Olympe Maxime

Watak Harry Potter

Olympe Maxime, dilakonkan oleh Frances de la Tour.
Olympe Maxime
Jantina Perempuan
Warna rambut Hitam
Warna mata Hitam
Rumah -
Sekolah Beauxbatons
Keturunan Campuran Manusia dan Gergasi
Dilakonkan oleh Frances de la Tour
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire

Olympe Maxime merupakan watak rekaan dari siri Harry Potter ciptaan J. K. Rowling. Watak ini adalah berbangsa Perancis dan merupakan pengetua Beauxbatons. Profesor Dumbledore menghormati beliau kerana jawatan yang dipegangnya manakala Hagrid mengagumi kebolehan sihirnya. Maxime menyukai cara perjalanan bersama anak muridnya dengan menggunakan pedati besar yang kenderaikan oleh dua belas ekor palomino bersayap.

Watak Maxime dilakonkan oleh Frances de la Tour bagi filem keempat siri ini yang juga merupakan kemunculan filem ini.



Amaran Spoiler: Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.



Peranan

Olympe Maxime diperkenalkan buat kali pertama pada buku keempat (Harry Potter dalam Piala Api) apabila beliau dan beberapa lagi pelajar Perancis tiba di Hogwarts untuk meyertai dan memberi sokongan kepada Kejohanan Ahli Sihir Trio/Triwizard.

Menurut saiznya yang besar, diketahui yang dia merupakan separa gergasi. Walau bagaimanapun, dia menolak kebenaran itu dengan tegas dan mengatakan yang dia mempunyai 'tulang besar'. Tetapi, jika hendak diikutkan, ketinggiannya yang tinggi lampai dan menyerupai Hagrid, hal itu tak dapat disanggah lagi.

Hagrid cuba menggodanya tetapi dia menolak apabila Hagrid menuduhnya separa gergasi. Mungkin dia menolaknya atau membenci Hagrid kerana hal itu tetapi di hujung buku tersebut, nampaknya mereka kembali mesra walaupun sebagai kawan.

Walaupun dia lazim diperihalkan mempunyai gaya yang anggun dan memakai jubah satin hitam yang menawan beserta barangan kemas seperti yang tercatat dalam versi buku, dia kelihatan kurang apabila memakai jubah bercorak kulit buaya dalam filem.

Dalam buku juga, Dumbledore memuji kebolehannya ketika menari semasa Majlis Tari-Menari sewaktu Krismas.

Beliau juga disebut dalam buku kelima oleh Hagrid apabila Hagrid menceritakan kepada Harry, Ron dan Hermione yang Puan Maxime bersama menemani dia mengembara untuk menjejaki kawanan gergasi yang masih wujud ketika musim panas. Prinsip Maxime untuk membantu dunia sihir ketika itu telah menewaskan keinginannya untuk menyembunyikan sikap anti-gergasinya lalu bersetuju di atas permintaan Dumbledore untuk menemani Hagrid.

Dia juga seorang yang tabah ketika pengembaraan ke pergunungan itu apabila Hagrid mengatakan yang dia langsung tidak memberikan sebarang masalah dan rungutan walaupun pelbagai rintangan yang mereka hadapi ketika menempuhi perjalanan yang amat lasak dan ketika menghadap kaum gergasi yang ganas dan tidak bertamadun.

Dalam buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince, Puan Maxime merupakan antara para hadirin yang datang ke Hogwarts untuk memberika penghormatan terakhir ketika upacara pengebumian Dumbledore.

Asal Nama

Olympe merupakan perkataan Perancis bagi Olympus , iaitu sebuah gunung di Yunani yang dikaitkan dengan mitos tempat tinggal dewa-dewi Yunani dan para Titan; mungkin ini boleh dikaitkan dengan saiz dan penampilan beliau. Maxime adalah perkataan Perancis bagi "peraturan", sesuai dengan wataknya yang juga merupakan seorang pengetua sekolah. Ia juga terbitan dari perkataan Latin "maxima", iaitu kata bagi perempuan untuk "maximus", yang bermaksud "hebat" atau "besar" yang sesuai dengan saiznya.

Lihat juga

  • p
  • b
  • s
Watak Harry Potter
Watak utama

Harry Potter | Ron Weasley | Hermione Granger | Albus Dumbledore | Severus Snape | Lord Voldemort

Saudara

People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley

Staf dan pelajar Hogwarts

Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney

Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge

Watak lain

Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |