Loji Kuasa Nuklear Higashidōri
Tokyo Electric Power Company
Loji Kuasa Nuklear Higashidōri (東通原子力発電所code: ja is deprecated , Higashidōri genshiryoku hatsudensho, Higashidōri NPP) ialah sebuah loji janakuasa nuklear yang terletak di pekan Higashidōri di timur Wilayah Aomori, di atas Semenanjung Shimokita, menghadap Lautan Pasifik. Loji ini unik di Jepun kerana di tapak empat unit ini, dua unit dikendalikan oleh Tōhoku Denryoku dan dua lagi oleh Tokyo Electric Power Company. Keempat-empat reaktor direka oleh Toshiba.
Kejadian
Walaupun loji ini ditutup untuk penyelenggaraan sewaktu gempa bumi dan tsunam Tohoku 2011, namun gempa susulan pada 7 April menyebabkan terputusnya segala kuasa luaran, maka loji ini terpaksa beralih ke kuasa sandaran untuk membekalkan pendinginan kepada kolam bahan api terpakai di mana tersimpannya rod-rod bahan api reaktor.[1][2]
Rujukan
Pautan luar
- Tapak web rasmi (Tohoku) (Jepun)
- Tapak web rasmi (Tohoku) (Inggeris)
- Tapak web rasmi (Tepco) (Jepun)