Bkay Nair

Bkay Nair
Kelahiran
Tryambikay Vengades

(1982-02-15) 15 Februari 1982 (umur 42)
Kulai, Johor, Malaysia
PendidikanUndang-undang
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanPelakon, Model, Perunding Kecantikan, Ahli Perniagaan, Pengarah Bkay Nair Resources dan President PEFEM
Tahun aktif2002–kini
AnugerahBrand Image Entrepreneurship of the Year 2020 & 2021 Awards-MFMPA

Style Icon of 2018 Awards by Stylo International

The Golden Phoenix Awards - Outstanding Women Entrepreneur 2017

Tryambikay Vengades Nair atau nama panggilannya "Bkay Nair” (lahir 15 Februari 1982) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan watak sebagai Shireen dalam filem Ratu The Movie (2011). Selain itu, Bkay juga ialah penyandang Miss India Tourism 2007/2008.[2] Graduan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Model ini juga adalah pemilik dan Pengarah sebuah syarikat perunding imej ‘’Bkay Nair Resources’’ [3]pada tahun 2012 yang memberi fokus kepada imej, penampilan, komunikasi, etika dan protokol kepada pekerja korporat wanita mahupun lelaki. Beliau juga merupakan Pengarah dan penganjur beberapa acara pertunjukkan fesyen iaitu Navarasa Heritage Fashion Show[4], World Saree Day Malaysia[5] dan acara akan datang yang akan berlangsung pada tahun ini Malaysian Heritage Fashion Show[6].

Sebagai peserta aktif dalam industri hiburan Malaysia, beliau merupakan contoh terbaik bagi mereka yang ingin mencapai potensi dan bakat mereka - sama ada mereka berhasrat untuk meneruskan perniagaan showbiz, meningkatkan tangga kerjaya, atau hanya mempunyai keinginan untuk menjadi lebih rapi dalam aspek pembentangan dir. Kerjaya beliau dalam industri hiburan Malaysia telah meletakkannya dalam perhatian pihak orang ramai, oleh itu, dia menyedari secara langsung bahawa nilai penampilan diri adalah satu espek yang penting.

Sebelum ini, beliau giat dalam bidang peragaan dan acara ratu cantik. Beliau mewakili Malaysia sebagai Malaysia Queen di pertandingan Worldwide International 2017 dan berada dalam calon 10 terbaik dunia. Beliau juga merupakan seorang usahawan berjaya dalam bidang perniagaan dan telah dianugerahkan The Phoenix Awards atas pencapaian cemerlang dan teladan beliau. Anugerah tersebut diperolehi beliau kerana beliau merupakan salah seorang World Successful Woman 2017.

Selain itu, beliau merupakan seorang pelatih yang terlatih dan bertauliah yang telah dianugerahkan The Certificate in Image Professional (CBIP) oleh Open University Malaysia (OUM). Bkay Nair juga merupakan jurulatih bertauliah dalam Program Accelerated Learning in Action (ALIA).

Sebagai seorang yang dermawan, beliau telah melibatkan dirinya dalam pelbagai acara dan program dengan melakukan perkhidmatan sosial untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan melalui Soroptimist International Ampang, World Hijab Day International dan World Saree Day Malaysia[7]. Beliau berusaha mencari dana Persatuan Sindrom Down Malaysia (PDSM) dengan menganjurkan pertunjukkan fesyen World Saree Day Malaysia[8] yang menggabungkan kanak - kanak istimewa Sindrom Down sebagai model [9]yang memperagakan rekaan - rekaan sari yang mempersona di acara pertunjukkan fesyen tersebut.

Beliau telah membuat seminar dan bengkel awam untuk ratusan ribu pekerja korporat serta latihan catwalk untuk model dan mereka yang ingin menceburi bidang model.[10] Pembelajaran one-on-one juga dilaksanakan kepada golongan eksekutif, profesional, dan kakitangan perkhidmatan Pelanggan dari pelbagai bidang.

Kehidupan peribadi

Bkay Nair ialah anak tunggal dalam keluarganya dan merupakan lulusan dalam bidang Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[11] Beliau juga ialah pemilik dan Pengarah syarikat Bkay Nair Resources.


Khidmat sosial NGO

Bkay Nair juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai program dan khidmat sosial dan NGO . Berikut merupakan persatuan - persatuan dan jawatan yang disandang oleh beliau :

Persatuan Jawatan
Fashion Business Development Association of Malaysia (PEFEM) President
Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) Council Member
Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Association (MFMPA) Treasurer
Malaysian Association of South India Deputy Secretary General

Berikut pula merupakan antara persatuan - persatuan dan jawatan yang turut pernah disandang oleh beliau sebelum ini:

Persatuan Jawatan
Institute of Image and Cosmetology Industry (IICI) Bureau Head of Fashion and Beauty
Malaysia Association of Brand and Consultancy (MABIC) Vice President (Events)
ASEAN Chambers of Commerce Women's Bureau
The Branding Association of Malaysia Life Time Member


Latihan

Bkay Nair merupakan jurulatih bertauliah yang mendapat sijil tauliah The Certificate in Image Professional (CBIP) oleh Open University Malaysia (OUM) dan jurulatih bertauliah Accelerated Learning in Action Programme (ALIA). Berikut merupakan antara sijil tauliah yang dimilikinya:

● Certified Brand Image Professional

● PSMB Certified Trainer

● Certified Accelerated Learning in Action Programme Trainer

Sebagai perunding imej yang berkemahiran dan bertauliah beliau telah melatih lebih 100,000 peserta seminar dan bengkel daripada pelbagai sektor, termasuk awam dan korporat.[12]

Antara topik yang diajar  beliau ialah  Imej Korporat Profesional, Grooming, Etika Perniagaan & Protokol, Penjenamaan Individu, Penjenamaan Media Sosial, Perkhidmatan Pelanggan, Komunikasi & Ucapan Awam, Latihan Pengurusan Projek dan Kemahiran Pengurusan.

Pertunjukkan Fesyen

WORLD SAREE DAY MALAYSIA

World Saree Day Malaysia [13]diadakan pada 19 Mac 2023 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat adalah sebuah acara pertunjukkan fesyen yang dianjurkan oleh Bkay Nair Resources yang merupakan pertama kali diadakan dan disambut di Malaysia bagi memperkenal keunikan dan budaya pemakaian sari di Malaysia sambil memberi kesedaran tentang Sindrom Down menjadi matlamat utama penganjuran acara pertunjukkan fesyen tersebut.

Acara pertunjukkan fesyen yang diarahkan oleh Bkay Nair ini menampilkan lebih 60 sari pelbagai material, tekstil dan gaya[14]. Acara ini adalah gabungan antara amal, pendidikan, budaya dan fesyen yang dapat membantu mengumpul dana tambahan untuk perbelanjaan latihan kerjaya dan pembelajaran golongan Sindrom Down[15]. Walaubagaimanapun, acara ini dapat memberi peluang kepada komuniti mengenai Sindrom Down dan menunjukkan keupayaan serta potensi mereka selain memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tradisi dan budaya pakaian tradisional India iaitu sari[16].


NAVARASA HERITAGE FASHION SHOW

Navarasa Heritage Fashion Show[17] diadakan pada 12 Oktober hingga 14 Oktober 2023 telah berlangsung selama tiga hari iaitu dua hari bengkel pembelajaran batik dan songket dan satu hari acara pertunjukkan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur[18]. Navarasa Heritage Fashion Show ini juga dianjurkan oleh Bkay Nair Resources. Acara pertunjukkan fesyen ini menampilkan rekaan yang mempersonakan yang menggabungkan tekstil tradisional Malaysia[19] dengan reka bentuk fesyen moden yang diilhamkan oleh sari atau lebih dikenali sebagai 'Sari Malaysia'.[20]

Acara ini menampilkan 44 model yang mempamerkan 77 rekaan busana yang direka oleh 11 orang pereka fesyen tempatan[21]. Rekaan yang dipamerkan diilhamkan oleh kepelbagaian budaya Malaysia yang dibuat dengan teliti daripada batik, songket dan sutera Malaysia. Acara ini bukan sahaja menggalakkan pemeliharaan budaya tetapi juga memperkasakan artis, pereka dan penenun tempatan serta mewujudkan platform untuk pereka mempamerkan kreativiti mereka sambil menggabungkan tekstil tradisional ke dalam rekaan mereka. Pertunjukkan fesyen yang diarahkan oleh Bkay Nair ini disokong oleh kementerian pelancongan, seni dan budaya (MOTAC)dan Kementerian Pelancongan Malaysia.[22]


MALAYSIAN HERITAGE FASHION SHOW

Malaysian Heritage Fashion Showcase[23] bakal berlangsung pada tahun ini adalah acara pertunjukkan fesyen yang mempamerkan seni tekstil tradisional Malaysia yang menggabungkan sari, batik dan tekstil Malaysia yang disokong oleh Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia (PEFEM), persatuan baharu yang bakal dilancarkan pada hari berlangsungnya acara pertunjukkan fesyen tersebut. Acara pertunjukkan fesyen ini turut dianjurkan oleh Bkay Nair Resources sekali gus merupakan acara pertunjukkan fesyen yang ketiga di anjurkan dan di arahkan oleh Bkay Nair.

PEFEM membantu dan menyokong acara pertunjukkan fesyen ini dengan menyediakan platform untuk artis dan pereka batik tempatan untuk mempamerkan kemahiran mereka dan memupuk rasa bangga dalam masyarakat dan negara terhadap tekstil Malaysia. Inisiatif ini adalah untuk menyokong dan memelihara dan mengekalkan kraf tradisional di Malaysia. Acara ini bukan sahaja bertujuan bagi menyokong dan memelihara kraf tradisional yang menggabungan batik, sari dan tekstil Malaysia malahan membuka peluang kepada pereka tempatan terutamanya anak - anak muda yang baru dalam industri fesyen dan pereka - pereka tempatan yang tidak mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam industri rekaan kraf tradisional. Peluang yang dibuka ini diharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan dan mengekalkan pereka fesyen pakaian tradisional supaya terus kekal relevan dan tidak ditenggalam zaman.

Persatuan

PERSATUAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN FESYEN MALAYSIA (PEFEM)

Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia (PEFEM)  ditubuhkan bagi tujuan memajukan industri fesyen tempatan melalui inovasi, pengembangan pasaran, pendidikan, kerjasama industri dan pemeliharaan budaya dalam fesyen. Persatuan ini akan membantu pereka - pereka tempatan meningkatkan kualiti dan inovasi melalui memberi peluang penglibatan dalam pertandingan reka bentuk dan pameran antarabangsa bagi memperluaskan lagi jangkauan pasaran pereka tempatan Malaysia.

Selain itu, PEFEM juga menyediakan pendidikan dan bimbingan dalam teknologi fesyen kepada pereka tempatan. Kemudahan seperti platform e-dagang turut disediakan melalui kerjasama dan portal dalam talian untuk mempromosikan warisan budaya dan pakaian budaya Malaysia dengan memelihara dan memupuk rangkaian industri  tradisional dan ketukangan

Anugerah

Bkay Nair telah mendapat pelbagai anugerah atas pencapaian beliau antaranya ialah :

Anugerah Tahun
Brand Image Entrepreneurship of The Year 2021
Brand Image Entrepreneurship of The Year 2020
Sahaba Awards by World Hijab Day 2019
Style Icon of 2018 Awards by Stylo International 2018
The Golden Phoenix Awards -Outstanding Women Entrepreneur 2017


Acara Ratu Cantik

Selain itu, beliau juga cukup aktif dalam dunia peragaan dan bidang ratu cantik. Dalam dunia peragaan dan ratu cantik pula Bkay Nair pernah menyertai pelbagai acara ratu cantik dan menyandang pelbagai gelaran antaranya ialah:

Acara Ratu Cantik Tahun
Miss Malaysian Indian Tourism 2007 / 2008
Miss Malaysia Indian Global 2008 / 2009
Petite Malaysia World, 3rd Runner-Up & photogenic 2016 / 2017
Malaysia Worldwide Queen 2017
Ms Kebaya Malaysia Ambassador 2017
Worldwide International 2017
Miss Malaysia Kebaya Timeless Elegant Queen 2018
Brand Ambassador for Aessence Clinic & Medispa 2018

Kontroversi

Beliau dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Eina Azman susulan perbalahan yang berlaku sewaktu filem Ratu The Movie ditayangkan pada Februari 2011, selepas Eina dikatakan cuba mencetuskan kontroversi apabila dikhabarkan menjadi dalang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip, dengan mendakwa Abd Latiff Mohaideen (adik Abdul Razak Mohaideen) mempunyai skandal dengan Bkay yang ketika itu merupakan Pengurus Koordinasi dan Perhubungan Awam Wayang Studios International, anak syarikat Lineclear.[24] Bkay turut mendakwa Eina belum mengeluarkan kenyataan permohonan maaf berikutan penyebaran fitnah itu dan mengatakan sudah ada tindakan undang-undang terhadap Eina namun segala urusan dilakukan oleh bapanya memandangkan usia Eina masih muda. Meskipun kontroversi itu, Bkay dilaporkan berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama Eina pada masa akan datang.[25][26]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Ratu The Movie Shireen Filem pertama
Raya Tak Jadi
2012 Bujang Telajak
2013 Pilot Dara Telemovie RTM
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia
2019 Banglo No. 99 Sharifah


Iklan Komersial

Tahun Tajuk
2007 Ogawa
2007 Radiq Cola
2007 Talian Nur
2008 Property ad India
2008 F&N
2009 Prudential Health
2010 Kao Laurier
2010 Impian Anggun 3
2011 Julie's
2011 Breeze
PSA (FINAS)
Kementerian Kesihatan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Gerak Khas (Musim 13) Noritta TV2 Episod: "Cinta Berdarah"
Dewa Cintaku TV3
Musim Kirana RTM

Rujukan

  1. ^ Fatin Rozaini Abd Aziz (7 Disember 2019). ""Jika ada rezeki untuk berkahwin lagi saya tak menolak" - Bkay Nair kembali ke set penggambaran selepas enam tahun menyepi". mStar Online. Dicapai pada 9 Mei 2020.
  2. ^ Kemalia Othman (18 April 2011). "Bkay tolak jadi peguam". mStar Online. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  3. ^ "Bkay Nair Resources - Google Search". www.google.com. Dicapai pada 2024-08-23.
  4. ^ Zulraez, Yasmin. "Navara Fashion Show Filled with Heritage". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-23.
  5. ^ "World Saree Day Malaysia aims to introduce saree culture, raise awareness of Down Syndrome". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-23.
  6. ^ "Malaysian Heritage Fashion Showcase is back!". www.instagram.com. Dicapai pada 2024-08-23.
  7. ^ "World Saree Day Malaysia Perkenal Keunikan Sari, Beri Kesedaran Tentang Sindrom Down". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-23.
  8. ^ "World Saree Day Malaysia tampil budaya pakaian tradisi kaum India, tingkat kesedaran Sindrom Down". Malaysianews TV (dalam bahasa Inggeris). 2023-03-01. Dicapai pada 2024-08-26.
  9. ^ MalaysiaGazette, Wartawan (2023-03-31). "Bantu impian pengidap Sindrom Down jadi model". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-23.
  10. ^ "Lebih Mencabar Apabila Saya Sebaya Anak Mereka Seolah Sukar Diterima". RojakDaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-23.
  11. ^ Siti Azira Abd Aziz (4 Julai 2011). "Bkay Nair menari untuk hilang tekanan". mStar Online. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  12. ^ Tarmudi, Hajahfarhana (2017-10-16). "Lonjak imej individu". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-22.
  13. ^ "World Saree Day Malaysia Perkenal Keunikan Sari, Beri Kesedaran Tentang Sindrom Down". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-26.
  14. ^ NSP STUDIO PRODUCTION (2023-03-24), WORLD SAREE DAY MALAYSIA 2023, dicapai pada 2024-08-26
  15. ^ Lifestyle, Anne Grace Savitha @ FMT (2023-03-24). "A showcase of sarees to raise awareness on Down Syndrome". A showcase of sarees to raise awareness on Down Syndrome (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-26.
  16. ^ "Charity event showcasing saree and differently abled". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-26.
  17. ^ "NAVARASA HERITAGE FASHION SHOWCASE AND DESIGNER'S RECOGNITION AWARD". NAVARASA HERITAGE FASHION SHOWCASE AND DESIGNER’S RECOGNITION AWARD. Dicapai pada 2024-08-26.
  18. ^ Zulraez, Yasmin. "Filled with heritage". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-26.
  19. ^ "Fesyen Inspirasi Saree Warnai Kemuncak Pertunjukkan Fesyen Warisan Navarasa". BH Berita Harian. Oktober 16, 2023. Check |archive-url= value (bantuan)
  20. ^ "Making a bold statement by reimagining saree". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-26.
  21. ^ Murugesan, Meera (2023-11-07). "#FASHION: Salute to culture and tradition | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-26.
  22. ^ BERNAMA TV (2023-10-16), Fesyen Navarasa raikan warisan Malaysia dengan penuh gemilang, dicapai pada 2024-08-26
  23. ^ "Malaysian Heritage Fashion Show is Back !!". www.instagram.com. Dicapai pada 2024-08-26.
  24. ^ Wahida Othman (20 Julai 2011). "Perang Eina & Bkay belum selesai". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  25. ^ Wahida Othman (20 Julai 2011). ""Eina belum minta maaf" - Bkay Nair". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  26. ^ Rudy Imran Shamsuddin (9 Februari 2011). "Bersemuka pelakon 'bawa mulut'". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2011. Dicapai pada 1 Mac 2020.

Pautan luar