Orang Ainu
Orang Ainu (アイヌcode: ja is deprecated ) IPA: [ʔáinu] (juga dipanggil Ezo dalam catatan bersejarah) merupakan sekelompok etnik pribumi di Hokkaidō, Kepulauan Kuril, dan Sakhalin. Kini mungkin terdapat lebih 150,000 orang Ainu; bagaimanapun perangkaan tepat tidak diketahui kerana ramai orang Ainu enggan mendedahkan keturunan mereka gara-gara isu perkauman di Jepun. Juga ramai orang Ainu yang masih ada yang tidak sedar akan keturunan mereka, kerana orang-orang tua mereka merahsiakan keturunan mereka agar melindungi anak-anak dan cucu-cucu dari menghadapi masalah sosial.
Nama "Ainu" bersempena perkataan aynu, yang bermaksud "manusia" (khususnya apabila dibandingkan dengan kamuy iaitu dewa-dewi) dalam loghat Hokkaidō bahasa Ainu; Emishi, Ezo atau Yezo (蝦夷code: ja is deprecated ) merupakan nama bahasa Jepun bagi kaum ini yang dipercayai berasal dari bentuk lama untuk perkataan Aimu Sakhalin moden yang berbunyi enciw atau enju, juga bermaksud "manusia". Istilah Utari (ウタリcode: ja is deprecated ) ("rakan") kini lebih disukai sesetengah anggota minoriti ini.
Pautan luar
- The Ainu Museum at Shiraoi Diarkibkan 2005-08-28 di Wayback Machine
- Smithsonian Institution
- Hokkaido Utari Kyokai
- Sapporo Pirka Kotan Ainu Cultural Center
- Institute for the Study of Languages and Cultures of Ainu in Samani, Hokkaido
- Ainu-North American cultural similarities Diarkibkan 2003-09-27 di Wayback Machine
- Foundation for Research and Promotion of Ainu Culture (centers located in Sapporo and Tokyo) Diarkibkan 2012-03-08 di Wayback Machine
- Ainu Lineage
- The Boone Collection Diarkibkan 2009-03-18 di Wayback Machine