Bloomberg TV Malaysia

Bloomberg TV Malaysia
NegaraMalaysia
SloganWorld Class Business News, Malaysian Perspective
Ibu pejabatNo S-48-1, Jalan PJU 5/22, The Strand Encorp, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Kota Damansara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Inggeris
Pemilikan
PemilikEnmedia Ventures Sdn. Bhd.
Sejarah
Dilancarkan11 April 2015; 9 tahun yang lalu (11 April 2015)
Ketersediaan
Terestrial
MYTV Broadcasting (Malaysia)Saluran ???
Satelit
Astro (Malaysia)Saluran 519

Bloomberg TV Malaysia ialah saluran berita perniagaan pertama Malaysia dalam bahasa Inggeris. Dilancarkan pada 11 April 2015, ia dimiliki oleh Enmedia Ventures Sdn Bhd, yang dipengerusikan oleh ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Effendi Norwawi dan disokong oleh veteran industri media, Michael Chan.

Operasi ini terletak di Kota Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia dengan kemudahan penyiaran.

Bilik berita Bloomberg TV Malaysia disokong oleh Rangkaian Bloomberg untuk menyediakan berita perniagaan dengan perspektif Malaysia.

Saluran ini boleh diakses pada pelbagai platform, menyediakan penstriman TV secara langsung.

Ia kini menyiarkan dua rancangan pada hari bekerja, 'Dashboard' pada jam 1 petang dan ‘Moving Malaysia’ pada jam 6 petang.

Platform

Bloomberg TV Malaysia disediakan di pelbagai platform. Saluran ini boleh didapati di Astro Saluran 519, penyedia perkhidmatan TV berbayar terbesar di Malaysia.

Saluran itu memberikan mobiliti pengguna untuk mengakses TV secara langsung serta kandungan menerusi aplikasi mudah alih Bloomberg TV Malaysia atau laman web rasminya.

Program

Program dan kandungan Bloomberg TV Malaysia merangkumi berita, kewangan, dan berita ekonomi dari Malaysia dan di seluruh dunia. Tetapi pada bulan Julai 2016, ia di luar siaran selepas penyiarannya dari Astro telah berakhir.

No. Program Platform
1. Moving Malaysia TV & Digital
2. Dashboard TV & Digital
3. Market Check (Morning, Midday, Afternoon, Evening) TV & Digital
4. Feature Stories Digital
5. Business Focused Video Clips Digital
6. Business Features Digital

Lihat juga

  • Bloomberg TV
  • Bloomberg L.P.

Rujukan

  • Bloomberg Launches Bloomberg Television Malaysia, www.bloomberg.com
  • Bloomberg TV Malaysia Confident on Being Top Channel, www.sundaytimes.com
  • Bloomberg Television Malaysia Launches Diarkibkan 2015-07-23 di Wayback Machine, www.marketingmagazine.com.my
  • Astro ends ties with Bloomberg Malaysia [1], www.thestar.com.my
  • Bloomberg TV Malaysia and 40 Million gone after one year [2], www.theedgemarkets.com