Siti Khadijah Halim |
---|
Kelahiran | Siti Khadijah binti Abdul Halim (1997-03-27) 27 Mac 1997 (umur 27)
Kuala Lumpur, Malaysia |
---|
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
---|
Pekerjaan | Pelakon, model |
---|
Tahun aktif | 2018–kini |
---|
Siti Khadijah Abdul Halim (lahir 27 Mac 1997) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gadis Panca NR pada tahun 2018. Beliau mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila membawa watak Lara Andrew di dalam drama Dia Yang Ku Cinta,[1] namun lebih dikenali menerusi drama Ash & Aish dan Sekali Lagi Cinta Kembali.[2]
Kehidupan dan kerjaya
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai 4 orang adik-beradik, dua abang (lahir pada 1988 dan 1991) dan seorang kakak (lahir 1994) dan merupakan anak bongsu. Beliau dibesarkan oleh ibu bapanya yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Lendu, Melaka. Setelah tamat pengajian, beliau terus menjadi seorang pelakon.[3]
Beliau menyertai pertandingan Gadis Panca NR 2017 anjuran Mingguan Malaysia (akhbar mingguan Utusan Malaysia dan dinobatkan sebagai juara. Kerjaya seninya pula diuruskan oleh syarikat A. Aida Production.[4] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem.[5]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
2022 | Rompak | Sofea | Filem pertama |
Hantu Tenggek | Ana | |
2023 | Syaitan Munafik | Echa | |
2025 | Munajat Kekasih | Zaiton | Pra-produksi |
Drama
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
2023 | From Saga With Love | Karma (Karmila Azad) | Viu | Drama pertama |
2024 | From Saga With Love 2 | |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
2020 | Pengantin 3 Hari | Maya | Salam HD | Telefilem pertama |
Cerai | Farah | Astro Citra | |
2023 | Kami TV | Mimi/Ayu | |
Biar Biasa Biasa | Sofia | Astro Ria | |
Televisyen
Iklan
Tahun | Iklan | Catatan |
2022 | McDonald's: Kak Long Balik Muar | bersama Nadiya Nisaa & Aniq Suhair, sebagai Wawa (Kak Chik) |
Raya IJM Land: Selembar Benang, Sepasang Baju | bersama Iman Zulkarnain, sebagai Nita |
Videografi
Muzik Video Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
2018 | "Bicaramu" | Amir Hasan |
"Bunga" | Kugiran Masdo |
2022 | "Ku Cuba" | Hariz Fayahet |
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
- ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Februari 2022). "'Biarlah nama tak komersil...'". Berita Harian. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ^ Affan Rostam (26 Disember 2022). "Siti Khadijah pilih naskhah lonjak nama". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (5 Februari 2022). "Siti Khadijah mahu pelihara nama baik, pakaian tak terlalu terbuka walaupun belum bertudung". mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ^ "Siti Khadijah juara Gadis Panca 2017". Malaysia Gazette. 14 Januari 2018. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ^ Affan Rostam (22 September 2023). "Sukar percaya orang lain, Siti Khadijah urus kerjaya sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 22 September 2023.
Pautan luar