June Lojong
June Lojong | |
---|---|
Kelahiran | Junainah binti M. Lojong (1978-07-07) 7 Julai 1978 (umur 46) Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2016–kini |
Pasangan | Namron (k. 2004) |
Anak-anak | 3 |
Junainah "June" M. Lojong (lahir 7 Julai 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah isteri kepada pelakon veteran, Nam Ron dan banyak bergiat aktif dalam televisyen, filem dan teater.[1] Menerusi filem Redha lakonannya, June memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-29.[2] Selain itu, beliau juga memiliki wajah seiras pelakon, Nadiya Nisaa.
Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[3]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Redha | Alina | Filem pertama |
2019 | Roh[4] | Tok | |
2023 | Tiger Stripes | Munah | |
Eraser | Juri 3 | Penampilan khas | |
2024 | Lubuk |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Sembil9n | Asie | Astro Citra |
2021 | Diari Seorang Suami | Mak Yah | TV3 |
2024 | Framed | Yani | Astro Premier |
Bercakap Dengan Jun | Nek Besah | Astro Ria |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Festival Filem Malaysia ke-29 | Pelakon Wanita Harapan | Dirinya sendiri | Menang |
Rujukan
- ^ "Bakat dihargai, June Lojong mahu aktif berlakon". Kosmo!. 27 September 2017. Dicapai pada 14 Mac 2019.
- ^ Kemalia Othman (25 September 2017). "Komitmen June Lojong Terhadap Keluarga Puncanya". mStar Online. Dicapai pada 14 Mac 2021.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
- ^ Ali Toupan Rajalee (13 Disember 2021). "Junainah Lojong 'berguru' dengan wanita misteri tinggal di hutan demi hidupkan watak dukun dalam filem 'Roh'". mStar Online. Dicapai pada 14 Mac 2022.
Pautan luar
- June Lojong di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)