Hijrah Karmila

Hijrah Karmila
PengarahFarhana Fauri
Dibintangi oleh
  • Lisdawati
  • Fadilah Mansor
  • Haeriyanto Hassan
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitKas Roshan
Tempoh siaran74 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal
  • 27 November 2011 (2011-11-27)

Hijrah Karmila adalah telefilem Malaysia 2011 disiarkan di TV9 melalui pada 27 November 2011, jam 8.30 malam.

Sinopsis

Tele-filem penuh keinsafan ini menceritakan tentang Karmila, seorang bekas banduan, telah keluar daripada penjara setelah menjalani hukuman selama 5 tahun. Karmila berusaha untuk melupakan kisah silamnya dan pulang ke kampung. Karmila gembira dapat melihat ibu dan anaknya yang kian membesar. Sejak pulang ke kampung, pelbagai penghinaan dan tohmahan telah dilemparkan kepadanya terutamanya daripada Linda yang sememangnya irihati melihat kebahagian Karmila. Hassan, seorang pemuda kampung yang baik budi pekerti, telah melamar Karmila. Linda semakin iri hati kerana dia menaruh hati kepada Hassan. Kebahagian Karmiola bertahan hingga tiga bulan sahaja kerana Hassan meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Karmila mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung bagi mencari ketenangan. Selepas dua tahun, Karmila pulang ke kampung dan membawa pulang anaknya Haziq dan Fatihah. Linda telah menuduh Karmila membawa pulang anak luar nikah. Namun, suatu hari, terbongkar rahsia apabila Linda ditangkap khalwat dengan suami orang. Kejadian ini memberanikan Karmila membuka suara mengatakan anak yang dibawanya itu adalah anak luar nikah Linda yang dihantar ke Pusat Kebajikan tempat Karmila bekerja selama ini.

Pelakon

  • Lisdawati sebagai Karmila
  • Fadilah Mansor sebagai Suhana
  • Haeriyanto Hassan sebagai Hassan
  • Adik Danish Zakwan sebagai Haziq
  • Amyza Aznan sebagai Linda
  • Azza Zawari sebagai Ana
  • Shah Iskandar sebagai Ashraff
  • Acong Sweetchild sebagai Ray
  • Zalfie Muhamad Nor sebagai Akor
  • Rashidah Jaafar sebagai Mak Eton
  • Adik Syaqier Husree sebagai Haziq 5 Bulan
  • Adik Mohd Shahaidil Darfan sebagai Hidayah 1 Bulan

Rujukan