Piala Dunia ICC T20 2024

Piala Dunia ICC T20 2024 2022
2024 ஐசிசி ஆண்கள் இருபது20 உலகக்கிண்ணம்code: ta is deprecated
2024 ICC Men's T20 World Cupcode: en is deprecated
Perincian kejohanan
Tarikh1 – 29 June 2024
Pasukan20
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan55
← 2022 Australia
2026 India & Sri Lanka →

Piala Dunia T20 ICC T20 2024 adalah edisi kesembilan Piala Dunia ICC T20. Ia dianjurkan bersama oleh Hindia Barat dan Amerika Syarikat dari 1 hingga 29 Jun 2024.

Kejohanan kali ini menyaksikan 20 pasukan bertanding, peningkatan sebanyak 4 pasukan berbanding kejohanan sebelumnya. England adalah juara bertahan[1] tetapi gagal mempertahankan kejohanan kali ini selepas tewas kepada India di Separuh akhir.[2]

India menjadi johan pertandingan edisi ini selepas mengalahkan Afrika Selatan di final dengan 7 larian .Ia sekaligus membolehkan menyamai India menyamai rekod pasukan England dan Hindia Barat sebagai pasukan dengan gelaran terbanyak dalam Piala Dunia T20.

Latar Belakang

Piala Dunia ICC T20 adalah kejohanan profesional Twenty20 Antarabangsa yang diadakan antara pasukan kriket kebangsaan lelaki, yang dianjurkan oleh Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kejohanan ini, yang kini diadakan setiap dua tahun, pertama kali dimainkan pada tahun 2007 di Afrika Selatan. Kejohanan terakhir yang diadakan pada tahun 2022 di Australia dipertandingkan oleh 16 pasukan. Juara bertahan ialah England, yang mengalahkan Pakistan dalam perlawanan akhir edisi sebelumnya.[3]

Pemilihan tuan rumah

Pada November 2021, ICC mengumumkan bahawa Piala Dunia ICC T20 2024 akan dimainkan di Amerika Syarikat dan Hindia Barat. [4]Satu tawaran bersama telah dikemukakan oleh Persatuan Kriket Hindia Barat dan Persatuan Kriket Amerika Syarikat selepas dua tahun persediaan, membentuk sebahagian daripada kerjasama strategik antara kedua-dua persatuan.

Format

Jumlah 20 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan yang masing-masing mempunyai lima pasukan, dengan setiap pasukan bermain satu kali dengan pasukan lain dalam kumpulannya. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan meneruskan ke peringkat Super 8, yang dibahagikan kepada dua kumpulan yang masing-masing mempunyai empat pasukan.

Pemenang setiap kumpulan Super 8 bermain dengan naib juara kumpulan lain dalam separuh akhir. Pemenang separuh akhir bertanding dalam perlawanan akhir untuk menentukan juara Piala Dunia.

Vanue

Venue di Hindia Barat
Antigua & Barbuda Barbados Guyana
Stadium Sir Vivian Richards Kensington Oval Stadium Nasional Guyana
Kapasiti: 10,000 Kapasiti: 28,000 Kapasiti: 20,000
Perlawanan: 8 Perlawanan: 9 (Final) Perlawanan: 6 (Suku Akhir)
Saint Lucia St. Vincent & the Grenadines Trinidad & Tobago
Lapangan Kriket Daren Sammy Stadium Arnos Vale Stadium Akademi Kriket Brian Lara
Kapasiti: 15,000 Kapasiti: 18,000 Kapasiti: 15,000
Perlawanan: 6 Perlawanan: 5 Perlawanan: 5 (Suku Ahir)
Venues di Amerika Syarikat
Florida New York Texas
Stadium Taman Central Broward Stadium Kriket Antarabangsa Nassau County Stadium Grand Prairie
Kapasiti: 25,000 Kapasiti: 34,000 Kapasiti: 15,000[a]
Perlawanan: 4 Perlawanan: 8 Perlawanan: 4
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama expand

Rujukan

  1. ^ "Sam Curran and Ben Stokes the heroes of the final as England break Pakistan hearts". ESPNcricinfo. 13 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2022. Dicapai pada 18 November 2022.
  2. ^ "India seal T20 World Cup glory after epic duel against South Africa". International Cricket Council. Dicapai pada 29 June 2024.
  3. ^ "Wade, Stoinis pull off sensational heist to put Australia in final". ESPNcricinfo. 11 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2023. Dicapai pada 11 November 2021.
  4. ^ "USA to stage T20 World Cup: 2024–2031 ICC Men's tournament hosts confirmed". International Cricket Council. 16 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2021. Dicapai pada 21 October 2022.

Pautan Luar

  • Tapak web rasmi
  • Tournament home at ESPNcricinfo