Generalisimo
Perbandingan pangkat tentera dalam Bahasa Inggeris | ||
---|---|---|
Tentera Laut | Tentera Darat | Tentera Udara |
Pegawai bertauliah | ||
Admiral of the Fleet | Field marshal atau General of the army | Marshal of the air force |
Admiral | General | Air chief marshal |
Vice admiral | Lieutenant general | Air marshal |
Rear admiral | Major general | Air vice marshal |
Commodore | Brigadier atau brigadier general | Air commodore |
Captain | Colonel | Group captain |
Commander | Lieutenant colonel | Wing commander |
Lieutenant commander | Major atau commandant | Squadron leader |
Lieutenant | Captain | Flight lieutenant |
Lieutenant junior grade atau sub lieutenant | Lieutenant atau first lieutenant | Flying officer |
Ensign atau midshipman | Second lieutenant | Pilot officer |
Officer cadet | Officer cadet | Flight cadet |
Lain-lain pangkat | ||
Warrant officer atau chief petty officer | Warrant officer atau sergeant major | Warrant officer |
Petty officer | Sergeant | Flight sergeant |
Leading seaman | Corporal atau bombardier | Corporal |
Seaman | Private atau gunner atau trooper | Aircraftman atau airman |
Talk·View |
Generalisimo[1] (/ˌdʒɛnərəˈlɪsɪmoʊ/ JEN-(ə-)rə-LISS-im) adalah satu pangkat kanan tentera yang tertinggi, lebih atas daripada Fil Marsyal dan pangkat lima bintang lain dalam negara yang mereka gunakan.
Penggunaan
Perkataan "generalissimo" berasal daripada bahasa Itali Generale (bahasa Melayu Jeneral), ditambah dengan akhiran -issimo, yang bermaksud "amat, ke gred tertinggi". Pangkat ini dari segi sejarahnya diberi kepada pegawai tentera yang mengetuai keseluruhan tentera darat atau keseluruhan pasukan bersenjata, berada hanya di bawah kedudukan raja. "Generalissimo" kadang kala digunakan di dalam bahasa Inggeris moden bagi merujuk kepada pegawai tentera yang memperolehi kuasa politik melalui rampasan kuasa tentera, atau dalam beberapa kes seseorang yang telah dihalang oleh mekanisme perlembagaan sedia ada dalam usaha untuk mengekalkan kuasa dengan cara kedudukan dalam ketenteraan[perlu rujukan].
Generalissimo terkenal di dalam sejarah
Republik China
- Chiang Kai-shek (1887–1975) dikenali sebagai Generalissimo.
Cuba
- Maximo Gomez y Baez (1836–1905)
Korea Utara
- Kim Il-sung (1992-94)
Republik Dominica
- Rafael Leonidas Trujillo Molina (1891–1961)
Perancis
- Henry III dari Perancis (1551–1589)
- Henry I, Duke dari Guise (1550–1588)
- Louis II de Bourbon, Prince de Condé (1621–1686)
- Henri de la Tour d'Auvergne, Vicomte de Turenne (1611–1675)
- Claude Louis Hector de Villars (1653–1734)
- Maurice de Saxe (1696–1750)
- Nicolas Jean de Dieu Soult (1769–1851)
- Ferdinand Foch (1851–1929), Pemerintah Tertinggi Tentera Berikat dalam Perang Dunia I
- Maurice Gamelin (1872–1958)
Empayar Suci Rom / Empayar Austria
- Albrecht von Wallenstein (1583–1634)
Mexico
- Ignacio José de Allende (1769–1811) [1]
- Antonio López de Santa Anna y Pérez de Lebrón (1794–1876)
- José María Morelos y Pavón, Insurgent Leader. [2] Diarkibkan 2009-03-19 di Wayback Machine [3]
Poland
- Jerzy Ossoliński (1643–1648)
- Józef Antoni Poniatowski (1763 - 1813)
Portugal
- Michael, Infante dari Portugal (1820 - 1824)
Bermula 1834 sehingga 1910, raja-raja Portugal dianggap sebagai "Generalissimo", di dalam pelembagaan mereka yang berperanan sebagai Komander Tertinggi Tentera Darat Portugal.
Rusia dan Kesatuan Soviet
Terdapat empat pemegang pangkat Rusia atau gelaran "generalisimus" sebelum kurun ke-20. Menshikov memimpin kedua-dua pasukan tentera dan pemerintah dengan mutlak; Aleksei Shein dan Aleksandr Suvorov, lebih merupakan seorang pemimpin tentera berbanding tokoh politik. Anthony Ulrich II, Duke dari Brunswick-Lüneburg (1714–1776), telah dilantik sebagai generalisimus oleh isterinya Anna Leopoldovna, akan tetapi tidak pernah menjadi pemimpin atau pemerintah tentera.
- Aleksei Shein (1662–1700)
- Aleksandr Danilovich Menshikov (1673–1729)
- Anthony Ulrich II, Duke of Brunswick-Lüneburg (1714–1776)
- Aleksandr Suvorov (1729–1800)
- Joseph Stalin (1879–1953) sebagai "Generalisimo Kesatuan Soviet"
Sepanyol
- Don Juan de Austria (1547–1578)
- Francisco Franco (1939–1975)
Untuk seketika Baldomero Espartero dan Putera Keamanan, Manuel Godoy, telah dipanggil sebagai generalissimo.
Sweden
- Lennart Torstenson (1603–1651)
- Charles X Gustav (1622-1660, untuk pasukan tentera di Jerman)
- Putera Mahkota Charles John dari Sweden dan Norway (Jean-Baptiste Bernadotte), kemudian Charles XIV John dari Sweden dan Norway (1763–1844)
Venezuela
- Francisco de Miranda (1750–1816)
Venice
- Pietro Loredan (?–1439)
Orang-orang Itali lain
- Cesare Borgia (1475-1507)
- Victor Emmanuel III dari Itali (1869 - 1947)
Lihat juga
- Magister militum
- Peraturan ketenteraan
- Spahbod
- Shogun
- Pemerintah Tertinggi
- Panglima Tertinggi
- Reichsmarschall
- Marsyal Pertama Empayar
- Dux Bellorum
- Marsyal Besar
- General of the Armies
- Admiral of the Navy
Rujukan
- ^ Encyclopaedia Britannica: Or, A Dictionary of Arts, Sciences, and Miscellaneous Literature, Enlarged and Improved (dalam bahasa Inggeris). Archibald Constable. 1823. m/s. 484.