Wilayah

Wilayah (serapan Arab: وِلَايَة, rumi: wilāyahcode: ar is deprecated "pemerintahan" terbitan kata kerja وَلِيَwaliya "memerintah; menguasai; mentadbir, mengurus"[1]; bahasa Inggeris: region / territory) merupakan taraf pembahagian kawasan pemerintahan sesebuah negeri yang berlainan di dalam satu negara.

Wilayah adalah bermaksud sesuatu kawasan yang menjangkaui sebanyak dua atau lebih kawasan pentadbiran kerajaan. Wilayah juga boleh didefinisikan sebagai sesebuah negeri yang mana sistem pemerintahan dan sistem politiknya amat stabil, selain tahap budaya, sosial, perpaduan rakyat, dan taraf hidupnya yang sangat baik tanpa sebarang masalah dan berpendirian bebas untuk mewujudkan keamanan yang lebih baik.

Status kedudukan "wilayah" biasanya adalah lebih tinggi tarafnya berbanding status "negeri" dan juga berbanding status "wilayah persekutuan".

Maksud asal wilayah

Istilah wilayah boleh dimaksudkan sebagai sesebuah negeri yang statusnya lebih tinggi tarafnya, serba moden, dan lebih maju. Adakalanya juga istilah wilayah boleh didefinisikan sebagai sebuah kawasan negeri yang telahpun mencapai pembentukan sesebuah kerajaan sendiri berkat kesefahaman antara masyarakat pelbagai kaum dan perpaduan agama yang lain, tanpa sebarang masalah dan tiada sebarang pertumpahan darah yang berterusan.

Terdapat lima kategori status sesebuah tempat atau kawasan untuk mencapai sesebuah kerajaan penuh yang bersifat merdeka, moden, dan stabil, iaitu :

  • Daerah (Division) : Adalah merupakan sesebuah kawasan pentadbiran yang hanya menumpukan kepada sesuatu tempat yang lain, tetapi berada di kawasan yang sama. Contohnya seperti Daerah Bagan Datuk, Daerah Kuala Kangsar, dan Daerah Kuching.
  • Bahagian (District) : Adalah merupakan entiti sesebuah kawasan yang menjadi sebahagian daripada negeri, hasil persetujuan pihak sesebuah kerajaan negeri. Contohnya seperti Bahagian Samarahan, Bahagian Betong, dan Bahagian Sibu.
  • Negeri (State) : Penggunaan perkataan "negeri" adalah merujuk kepada sesebuah bahagian dalam sebuah negara dalam pembentukan sesebuah pemerintahan berbentuk kerajaan persekutuan, yang mana ianya berkongsi sama rata serta sama kuasa politik dengan pemerintahan persekutuan atau pemerintahan monarki. Misalnya seperti Pulau Pinang, Melaka, Perak, Selangor, dan Johor.
  • Wilayah (Region / Territory) : Penggunaan perkataan "wilayah" adalah merujuk kepada sesebuah negeri yang mana taraf pembangunan kawasan yang lebih baik, sistem politik yang amat stabil, taraf ekonomi yang sangat baik, tahap sosial dan gaya hidup yang amat baik, serta mempunyai pembentukan sesebuah kerajaan yang sistematik, cekap, dan efektif. Sesebuah kerajaan negeri yang mengamalkan sistem kerajaan wilayah masih boleh bekerjasama dengan kerajaan persekutuan ataupun bekerjasama dengan sesebuah negara, tetapi kuasa pemerintahannya dan mana-mana kuasa autonomi kerajaan akan dipegang sepenuhnya oleh kerajaan wilayah itu sendiri. Di Malaysia sahaja, Sarawak adalah contoh yang signifikan dan jelas dengan status kerajaan wilayah.
  • Negara (Country) : Penggunaan perkataan "negara" adalah bermaksud sesebuah wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial, sains, teknologi, ataupun budaya tetap akan diatur sepenuhnya oleh kerajaan yang berada di kawasan negara tersebut. Kerajaan sesebuah negara adalah sangat bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan negara yang lain. Namun risiko kelemahan ekonomi, ketidakstabilan kerajaan, pertumpahan darah, dan sentimen perkauman adalah sangat tinggi, berbanding dengan kerajaan negeri dan kerajaan wilayah.

Senarai kawasan berstatus wilayah

Thailand

Australia

Denmark

Jepun

Malaysia

New Zealand

Norway

Turki

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 394. ISBN 967-65-7321-3.