25 November - 25 Disember 1991, sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat kajian tentang kewujudan Kerajaan Gangga Negara.
Artifak yang ditemui oleh orang kampung telah dikaji semula. Beberapa artifak-artifak sejarah telah ditemui. Artifak-artifak ini disimpan oleh Muzium Negara. Pihak Jabatan Muzium merasakan kesemua penemuan tersebut perlu ditempatkan di sebuah Muzium yang dinamakan Muzium Beruas, sementara kajian-kajian seterusnya dibuat dari semasa ke semasa.
Bangunan Mahkamah Beruas diubahsuai untuk dijadikan Muzium Beruas. Asalnya pejabat KEMAS kawasan Beruas.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6 telah membiayai Muzium Beruas.
23 Mei 1995, Muzium Beruas diserahkan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Kerajaan Perak.
Julai 1995 Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Ngah Talib merasmikan Muzium Beruas dan telah dibuka kepada orang ramai.