Love Elsa
- Drama
Cinta
Misteri
Fantasi
- Nadia Khan
- Mamu Vies
- Zul Ariffin
- Uyaina Arshad
- Zeera Azizi
- Mona Allen
Love Elsa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Michael Ang, dibintangi oleh Zul Ariffin, Uyaina Arshad dan Zeera Azizi. Diadaptasi dari novel 2018 bertajuk sama karya Acik Lana terbitan BookU, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria dari 15 Jun hingga 26 Julai 2021 menggantikan Rindu Awak Separuh Nyawa.[1][2]
Sinopsis
Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.
Kemunculan Ridza Adam Hakim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Adam Hakim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Adam Hakim dan lahirnya perasaan cinta.
Pelakon
Pelakon utama
- Zul Ariffin[3] sebagai Ridza Adam Hakim
- Uyaina Arshad[4] sebagai Ammara
Pelakon pembantu
- Zeera Azizi sebagai Sofea
- Ramona Zamzam sebagai Ramona
- Mona Allen sebagai Madam Qistina
- Badrul Muhayat sebagai Tuan Elyas
- Ku Faridah sebagai Nenek Ammara
- Nasz Sally sebagai Habsah
- Iman Suhana sebagai Hamidah
- Azhar Amir sebagai Zamir
- Ikhram Juhari sebagai Imran
- Riz Amin sebagai Kamarul
- Mustapha Kamal sebagai Wahid
- Nina Juren sebagai Mak Ammara
- Sharifah Shahora sebagai Mak Ridza
- Arwan sebagai Rauf
Rujukan
- ^ "Drama Love Elsa". MyInfoTaip. Dicapai pada 15 Jun 2021.
- ^ "Naskhah adaptasi Love Elsa taruhan terbaru Astro Ria". Utusan Borneo. 17 Jun 2021. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
- ^ Hanisah Selamat (17 Jun 2021). "Tak Perlu Pegang Zul Ariffin Hormat Teman Gandingan". Kosmo!. Dicapai pada 17 Jun 2021.
- ^ Haryati Karim (17 Jun 2021). "Gaya Pelik Uyaina Pakai 18 Sarung Tangan Baju Berlapis-lapis". Kosmo!. Dicapai pada 17 Jun 2021.