Terier sukan Lucas

Terier sukan Lucas
Seekor terier Lucas
Negara asalScotland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier sukan Lucas[a] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis terier. Baka ini dinamai sempena Jocelyn Lucas.

Penampilan

Ia merupakan terier pekerja bertungkai pendek yang mesti kecil dan berdada cukup sempit untuk memasuki tanah apabila perlu. Ia kira-kira setinggi 12 inci (30 cm) pada paras kelasa dan kira-kira seberat 15 paun (6.8 kg). Lapis bulu berjumbai kasar berwarna putih dengan tompok-tompok gelap, atau pelbagai kombinasi perang, hitam dan sawo matang, atau grizzle dan sawo matang.

Sejarah

Terier sukan Lucas dikembangkan di Scotland (mula-mula di Mey, Caithness dan kemudian di Abington, South Lanarkshire) daripada terier Lucas, terier Jack Russell, dan pelbagai fell terrier oleh Brian Plummer pada tahun 1990-an, dalam usaha untuk mewujudkan terier pekerja bagus.[perlu rujukan] Pada tahun 1999, Lucas Terrier Club menyahsenaraikan semua anjing milik Brian Plummer kerana mereka "tidak ingin agar suntikan jenis terier lain dimasukkan ke dalam susur galur mereka".[1] Kelab-kelab baka kemudian didirikan untuk anjing Plummer yang kemudian menjadi terier sukan Lucas, walaupun pada hakikatnya hubungan dengan terier Lucas asli adalah kecil.[perlu rujukan]

Terier Lucas diwujudkan oleh Mejar Jocelyn Lucas pada akhir 1940-an dalam usaha untuk membiakbakakan terier Sealyham yang mampu memasuki tanah, daripada terier Sealyham dan terier Norfolk. Dengan lebih daripada 500 individu di United Kingdom, ia terutamanya merupakan anjing peliharaan di negara itu.[2] Walau bagaimanapun, di Amerika Syarikat, terdapat usaha bersepadu untuk mengembalikan terier Lucas kepada anjing kecil, seperti sifat pekerja aslinya, dan ia semakin banyak terdapat dalam ujian sukan.[perlu rujukan]

Satu lagi baka terier yang dikembangkan oleh Brian Plummer ialah terier Plummer.[3] Ia adalah serupa, tetapi bulterier juga digunakan, dan anjing itu memperoleh reputasi kerana sifat suka bergaduh.[perlu rujukan]

Pengiktirafan

Antara kelab kenel utama di dunia berbahasa Inggeris, hanya United Kennel Club (Amerika Syarikat) yang mengiktiraf terier sukan Lucas, dalam Kumpulan Terier.[4] Ia juga mungkin diiktiraf oleh mana-mana kelab anjing khusus, kelab sukan anjing, pejabat pendaftaran kecil, dan perniagaan pendaftaran baka berdasarkan Internet.[perlu rujukan]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing
  • Terier

Catatan

  1. ^ Jawi: تيريئر سوکن لوکسcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: sporting Lucas terriercode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ Similar Name But Not The Same (Lucas Terrier Club) (Inggeris)
  2. ^ "Plummer Terriers (Inggeris), oleh P. Burns "Today the Lucas Terrier is a scruffy show ring dog"
  3. ^ Plummer Terriers, what are they? (Inggeris) Diarkibkan 28 Disember 2009 di Wayback Machine
  4. ^ Breed Standard (Inggeris)

Bacaan lanjut

  • Tales of a Rat-Hunting Man (Inggeris) oleh Brian Plummer, Penerbit: Lyons and Burford Publishers, 1997, ISBN 1-55821-595-6
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari United Kingdom
Hound
Gundog
Terier
Baka pekerja
Baka mainan
Jenis bull
Anjing gembala
Lain-lain
Pupus
Jenis: Collie, fell terrier, longdog, lurcher, dan terier rubah
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah