Remang
- Drama
- Konflik
- Seram
- Suspen
- Sofia J Rhyland
- Adza Irdawati Adenan
- Intan Zarina Mohd Yasin
- Khairul Rizam
- Anomali Media Sdn Bhd
Remang ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2022 arahan Khairul Rizam. Siri ini ini memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 1 Ogos 2022.[1] Jalan cerita Remang tidak bersifat bersambung-sambung, dan sebaliknya, setiap episod mempunyai kisah yang berlainan.
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang DJ radio iaitu Ejay (Syafie Naswip) yang cuba untuk naikkan rating (populariti) pendengar dalam slot tengah malam yang diuruskannya. Oleh itu, dia mendapat satu idea dengan menukar segmen cinta yang dibawanya sebelum ini kepada segmen seram yang dinamakan sebagai "Remang Malam". Dalam segmen ini, DJ Ejay akan menerima panggilan telefon daripada pendengar yang akan menceritakan kisah-kisah seram yang pernah dihadapi mereka, dan juga kisah-kisah yang lazim berlaku dalam masyarakat Melayu.
Senarai Episod
- Dendam Saka
- Pak Cik Tumpang
- Botol Puaka
- Tangkai
- Alam Lain
- Perhentian
- Cermin Berhantu
- Siapa Tadi?
- Peneman Syif Malam
- Lukisan Lama
- Jangan Alih
- Belaan
Rujukan
- ^ Drama Remang MyInfoTaip. Dicapai 1 Ogos 2022