Mantel meriam

Mantel meriam, ditandai warna merah, dipasang pada meriam kereta kebal (M1A1 Abrams Amerika)

Mantel meriam atau gun mantlet ialah sejenis plat armor atau penghadang berperisai yang dipasang pada pangkal meriam kenderaan tempur berperisai, melindungi bukaan laras senjata yang mengunjur dari badan atau turet armor dan, dalam banyak kes, memastikan peluru meriam yang berisi kepala peledak tidak terkeluar melepasi perisai kenderaan. Pada kebanyakan kereta kebal semasa Perang Dunia II, mantel meriam melindungi meriam utama dan mana-mana senjata sepaksi, dan mempunyai armor paling tebal pada kenderaan itu. Namun, dalam kebanyakan reka bentuk kereta kebal pasca Perang Dingin, mantel meriam menjadi salah satu bahagian paling lemah pada turet armor kenderaan dan dengan itu menjadi kelemahan.

Ini kerana banyak reka bentuk mantlet dipasang terus pada meriam, ia secara drastik meningkatkan berat keseluruhan sistem meriam dan jumlah usaha diperlukan untuk menaikkan dan menurunkannya. Ini merupakan isu bagi penstabil meriam kerana ia terbukti kurang efisien dan tepat dalam memastikan meriam stabil dengan penambahan berat mantlet. Oleh itu, seperti yang dilihat dalam kereta kebal seperti M1 Abrams dan Leopard 2, mantlet mempunyai perisai ringan daripada turet yang lain untuk mengurangkan berat dan ia menjadi lebih kecil untuk meminimumkan kawasan dimana projektil boleh terkena kerana jika ia berlaku, ia berkemungkinan besar mengakibatkan penembusan dan melumpuhkan meriam dan merosakkan ruang tempur.

Pada kenderaan seperti Chieftain, mantlet diketepikan sepenuhnya.

Galeri

  • Mantlet kereta kebal Panther
    Mantlet kereta kebal Panther
  • Mantlet Tiger I
    Mantlet Tiger I
  • Mantlet kereta kebal M4 Sherman
  • Mantlet kereta kebal Comet
    Mantlet kereta kebal Comet
  • Kas mantlet T-70
    Kas mantlet T-70
  • Mantlet Leclerc
    Mantlet Leclerc
  • Mantlet Leopard 2A4
    Mantlet Leopard 2A4
  • Mantlet StuG III
    Mantlet StuG III
  • Mantlet Jagdpanther
    Mantlet Jagdpanther
  • Mantlet ISU-122
    Mantlet ISU-122

Lihat juga

  • Penghadang meriam
  • Mantlet

Rujukan