Dulu Dollah Daebak

Dulu Dollah Daebak ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Eoon Shuhaini terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Sean Lee dan Sharifah Rose. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 dari 8 Ogos hingga 4 September 2024, menggantikan Nuh & Nayla.

Dulu Dollah Daebak
GenreKomedi romantik
Ditulis oleh
  • Wan Mahani Wan Hassan
  • Liza Ali
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
  • Sean Lee
  • Sharifah Rose
Lagu pembukaan"Only With You" - Aqmal Ramdan
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifWan Nur Syafiqa Wan Zamri
Penerbit
  • Wan Zamri Wan Abdul Kadir
  • Fouziah Abdul Rahman (bersama)
  • Juliana Mazlan (bersama)
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Akasia)
Tonton
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal8 Ogos 2024 – 4 September 2024
Kronologi
MengikutiNuh & Nayla
Diikuti olehPinjaman Syurga

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Sinopsis

Dolah (Sean Lee) dan Doli (Sharifah Rose) berkawan rapat ketika zaman kanak-kanak. Doli sukakan Dolah kerana pekertinya baik. Mereka pernah berjanji untuk berkahwin dewasa kelak. Mereka terpaksa berpisah kerana keluarga Dollah berpindah ke Kuala Lumpur.

Daripada berwajah tampan dan menjadi idaman wanita, Dolah telah bertukar selekeh. Semuanya gara-gara dia bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat sejuk beku dan sering menjadi mangsa buli bos lama serta rakan sekerjanya.

Doli mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah bertahun menetap di Australia. Doli gigih mencari pekerjaan dan pada masa yang sama cuba menjejaki kembali Dolah.

Tanpa disedari Dolah, Doli akhirnya menjadi bos kepadanya. Doli tidak mengenali Dolah kerana penampilannya yang berbeza dan juga nama panggilannya yang lain di pejabat.

Dolah terkejut dengan kehadiran Doli namun mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana malu dengan perbezaan dirinya.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon tambahan

  • Nor Armiezawati
  • Puteri Nur Deanna
  • Aj Azman
  • Razif Wahid
  • Dayang Rozyta
  • Aayumelissa
  • Min Zahruh Mat Isa
  • M.Aimansyah Azizi
  • M.Akhil Sya'aban
  • Ahmad Safri
  • Siti Nur Hazami
  • Syamsul Anwar Zaini
  • Abdul Rahman Abdul Rahim
  • Nurul Syahira Rahim
  • Ewan Suhaimi
  • Jaliana Sulaiman Foo
  • Nurul Huda Abdullah

Pautan luar

TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 malam
Sebelumnya Dulu Dollah Daebak Berikutnya
Nuh & Nayla Pinjaman Syurga