Oliver Wood

Watak Harry Potter
Oliver Wood
Oliver Wood dilakonkan oleh Sean Biggerstaff
Oliver Wood
Jantina Lelaki
Warna rambut Perang
Warna mata Perang
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Sean Biggerstaff
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone (buku & filem)

Oliver Wood (dilakonkan oleh Sean Biggerstaff dalam filem Harry Potter and the Sorcerer’s Stone) adalah Kapten Pasukan Quidditch Gryffindor dalam tiga buku pertama, dan keluar dari Hogwarts pada akhir Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Wood adalah pemain berbakat dan amat meminati Quidditch, disebut-sebut sebagai salah sseorang Keeper terbaik yang pernah dimiliki Gryffindor. Wood memang dilahirkan sebagai pemimpin dan seorang kapten yang cukup tegas pada anak buahnya (tidak pernah menunda latihan Quidditch walaupun hujan lebat, memaksa anggota pasukannya bangun pada pagi-pagi buta untuk latihan, melewatkan waktu antara pelajaran untuk membincangkan taktik permainan dengan pasukanya) dan pernah dimarahi McGonagall gara-gara mementingkan Piala Quidditch daripada keselamatan Harry ketika Firebolt Harry dicurigai dikenakan sumpahan oleh Sirius Black dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Wood mengatakan bahawa dia tidak peduli kalau penyapu itu mejatuhkan Harry asalkan Harry sudah mendapatkan Snitchnya.

Musuh besarnya adalah Marcus Flint, Kapten Slytherin. Mereka dilihat saling berusaha untuk merenyukkan tangan ketika berjabat tangan sebelum pertandingan.

Semasa sekolah, impian terbesar Wood adalah memenangi Piala Quidditch untuk Gryffindor sebelum habis belajar. Sejak Charlie Weasley keluar dari Hogwarts, Gryffindor masih belum lagi memenangi Piala. Setelah Harry masuk ke dalam pasukan, Wood sangat berharap dia dapat merebut Piala tersebut. Namun, pada tahun pertama, Harry tidak dapat mengikuti pertandingan akhir kerana terluka berhadapan dengan Profesor Quirrell, pada tahun kedua, pertandingan dibatalkan kerana wujudnya serangan di dalam sekolah. Dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, barulah Wood berjaya menjuarai Piala Quidditch.

Wood muncul seketika dalam Harry Potter and the Goblet of Fire; Harry, Ron dan Hermione terserempak dengannya di Perkhemahan Piala Dunia Quidditch. Setelah dengan bersemangat memperkenalkan Harry pada ibu bapanya, Wood mengatakan pada Harry bahawa dia menjadi pemain simpanan Puddlemere United, pasukan Quidditch tertua di England dan Ireland.

Setelah tamat sekolah, jawatan Wood sebagai Kapten Gryffindor digantikan oleh Angelina Johnson dan tahun berikutnya oleh Harry Potter.

Walaupun Wood tidak muncul lagi selepas buku keempat, tapi beberapa kali Fred dan George Weasley ada menyebut tentangnya.

Dalam siri buku Harry Potter ke-7, Oliver Wood telah kembali dalam membantu peperangan diantara Hogwarts dengan The Death Eaters.

Lihat juga

  • p
  • b
  • s
Watak Harry Potter
Saudara

People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley

Staf dan pelajar Hogwarts

Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney

Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge

Watak lain

Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |