Jenayah perang Jepun

  • Imperialisme
  • Nasionalisme Jepun
  • Ultranasionalisme
  • Perkauman
PerbicaraanPerbicaraan Tokyo, dan lain-lain sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Empayar Jepun telah melakukan pelbagai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di pelbagai negara Asia-Pasifik, terutamanya semasa Perang China-Jepun Kedua dan Perang Pasifik. Semua insiden ini pernah dirujuk dengan penuh kontroversi sebagai "Holokus Asia",[3][4] dan "Holokus Jepun",[5] dan juga sebagai "Penjarahan Asia" atau lebih keras lagi "Perogolan Asia".[6] Jenayah berlaku semasa awal zaman Shōwa, di bawah pemerintahan Hirohito.

Tentera Darat Imperial Jepun (TDIJ) dan Tentera Laut Imperial Jepun (TLIJ) bertanggungjawab atas pelbagai jenayah perang yang menyebabkan berjuta-juta kematian. Jenayah perangnya merangkumi perhambaan seksual dan pembunuhan beramai-ramai kepada uji kaji manusia, kebuluran, dan buruh paksa, semuanya sama ada dilakukan secara langsung atau dibenarkan berlaku oleh tentera dan kerajaan Jepun.[7][8][9][10][11] Bukti-bukti jenayah ini, antaranya keterangan lisan dan rekod bertulis seperti diari dan jurnal perang, telah diberikan oleh veteran-veteran Jepun.[12]

Pemimpin-pemimpin politik dan tentera Jepun sedar akan jenayah tenteranya namun membiarkannya berterusan malah menyokongnya, dengan majoriti tentera Jepun ditugaskan di Asia mengambil bahagian dalamnya ataupun menyokong pembunuhan yang berlaku.[13]

Angkatan Udara Tentera Darat Imperial Jepun terlibat dalam serangan kimia dan biologi ke atas orang awam semasa Perang China-Jepun Kedua dan Perang Dunia Kedua, melanggari perjanjian antarabangsa yang Jepun tandatangani sebelum ini, antaranya Konvensyen Hague yang mengharamkan penggunaan "racun atau senjata beracun" dalam peperangan.[14][15]

Sejak 1950-an, banyak permohonan maaf atas jenayah perang telah dikeluarkan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Jepun; namun, permohonan maaf yang dikeluarkan telah dikritik bersifat tidak ikhlas. Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengakui peranan negara Jepun yang telah mengakibatkan "kerosakan dan penderitaan yang dahsyat" sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, khususnya pembunuhan beramai-ramai di Nanjing oleh TDIJ.[16] Walau bagaimanapun isu ini tetap dipenuhi kontroversi, dengan sesetengah anggota kerajaan Jepun, termasuk mantan-mantan perdana menteri Junichiro Koizumi dan Shinzō Abe menziarahi Kuil Yasukuni, tempat peringatan bagi semua orang Jepun yang mati dalam perang, termasuklah penjenayah-penjenayah perang Kelas A yang sudah disabitkan kesalahan. Tambahan pula, sesetengah buku teks sejarah Jepun hanya menyebut tentang jenayah perang sepintas lalu sahaja,[17] dan beberapa anggota Parti Demokratik Liberal Jepun telah menafikan kezaliman yang telah berlaku, seperti penglibatan kerajaan dalam menculik wanita untuk dijadikan "wanita penghibur", iaitu kata halus untuk hamba seks.[18][19]

Takrifan

Piagam Tokyo mentakrifkan jenayah perang sebagai "pelanggaran undang-undang atau adat perang,"[20] yang merangkumi penggunaan senjata terlarang, melanggar norma medan perang semasa berperang dengan penempur musuh, atau terhadap orang yang dilindungi,[21] termasuk orang awam dan rakyat musuh serta harta benda negara-negara berkecuali seperti dalam kes serangan ke atas Pearl Harbor.[22]

Anggota tentera dari Empayar Jepun telah didapati bersalah melakukan banyak perbuatan sedemikian semasa zaman imperialisme Jepun dari akhir abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20. Askar tentera Jepun menjalankan bermacam-macam pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang awam dan tahanan perang di seluruh Asia Timur dan rantau Pasifik barat. Peristiwa-peristiwa ini mencapai kemuncaknya semasa Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1937–45 dan kempen Asia dan Pasifik semasa Perang Dunia Kedua (1941–45).

Undang-undang antarabangsa dan Jepun

Orang awam China ditanam hidup-hidup oleh tentera Jepun

Jepun menandatangani Konvensyen Geneva 1929 mengenai Tawanan Perang dan Konvensyen Geneva 1929 mengenai Orang Sakit dan Cedera,[23] tetapi kerajaan Jepun enggan meratifikasi Konvensyen Tawanan Perang. Pada tahun 1942, kerajaan Jepun menyatakan bahawa ia akan mematuhi syarat-syarat Konvensyen itu mutatis mutandis ('sekali perubahan yang diperlukan telah dibuat').[24] Jenayah-jenayah yang dilakukan juga termasuk di bawah aspek-aspek lain undang-undang antarabangsa dan Jepun. Sebagai contoh, banyak jenayah yang dilakukan oleh kakitangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua melanggar undang-undang tentera Jepun, dan tertakluk kepada mahkamah tentera, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang itu.[25] Empayar Jepun juga melanggar perjanjian-perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Jepun, termasuk peruntukan Konvensyen Hague (1899 dan 1907) seperti perlindungan untuk tawanan perang dan larangan penggunaan senjata kimia, Konvensyen Buruh Paksa 1930 yang melarang kerja paksa, Konvensyen Antarabangsa 1921 untuk Penindasan Pemerdagangan Wanita dan Kanak-kanak yang melarang pemerdagangan manusia, dan perjanjian-perjanjian lain.[26][27] Kerajaan Jepun juga menandatangani Pakatan Kellogg-Briand (1929), menyebabkan perbuatannya pada 1937–45 boleh dikenakan tuduhan jenayah terhadap keamanan,[28] pertuduhan yang diperkenalkan pada Perbicaraan Tokyo untuk mendakwa penjenayah-penjenayah perang "Kelas A". Penjenayah perang "Kelas B" ialah mereka yang didapati bersalah atas jenayah perang per se, dan penjenayah perang "Kelas C" ialah mereka yang bersalah atas jenayah kemanusiaan.. Kerajaan Jepun juga menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perisytiharan Potsdam (1945) selepas tamat perang, termasuk peruntukan dalam Perkara 10 untuk menghukum "semua penjenayah perang, termasuk mereka yang telah mengakibatkan kezaliman ke atas tawanan-tawanan kita". Undang-undang Jepun tidak mentakrifkan orang yang disabitkan dalam Perbicaraan pasca-1945 itu sebagai penjenayah, walhal kerajaan Jepun sudah menerima penghakiman yang dibuat dalam perbicaraan tersebut, dan dalam Perjanjian San Francisco (1952).[Penjelasan diperlukan] Mantan Perdana Menteri Shinzō Abe telah menyokong pendirian bahawa Jepun menerima tribunal Tokyo dan penghakimannya sebagai syarat untuk menamatkan perang, tetapi keputusannya tiada kaitan dengan undang-undang dalam negeri. Menurut Abe, mereka yang disabitkan dengan jenayah perang bukanlah penjenayah di bawah undang-undang Jepun.[29]

References

  1. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 13–14, 23, 54, 190–191, 289. ISBN 9781637586884.
  2. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 190–191, 276, 312. ISBN 9781637586884.
  3. ^ Blumenthal, Ralph (7 March 1999). "The World: Revisiting World War II Atrocities; Comparing the Unspeakable to the Unthinkable". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2011. Dicapai pada 26 July 2008.
  4. ^ Kang, K. Connie (4 August 1995). "Breaking Silence: Exhibit on "Forgotten Holocaust" Focuses on Japanese War Crimes". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2022. Dicapai pada 19 October 2023.
  5. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 13–14, 282, 294. ISBN 9781637586884.
  6. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 93. ISBN 9781637586884.
  7. ^ "Japanese War Crimes". The National Archives (U.S.). 15 August 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2011. Dicapai pada 19 October 2023.
  8. ^ "Pacific Theater Document Archive". War Crimes Studies Center, University of California, Berkeley. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2009.
  9. ^ "Bibliography: War Crimes". Sigur Center for Asian Studies, George Washington University. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2019. Dicapai pada 21 April 2010.
  10. ^ Gruhl, Werner (2007). Imperial Japan's World War Two: 1931–1945. Transaction Publishers. m/s. 85. ISBN 978-0-7658-0352-8.
  11. ^ "Voices of the "Comfort Women": The Power Politics Surrounding the UNESCO Documentary Heritage". The Asia-Pacific Journal: Japan Focus. March 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2023. Dicapai pada 8 May 2023.
  12. ^ Drea, Edward (2006). Researching Japanese War Crimes (PDF). National Archives and Records Administration for the Nazi Warcrimes and Japanese Imperial Government Records Interagency Working Group. m/s. 28. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 19 October 2023.
  13. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 266. ISBN 9781637586884.
  14. ^ "Japan bombed China with plague-fleas". BBC News. 25 January 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2020. Dicapai pada 19 October 2023.
  15. ^ Keiichi, Tsuneishi (24 November 2005). "Unit 731 and the Japanese Imperial Army's Biological Warfare Program". Japan Focus. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2015. Dicapai pada 19 October 2023.
  16. ^ "Q8: What is the view of the Government of Japan on the incident known as the "Nanjing Massacre"?". Foreign Policy Q&A. Ministry of Foreign Affairs of Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 2 October 2011.
  17. ^ Kasahara, Tokushi. "Reconciling Narratives of the Nanjing Massacre in Japanese and Chinese Textbooks" (PDF). Tsuru Bunka University. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 31 December 2013. Dicapai pada 19 October 2023.
  18. ^ Tabuchi, Hiroko. "Japan's Abe: No Proof of WWII Sex Slaves". The Washington Post. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 1 March 2007.
  19. ^ "Japan's Abe Denies Proof of World War II Sex Slaves". The New York Times. 1 March 2007. Dicapai pada 1 March 2007.
  20. ^ "International Military Tribunal for the Far East Charter (IMTFE Charter) – The Faculty of Law". jus.uio.no (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2019. Dicapai pada 28 January 2020.
  21. ^ ""Defining International Aggression: The Search for World Peace"". derechos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2013. Dicapai pada 28 January 2020.
  22. ^ Gilbert, Geoff (30 September 2006). Responding to International Crime (International Studies in Human Rights). Martinus Nijhoff Publishers. m/s. 358. ISBN 90-04-15276-8.
  23. ^ "Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded and Sick in Armies in the Field. Geneva, 27 July 1929". International Committee of the Red Cross. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2013. Dicapai pada 6 July 2013.
  24. ^ "World War Two – Geneva Convention". Historyonthenet.com. 25 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2013. Dicapai pada 21 July 2013.
  25. ^ See, for example: Wai Keng Kwok, 2001, "Justice Done? Criminal and Moral Responsibility Issues In the Chinese Massacres Trial Singapore, 1947" Diarkibkan 14 Jun 2007 di Wayback Machine (Genocide Studies Program Working Paper No. 18, Yale University), p. 27. Access date: 23 April 2007.
  26. ^ Chang, Maria Hsia; Barker, Robert P. (2003). "Victor's Justice and Japan's Amnesia". Dalam Peter, Li (penyunting). Japanese War Crimes: The Search for Justice. Transaction Publishers. m/s. 44. ISBN 0-7658-0890-0.
  27. ^ Stetz, Margaret; Bonnie BC Oh, penyunting (Ogos 2001). The Legacies of the Comfort Women of World War II. M. E. Sharpe. m/s. 154–156. ISBN 0-7656-0543-0.
  28. ^ Lippman, Matthew (1 January 2004). "The history, development, and decline of crimes against peace". George Washington International Law Review. 36 (5): 25. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2008. Dicapai pada 26 July 2008.
  29. ^ "Under Japanese law, 14 at Yasukuni not criminals: Abe". The Japan Times. 7 October 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2008. Dicapai pada 26 July 2008.

Sumber

  • "A life haunted by WWII surgical killings". The Brunei Times. Agence France-Presse. 31 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 16 May 2014.
  • "Japanese veteran haunted by WWII surgical killings". Agence France-Presse. 28 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2014. Dicapai pada 16 May 2014.
  • Borneman, John. "Can Public Apologies Contribute to Peace? An Argument for Retribution" (PDF). Cornell University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 August 2006. Dicapai pada 29 July 2006.
  • Bix, Herbert. Hirohito and the Making of Modern Japan. New York: HarperCollins, 2000.
  • Naval History And Heritage Command. "Comfort". Dictionary of American Naval Fighting Ships. Naval History And Heritage Command. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2013. Dicapai pada 9 July 2013.
  • Cook, Haruko Taya; Cook, Theodore F. (1993). Japan at War: An Oral History. New Press. ISBN 1-56584-039-9.- Compilation of interviews with Japanese survivors of World War II, including several who describe war crimes that they were involved with.
  • Chalmers, Johnson (20 November 2003). "The Looting of Asia". London Review of Books. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2003. Dicapai pada 25 April 2005.
  • De Jong, Louis (2002). The collapse of a colonial society. The Dutch in Indonesia during the Second World War. Verhandelingen van het Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde 206. translation J. Kilian, C. Kist and J. Rudge, introduction J. Kemperman. Leiden, The Netherlands: KITLV Press. ISBN 90-6718-203-6.
  • Dower, John W. Embracing Defeat: Japan in the Wake of World War II. New York: New Press, 1999.
  • Felton, Mark. Japan's Gestapo: Murder, Mayhem and Torture in Wartime Asia (Casemate Publishers, 2009).
  • Felton, Mark. Slaughter at Sea: The Story of Japan's Naval War Crimes (Casemate Publishers, 2007).
  • Felton, Mark. "The Perfect Storm: Japanese military brutality during World War Two." The Routledge History of Genocide (Routledge, 2015) pp. 105–121.
  • Fields, Liz. "South Korean Comfort Women Threaten to Sue Japan for $20 Million in the U.S". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2018. Dicapai pada 20 August 2015.
  • "Forive but Never Forget". GSBC. Dicapai pada 20 August 2015.[pautan mati kekal]
  • L, Klemen (1999–2000). "Massacres of POWs, Dutch East Indies, 1941–1942". Forgotten Campaign: The Dutch East Indies Campaign 1941–1942. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2011.
  • Landas, Wiley (2004). The Fallen A True Story of American POWs and Japanese Wartime Atrocities. Hoboken: John Wiley. ISBN 0-471-42119-7.
  • Legault, Barbara; Prescott, John F. (2009). "'The arch agitator:' Dr. Frank W. Schofield and the Korean independence movement". The Canadian Veterinary Journal. 50 (8): 865–72. PMC 2711476. PMID 19881928.
  • McCurry, Justin. "Japanese PM Shinzo Abe Stops Short of New Apology in War Anniversary Speech". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2020. Dicapai pada 20 August 2015.
  • Noh, Jooeun. "The Great Kantō Earthquake". Harvard-Yenching Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2020. Dicapai pada 20 August 2015.
  • Ozawa, Harumi (6 November 2007). "Japanese war veteran speaks of atrocities in the Philippines". Taipei Times. m/s. 9. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2019. Dicapai pada 16 May 2014.
  • Parry, Richard Lloyd (26 February 2007). "Dissect them alive: chilling Imperial that order could not be disobeyed". The Australian. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2015.
    Parry, Richard Lloyd (25 February 2007). "Dissect them alive: order not to be disobeyed". The Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2013. Dicapai pada 16 May 2014.
    Parry, Richard Lloyd (25 February 2007). "Dissect them alive: order not to be disobeyed". The Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2007. Dicapai pada 16 May 2014.
    Richard Lloyd Parry (25 February 2007). "Dissect them alive: order not to be disobeyed". The Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2011. Dicapai pada 10 December 2009.
  • Ramsey, Edwin, and Stephen Rivele. (1990). Lieutenant Ramsey's War. Knightsbridge Publishing Co., New York. ASIN: B000IC3PDE
  • Schmidt, Larry. (1982). American Involvement in the Filipino Resistance on Mindanao During the Japanese Occupation, 1942–1945. (PDF). M.S. Thesis. U.S. Army Command and General Staff College. 274 pp.
  • Takai, Kōji; Sakaida, Henry (2001). B-29 Hunters of the JAAF. Aviation Elite Units. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-84176-161-3.[pautan mati kekal]
  • Tanaka, Yuki (1996). Hidden Horrors. Westview press.
  • Tanaka, Yuki (October 1988). "Poison Gas, the Story Japan Would Like to Forget". Bulletin of the Atomic Scientists. 44 (8): 10. Bibcode:1988BuAtS..44h..10T. doi:10.1080/00963402.1988.11456210.
  • The Knights of Bushido: A Short History of Japanese War Crimes. Greenhill Books. 2006. ISBN 1-85367-651-9.
  • Cheung, Raymond. OSPREY AIRCRAFT OF THE ACES 126: Aces of the Republic of China Air Force. Oxford: Osprey Publishing, 2015. ISBN 978 14728 05614.
  • Tillman, Barrett (2010). Whirlwind: The Air War Against Japan 1942–1945. New York City: Simon & Schuster. ISBN 978-1-4165-8440-7.
  • Sissons, D. C. S. The Australian War Crimes Trials and Investigations 1942–51 (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 August 2019. Dicapai pada 19 October 2023.
  • "Wartime Cabinet Document Discloses Conscription of 290,000 Koreans in 1944". The People's Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2016. Dicapai pada 20 August 2015.

Bacaan lanjut

  • Barnaby, Wendy. The Plague Makers: The Secret World of Biological Warfare, Frog Ltd, 1999. ISBN 1-883319-85-4 ISBN 0-7567-5698-7 ISBN 0-8264-1258-0 ISBN 0-8264-1415-X
  • Bass, Gary Jonathan. Stay the Hand of Vengeance: The Politics of War Crimes Trials. Princeton, NJ: Princeton University Press, 2000.
  • Bayly, C. A. & Harper T. Forgotten Armies. The Fall of British Asia 1941-5 (London: Allen Lane) 2004
  • Bergamini, David. Japan's Imperial Conspiracy, William Morrow, New York, 1971.
  • Brackman, Arnold C.: The Other Nuremberg: the Untold Story of the Tokyo War Crimes Trial. New York: William Morrow and Company, 1987. ISBN 0-688-04783-1
  • Dower, John W. (1987). War Without Mercy: Race and Power in the Pacific War. New York: Pantheon. ISBN 0-394-75172-8.
  • Endicott, Stephen and Edward Hagerman. The United States and Biological Warfare: Secrets from the Early Cold War and Korea, Indiana University Press, 1999. ISBN 0-253-33472-1
  • Felton, Mark (2007). Slaughter at Sea: The Story of Japan's Naval War Crimes. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-263-8.
  • Frank, Richard B. (1999). Downfall: The End of the Imperial Japanese Empire. New York: Penguin Books.
  • Gold, Hal. Unit 731 Testimony, Charles E Tuttle Co., 1996. ISBN 4-900737-39-9
  • Handelman, Stephen and Ken Alibek. Biohazard: The Chilling True Story of the Largest Covert Biological Weapons Program in the World—Told from Inside by the Man Who Ran It, Random House, 1999. ISBN 0-375-50231-9 ISBN 0-385-33496-6
  • Harries, Meirion; Harries, Susie (1994). Soldiers of the Sun: The Rise and Fall of the Imperial Japanese Army. New York: Random House. ISBN 0-679-75303-6.
  • Harris, Robert and Jeremy Paxman. A Higher Form of Killing: The Secret History of Chemical and Biological Warfare, Random House, 2002. ISBN 0-8129-6653-8
  • Harris, Sheldon H. Factories of Death: Japanese Biological Warfare 1932–45 and the American Cover-Up, Routledge, 1994. ISBN 0-415-09105-5 ISBN 0-415-93214-9
  • Holmes, Linda Goetz (2001). Unjust Enrichment: How Japan's Companies Built Postwar Fortunes Using American POWs. Mechanicsburg, PA, USA: Stackpole Books.
  • Holmes, Linda Goetz (2010). Guests of the Emperor: The Secret History of Japan's Mukden POW Camp. Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-377-2.
  • Horowitz, Solis. "The Tokyo Trial" International Conciliation 465 (November 1950), 473–584.
  • Kratoksa, Paul (2005). Asian Labor in the Wartime Japanese Empire: Unknown Histories. M.E. Sharpe and Singapore University Press. ISBN 0-7656-1263-1.
  • Lael, Richard L. (1982). The Yamashita Precedent: War Crimes and Command Responsibility. Wilmington, Del, USA: Scholarly Resources.
  • Latimer, Jon, Burma: The Forgotten War, London: John Murray, 2004. ISBN 0-7195-6576-6
  • MacArthur, Brian (2005). Surviving the Sword: Prisoners of the Japanese in the Far East, 1942–45. Random House. ISBN 1-4000-6413-9.
  • Lingen, Kerstin von, ed. War Crimes Trials in the Wake of Decolonization and Cold War in Asia, 1945-1956. (Palgrave Macmillan, Cham, 2016) online Diarkibkan 8 Mac 2021 di Wayback Machine
  • Minear, Richard H. (1971). Victor's Justice: The Tokyo War Crimes Trial. Princeton, NJ, USA: Princeton University Press.
  • Maga, Timothy P. (2001). Judgment at Tokyo: The Japanese War Crimes Trials. University Press of Kentucky. ISBN 0-8131-2177-9.
  • Neier, Aryeh. War Crimes: Brutality, Genocide, Terror and the Struggle for Justice, Times Books, Random House, New York, 1998.
  • O'Hanlon, Michael E. The Senkaku Paradox: Risking Great Power War Over Small Stakes (Brookings Institution, 2019) online review Diarkibkan 17 Februari 2022 di Wayback Machine
  • Piccigallo, Philip R. (1979). The Japanese on Trial: Allied War Crimes Operations in the East, 1945–1951. Austin, Texas, USA: University of Texas Press.
  • Rees, Laurence. Horror in the East, published 2001 by the British Broadcasting Company
  • Seagrave, Sterling & Peggy. Gold Warriors: America's secret recovery of Yamashita's gold. Verso Books, 2003. ISBN 1-85984-542-8
  • Sherman, Christine (2001). War Crimes: International Military Tribunal. Turner Publishing Company. ISBN 1-56311-728-2. Detailed account of the International Military Tribunal for the Far East proceedings in Tokyo
  • Trefalt, Beatrice . "Japanese War Criminals in Indochina and the French Pursuit of Justice: Local and International Constraints." Journal of Contemporary History 49.4 (2014): 727–742.
  • Tsurumi, Kazuko (1970). Social Change and the Individual: Japan before and after defeat in World War II. Princeton, USA: Princeton University Press. ISBN 0-691-09347-4.
  • Williams, Peter. Unit 731: Japan's Secret Biological Warfare in World War II, Free Press, 1989. ISBN 0-02-935301-7
  • Wilson, Sandra; dll. (2017). Japanese War Criminals: The Politics of Justice After the Second World War. New York City: Columbia University Press. ISBN 9780231179225.
  • Yamamoto, Masahiro (2000). Nanking: Anatomy of an Atrocity. Praeger Publishers. ISBN 0-275-96904-5. A rebuttal to Iris Chang's book on the Nanking massacre.

Media audio/visual

  • Minoru Matsui (2001), Japanese Devils, a documentary which is based on interviews which were conducted with veteran soldiers of the Imperial Japanese Army (Japanese Devils sheds light on a dark past) CNN
  • The History Channel (2000). Japanese War Crimes: Murder Under The Sun (Video documentary (DVD & VHS)). A & E Home Video.
  • l
  • b
  • s
  • Kasualti
  • Pembabitan tentera
  • Persidangan
  • Komander
Pihak Terbabit
Sekutu
(pemimpin)
Paksi dan
rakan
(pemimpin)
Penentangan
Garis masa
Permulaan
1939
1940
1941
1942
1943
  • Tunisia
  • Kursk
  • Smolensk
  • Kepulauan Solomon
  • Sicily
  • Lower Dnieper
  • Itali
  • Kepulauan Gilbert dan Marshall
  • Changde
1944
1945
Aspek
Umum
Selepas perang
  • Allied war crimes
    • Soviet war crimes
    • British war crimes
    • United States war crimes
  • German (Forced labour) / Wehrmacht war crimes
  • Jenayah perang Itali
  • Jenayah perang Jepun
  • Jenayah perang Croatia
    • terhadap orang Serb
    • terhadap orang Yahudi
  • Jenayah perang dari orang Serb
Perogolan perang
  • German military brothels
  • Camp brothels
  • Perogolan semasa pendudukan ke atas Japan
  • "Wanita penghibur"
  • Perogolan di Nanking
  • Perogolan semasa pendudukan ke atas Jerman
  • Perogolan semasa pembebasan Perancis
  • Perogolan semasa pembebasan Poland
  • Finnish prisoners of war in the Soviet Union
  • German prisoners of war in the Soviet Union
  • German prisoners of war in the United States
  • Italian prisoners of war in the Soviet Union
  • Japanese prisoners of war in the Soviet Union
  • Japanese prisoners of war in World War II
  • Nazi crimes against Soviet POWs
  • Polish prisoners of war in the Soviet Union
  • Romanian prisoners of war in the Soviet Union
  • Kategori
  • Portal
  • definition
  • textbooks
  • quotes
  • source texts
  • media
  • news stories