Theodore von Kármán
Theodore von Kármán | |
---|---|
Von Kármán pada tahun 1950 | |
Kelahiran | (1881-05-11)11 Mei 1881 Budapest, Austria-Hungary |
Meninggal dunia | 6 Mei 1963(1963-05-06) (umur 81) Aachen, Jerman Barat |
Warganegara | Hungary |
Kerakyatan | Hungary Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi dan Ekonomi Budapest |
Terkenal kerana | Kármán vortex street Pemalar von Kármán von Kármán swirling flow von Kármán momentum integral Garisan Kármán Persamaan Kármán–Howarth Supersonic and hypersonic airflow characterization; |
Anugerah | ASME Medal (1941) John Fritz Medal (1948) Wright Brothers Memorial Trophy (1954) Pingat Daniel Guggenheim (1955) Pingat Timoshenko Medal (1958) National Medal of Science (1962) Pingat Wilhelm Exner (1962) Foreign Member of the Royal Society[1] |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Kejuruteraan aeroangkasa |
Institusi | Universiti Göttingen, RWTH Aachen, Institut Teknologi California, von Karman Institute for Fluid Dynamics |
Tesis | Investigations on buckling strength (1908) |
Penasihat kedoktoran | Ludwig Prandtl[2] |
Pelajar kedoktoran | Giuseppe Gabrielli Wolfgang Klemperer Richard G. Folsom Maurice Anthony Biot Frank Wattendorf Ernest Sechler Arthur T. Ippen Qian Xuesen Louis Dunn Frank Malina Guo Yonghuai Chia-Chiao Lin Sol Penner Wallace D. Hayes Frank E. Marble[2] |
Theodore von Kármán (Hungary: Kármán Tódorcode: hu is deprecated [nota 1]) [ˈkaːrmaːn ˈtoːdor]; 11 Mei 1881 – 6 May 1963) ialah seorang ahli matematik]], jurutera aeroangkasa dan ahli fizik kelahiran Hungary. Beliau bertanggungjawab menemukan banyak dalam bidang aerodinamik, malah merupakan tokoh paling dikenali dan berpengaruh dalam bidang ini pada abad ke-20.[3][4][5][6]
Awal hidup
Kármán Tódor lahir dalam sebuah keluarga bangsa Yahudi di Budapest, Austria-Hungary kepada Kohn Ilka[7][8] Beliau turut mempunyai pertalian keluarga dengan Judah Loew ben Bezalel, seorang agamawan (rabai) yang paling berpengaruh dalam bidang pengajian agama Yahudi.[1]
Beliau menjalani bidang kejuruteraan di Universiti Teknikal Diraja Jòzsef (kini Universiti Teknologi dan Ekonomi Budapest. Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Göttingen di Empayar Jerman pada 1902 serta mendapat ijazah kedoktorannya enam tahun kemudian; beliau turut menjadi pengajar di institut tersebut selama empat tahun.
Beliau dilantik sebagai pengarah institut Aeronautik Universiti RWTH Aachen pada 1912. Tempoh jawatannya di sana terganggu berikutan tercetusnya Perang Dunia Pertama, di mana beliau berkhidmat dalam Tentera Darat Austria-Hungary dari tahun 1915 sehingga 1918.
Kármán mula tidak senang dengan keadaan politik di benua Eropah yang semakin bergolak dengan sentimen nasionalis, maka beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1930 di mana beliau mendapat tawaran mengarah Makmal Aeronautik Guggenheim di Institut Teknologi California dengan Frank Wattendorf sebagai pembantunya.
Kerjaya saintifik
Nota
- ^ nama orang Hungary mengikut turutan di mana nama keluarga didahulukan sebelum nama sendiri menyusul.
Rujukan
- ^ a b Goldstein, S. (1966). "Theodore von Karman 1881–1963". Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society. 12: 334–365. doi:10.1098/rsbm.1966.0016.
- ^ a b "Theodore von Kármán". Mathematics Genealogy Project.
- ^ Chang, Iris, Thread of the silkworm, Basic Books, 1996, pages 47–60
- ^ Greenberg, J. L.; Goodstein, J. R. (1983). "Theodore von Karman and Applied Mathematics in America". Science. 222 (4630): 1300–1304. Bibcode:1983Sci...222.1300G. doi:10.1126/science.222.4630.1300. PMID 17773321.
- ^ O'Connor, John J.; Robertson, Edmund F., "Theodore von Kármán", arkib MacTutor History of Mathematics, Universiti St Andrews.
- ^ Sears, W. R. (1965). "Some Recollections of Theodore von Kármán". Journal of the Society for Industrial and Applied Mathematics. 13: 175–183. doi:10.1137/0113011.
- ^ von Kármán, Theodore; Edson, Lee (1967). The Wind and Beyond. Budapest: Akadémiai Kiadó. m/s. 12. ISBN 9630567644.
- ^ https://www.ias.ac.in/article/fulltext/reso/010/08/0002-0003
Bacaan lanjut
- D. S. Halacy, Jr., Father of Supersonic Flight: Theodor von Kármán (1965).
- M. H. Gorn, The Universal Man: Theodore von Kármán's Life in Aeronautics (Smithsonian Institution Press, Washington, 1992).
- G. Gabrielli, "Theodore von Kármán", Atti Accad. Sci. Torino Cl. Sci. Fis. Mat. Natur. 98 (1963/1964), 471–485.
- J. L. Greenberg and J. R. Goodstein, "Theodore von Kármán and applied mathematics in America," A century of mathematics in America II (Providence, R.I., 1989), 467–477.
- R. C. Hall, "Shaping the course of aeronautics, rocketry, and astronautics: Theodore von Kármán, 1881–1963," J. Astronaut. Sci. 26 (4) (1978), 369–386.
- J. Polásek, "Theodore von Kármán and applied mathematics" (Czech), Pokroky Mat. Fyz. Astronom. 28 (6) (1983), 301–310.
- Wattendorf, F. L. (1956). "Theodore von Kármán, international scientist". Z. Flugwiss. 4: 163–165.
- Wattendorf, F. L.; Malina, F. J. (1964). "Theodore von Kármán, 1881–1963". Astronautica Acta. 10: 81.
Pautan luar
- Karya oleh atau tentang Theodore von Kármán di Internet Archive
- Profil dalam Makmal Perejangan Jet
- The Von Karman Institute for Fluid Dynamics