Stesen keretapi Anak Bukit
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Kodiang menghala ke Padang Besar | Laluan Padang Besar | Alor Setar menghala ke Butterworth | ||
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (ETS) | Stesen seterusnya | ||
Arau menghala ke Padang Besar | Padang Besar–Gemas (Gold) | Alor Setar menghala ke Gemas |
Stesen keretapi Anak Bukit terletak di kawasan pinggir bandar Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.[1] Stesen ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang boleh dicapai dalam masa lima hingga lapan minit dengan memandu atau menaiki teksi. Stesen i ini juga hampir dengan pekan Jitra.
Sejarah
Stesen keretapi Anak Bukit mula dibuka pada 15 Oktober 1917 setelah perkhidmatan keretapi laluan Bukit Mertajam ke Alor Setar dilanjutkan lagi hingga ke Bukit Ketri. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2016.[2]
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Anak Bukit menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[3]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- satu perlepasan ke Padang Besar
- satu ketibaan dari Padang Besar
- satu perlepasan ke Gemas
- satu ketibaan dari Gemas
Galeri
- Aras platform stesen, 2023.
- Aras platform stesen, 2023.
- Aras platform stesen, 2023.
Rujukan
- ^ "Anak Bukit Railway Station". Landasan. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2016. Dicapai pada 19 October 2016.
- ^ "Perkhidmatan Tren Shuttle KTM Komuter Butterworth-Padang Besar Bermula Hari Ini". mStar. 1 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.
Rencana berkaitan pengangkutan rel di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s