanah Melayu. Ia berbatas langsung dengan Laut Andaman disebelah barat dan Banjaran Tenasserim, manakala disebelah timur pula berbatas langsung dengan negara Thailand. Disebelah utara terletaknya Negeri Mon. Terdapatnya beberapa pulau dibahagian pesisir pantai. Kepulauan Mergui terletak disebelah selatan dan bahagian tengah pesisir pantai. Kepulauan Moscos terletak di luar pesisir pantai utara. Ibu negeri bahagian pula ialah Dawei (Tavoy). Diantara bandar-bandar terpenting yang lain adalah Myeik (Mergui) dan Kawthaung. Bahagian ini meliputi kawasan seluas 43,328 km², dan dianggarkan kira-kira 1,455,000 orang menetap disini pada tahun 2002.
Rujukan
- ^ "Union of Myanmar". City Population. Dicapai pada 25 Disember 2008.
Negeri Mon | Wilayah Kanchanaburi, Thailand Wilayah Ratchaburi, Thailand | |||
Laut Andaman | Wilayah Phetchaburi, Thailand Wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand | |||
Rantau Tanintharyi | ||||
Wilayah Ranong, Thailand | Wilayah Chumphon, Thailand |
Templat:Taninthayi Division Templat:Administrative divisions of Burma