Pengundi di Mesir keluar mengundi untuk hari kedua pengundian bagi pusingan kedua pilihan raya presiden Mesir. (BBC) Republik Rakyat China berjaya membawa kapal angkasanya, Shenzhou 9 dan tiga orang angkasawannya ke modul orbit, Tiangong-1 di angkasa. (BBC) (Al Jazeera) Itali telah mengumumkan untuk menjual tiga jenis perniagaan milik negeri dengan harapan untuk menyelesaikan masalah hutang negara itu. (BBC) Penyanyi kumpulan muzik Westlife, Shane Filan telah diisytiharkan muflis. ( The Guardian) (BBC) Satu siri pengeboman berlaku di seluruh Iraq termasuklah di Baghdad dan Kirkuk yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 93 maut dan 300 yang lain cedera. (Al Jazeera) 3,000 orang penduduk di Taiwan dipindahkan atas sebab banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat. (AP melalui ABC News America) Myanmar mengisytiharkan perintah darurat selepas beberapa orang terbunuh dalam keganasan sektarian antara penganut Buddha dan umat Islam. ( The Guardian) Banjir telah melanda sebahagian besar England dan Wales. (The Guardian) Dua buah gempa bumi telah menggemparkan utara Afghanistan yang telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh. (Google)[pautan mati kekal]- Politik dan pilihan raya
|