Kaer Azami
Kaer Azami | |
---|---|
Kelahiran | Wan Mohammad Khair bin Wan Azami Hamzah (1985-08-30) 30 Ogos 1985 (umur 39) Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Nama lain | Kaer, Kaer Azami |
Pekerjaan | Penyanyi, penerbit rakaman, arkitek, pereka fesyen |
Tahun aktif | 2004 - kini |
Wan Mohammad Khair Wan Azami atau dikenali sebagai Kaer Azami ataupun hanya Kaer (lahir 30 Ogos 1985) berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau mula dikenali namanya dalam Akademi Fantasia Musim 2 apabila melangkah ke Finalis AF dan diundi tempat ke-6.
Peribadi
Seluruh keluarganya berkecimpung dalam bidang arkitek. Beliau tidak suka makan menggunakan tangan, dan seringkali ditemani bantal busuknya semasa tidur. Beliau anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau manja dan tegas dalam keluarga. Beliau juga seorang yang pemalu dan menghormati orang tua. Beliau pernah menjadi johan dalam peraduan melukis ‘Malaysia International Japan’.
Diskografi
Album studio
- Menjelma (2007)
- Unique (2009)
- A New Chapter (2012)
Album kompilasi AF
- Best of Kaer (2004)
Lagu-lagu
- Kembali Bersama
- Izinku Pergi
- Menjelma
- Bukan Kasihku
Anugerah & pencapaian
Tahun | Acara | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2004 | Akademi Fantasia Musim 2 | — | Tempat Keenam |
2008 | Anugerah Industri Muzik ke-14 | Artis Baru Terbaik | Tercalon |
Pautan luar
- Laman Akademi Fantasia. Diarkibkan 2007-10-17 di Wayback Machine