Jambatan Sungai Johor
Jambatan Sungai Johor | |
---|---|
Koordinat | 1°31′55″N 104°01′19″E / 1.532°N 104.022°E / 1.532; 104.022Koordinat: 1°31′55″N 104°01′19″E / 1.532°N 104.022°E / 1.532; 104.022 |
Membawa | Kenderaan bermotor |
Menyeberangi | Sungai Johor |
Lokasi | Lebuhraya Senai-Desaru |
Nama rasmi | Jambatan Sungai Johor |
Penyelenggara | Senai-Desaru Expressway Berhad |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Jambatan kabel penahan |
Panjang keseluruhan | 4 km |
Lebar | -- |
Rentangan terpanjang | 500m (0.500 km) |
Sejarah | |
Pereka bentuk | Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd |
Dibina oleh | Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan Sungai Johor merupakan sebatang jambatan lebuh raya yang merentasi Sungai Johor di Lebuhraya Senai-Desaru di Johor, Malaysia. Jambatan kabel penahan sepanjang 4 kilometer ini menghubungkan Pulau Juling berhampiran Kong Kong di sebelah barat ke Tanjung Penyabong di sebelah timur. Dibuka pada 10 Jun 2011,[1] ia merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia selepas Jambatan Raja Pemaisuri Bainun (Jambatan Sungai Dinding) di Perak.
Sejarah
Pembinaan bermula pada tahun 2005. Pembinaannya diketuai Senai Desaru Expressway Berhad dengan kontraktor utamanya Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd. Jambatan tersebut sepatutnya sudah siap pada Disember 2008, tetapi pembukaannya beberapa kali tertangguh, dibuka bersama-sama fasa kedua lebuh raya tersebut pada 10 Jun 2011.[perlu rujukan]
Spesifikasi
Panjang bahagian utama jambatan ialah 1708 meter, rentangan utama sepanjang 500 meter merentasi Sungai Johor. Dua menara utama jambatan tersebut adalah setinggi 143 meter.[2]
Galeri
- Jambatan Sungai Johor dalam pembinaan pada Oktober 2007
- Jambatan Sungai Johor dalam pembinaan pada Januari 2009
- Pemandangan jambatan
Rujukan
Pautan luar
- Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) Diarkibkan 2019-01-24 di Wayback Machine
- Longest cable-stayed bridge planned (The Star, December 18 2006)
Rencana tentang bangunan dan struktur di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s
Rencana mengenai jambatan di Asia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s