Nooh Gadut
Yang Berhormat Dato' (Dr.) Haji Nooh Gadut | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 15 Ogos 2022 | |
Didahului oleh | Wan Zahidi Wan Teh |
Mufti Johor | |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Didahului oleh | Ahmad Awang |
Digantikan oleh | M. Tahrir Samsudin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Nooh bin Gadut (1946-11-07) 7 November 1946 (umur 77) Segamat, Johor, Malayan Union (kini Malaysia) |
Dato' (Dr.) Haji Nooh bin Gadut (lahir 7 November 1946) ialah Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan merupakan bekas Mufti Johor ke-11[1] yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 15 Ogos 2022 lalu.[2] Beliau dilantik bagi menggantikan Wan Zahidi Wan Teh yang telah dilantik sebagai Mufti Perak.[3]
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dari 1 Oktober 2016 hingga 30 September 2019 lalu.[4]
Anugerah
- Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (2006)
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua, Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) – Dato'
- Pingat Kerana Lama dan Baik Dalam Pekerjaan (PLP)
- Pingat Ibrahim Sultan Johor, Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II)
- Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) (2015)
- Selangor :
- Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (2023)[5]
Rujukan
Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s