Panggilan | Gambar | Nama Sebenar & Penerangan |
Cikgu Doi | | Doi Hansuke Cikgu Doi merupakan cikgu bagi Tahun Satu Kelas Ha. Dia menyukai letupan, tidak menyukai chikuwa (kek pes ikan berbentuk tiub) serta amat membenci makanan yang diuli dan amat tepat balingan kapurnya. Dia berusia 25 tahun dah masih bujang serta guru yang paling kacak di sekolah itu. Ketika cuti sekolah, dia menjaga Kirimaru dan terpaksa membantu Kirimaru dengan kerja sambilannya. Cikgu Doi kadang-kala turut menangis disebabkan tekanan yang dibuat oleh kelasnya. Dia juga terlampau sibuk hingga sering terlupa hendak membayar sewa. |
Cikgu Yamada | | Yamada Denzou Cikgu Yamada merupakan guru luar atau lapangan bagi Tahun Satu Kelas Ha. Maknanya, dia akan mengajar apa yang ninja biasa lakukan. Cikgu Yamada sering melakukan lawak serta suka berpakaian perempuan. Dia kini sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Rikichi. Isterinya pula tidak pernah kelihatan walaupun pernah muncul tetapi hanya di balik siling. |
Cikgu Yamamoto | | Yamamoto Shina Cikgu Yamamoto merupakan cikgu bagi kelas kunoichi kyoushitsu (kelas ninja perempuan). Kadang kala dia bertindak dan menjadi perempuan tua yang sopan dan adakala menjadi perempuan muda yang cantik dan berbahaya. Tiada siapapun termasuk guru sekolah yang tahu umur sebenarnya. Bagi rupanya yang muda, dia sangat bertenaga dan sentiasa menyuruh murid-muridnya berlari. |
Cikgu Tobe | | Tobe Shinzaemon Cikgu Tobe merupakan pakar pedang terhebat di Sekolah Ninja dan pengajar yang bagus. Tetapi, dia mempunyai kelemahan yang amat ketara iaitu jika dia tidak makan walaupun sedikit, dia akan kehilangan tenaganya hinggakan untuk mengangkat pedangnya pun tidak larat. Musuh utamanya ialah Makinosuke (walaupun tidak setaraf langsung dengannya). Cikgu Tobe sering mengeluarkan bunyi "Yurari". |
Cikgu Andou | | Andou Natsunojou Cikgu Andou merupakan guru kepada Tahun Satu Kelas I. Dia tidak berapa baik dengan Cikgu Doi dan terdapat banyak persaingan antara kelas I dan Ha. Kelebihan pelajar kelasnya membuatkan dia lebih berlagak. |
Cikgu Atsugi | | Atsugi Taitsu Cikgu Atsugi merupakan guru praktikal bagi Tahun Satu Kelas I dan dia bekerja bersama dengan Cikgu Andou. |
Cikgu Shadou | | Shadou Kagemaro Cikgu Shadou merupakan guru bagi Tahun Satu Kelas Ro. Dia merupakan orang yang paling murung di sekolah dan mempunyai rupa yang menyeramkan yang dikatakan jika terserempak dengan hantu, hantu pun turut lari. Cikgu Shadou juga seorang penakut yang kana melarikan diri dengan sangat pantas sekiranya terjumpa sesuatu yang menakutkan atau tidak disuka termasuk jika terpijak hingus Shinbei. Dengan rupanya begitu, dia pastinya tidak akan dijemput ke mana-mana majlis kecuali parti Halloween. |
Cikgu Hinata | | Hinata Bokuo Cikgu Hinata juga ialah guru Tahun Satu Kelas Ro. Walau bagaimanapun, berbeza dengan pasangan mengajarnya, Cikgu Hinata amat ceria. |
Cikgu Matsuchiyo | | Matsuchiyo Yorozu Cikgu Matsuchiyo merupakan cikgu kepada Tahun Dua Kelas I. Badannya dipenuhi bulu tetapi dia mempunyai masalah yang sangat serius iaitu dia sangat pemalu. Sifat pemalunya itu sangat teruk hinggakan pelajar perlu bersembunyi di bawah meja supaya tidak dilihat olehnya. Walau bagaimanapun, ketika saat kecemasan, Cikgu Matsuchiyo amat hebat sebagai seorang ninja. |
Cikgu Nomura | | Nomura Yuuzou Cikgu Yuuzou merupakan guru Tahun Dua Kelas I yang amat membencikan bawang serta sering bertarung dengan Cikgu Masanosuke. Sebenarnya, dia lebih tenang dan mempunyai banyak peranan dalam manga berbanding dalam anime. |
Cikgu Masanosuke | | Ohki Masanosuke Cikgu Masanosuke juga guru di Sekolah Ninja. Tetapi, dia telah berhenti mengajar kerana guru Tahun Dua Kelas I iaitu Cikgu Nomura. Cikgu Masanosuke menyukai bawang sementara Cikgu Nomura membencinya yang membuatkan mereka sering bertengkar dan bergaduh walaupun hal remeh. Dalam siri manga, dia merupakan cikgu utama. Dia turut mempunyai seekor arnab sebagai binatang peliharaan yang dinamakan sebagai Rabi-chan. |
Cikgu Kinoshita | | Kinoshita Tetsumaru Cikgu Kinoshita merupakan guru kemahiran praktikal bagi Tahun Lima Kelas I. Dia sungguh bertenaga dan paling mudah naik angin. |