Pekan Bangar
Lokasi di Brunei
(2016)
PA1151
Pekan Bangar ialah pekan bagi Daerah Temburong, Brunei. Ia merupakan pusat pentadbiran bagi daerah tersebut.[1] Pekan Bangar secara rasmi merupakan salah satu sub-pembahagian peringkat kampung di bawah Mukim Bangar. Ia mempunyai dua kawasan poskod iaitu Pekan Bangar Lama dan Pekan Bangar Baru dengan poskod-poskod PA1151 dan PA1351.[2][3][4]
Kemudahan
Pekan Bangar ialah terletaknya kemudahan-kemudahan utama bagi Daerah Temburong. Ini termasuk:
- Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, antara lain menempatkan Jabatan Daerah Temburong, iaitu jabatan kerajaan yang mentadbir Daerah Temburong, serta Pejabat Pos Bangar,[5] satu-satunya pejabat pos di daerah tersebut
- Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, satu-satunya hospital di Daerah Temburong[6]
- Masjid Utama Mohammad Salleh, masjid utama atau tumpuan bagi Daerah Temburong
- Sekolah Menengah Sultan Hassan, satu-satunya sekolah menengah di Daerah Temburong[7]
- Terminal Perahu Pekan Bangar, jeti bagi pengangkutan perahu tambang secara langsung ke Bandar Seri Begawan[8]
Rujukan
- ^ "Daerah Temburong" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 26. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Pekan Bangar Lama, Bangar, Temburong: PA1151". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Pekan Bangar Baru, Bangar, Temburong: PA1151". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "PEJABAT BANGAR". post.gov.bn. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Daerah Temburong" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 36. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Daerah Temburong" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 37. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Daerah Temburong" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 32. Dicapai pada 4 Jun 2018.