Bahasa Indo-Arya (termasuk juga Indik dalam konteks kajian Indo-Eropah) [1] ialah salah satu cabang daripada keluarga bahasa Indo-Eropah.
Mengikut anggarannya pada tahun 2005, SIL International menghitung sejumlah 209 kelainan bahasa Indo-Arya, dengan jumlah penutur aslinya sebanyak 900 juta. Bahasa Indo-Arya merupakan salah satu subkumpulan bahasa Indo-Iran yang terdiri daripada dua kumpulan bahasa, iaitu kumpulan bahasa Iran dan kumpulan bahasa Nuristani. Bahasa-bahasa Indo-Arya yang terutama daripada segi bilangan penutur asli ialah:
Bahasa Hindustan (Hindi dan Urdu): kira-kira 540 juta;
Bahasa Benggala:
kira-kira 260 juta;
Bahasa Punjab:
kira-kira 100 juta;
Bahasa Marathi:
kira-kira 90 juta;
Bahasa Gujarat:
kira-kira 45 juta;
Bahasa Nepal:
kira-kira 40 juta;
Bahasa Oriya:
kira-kira 30 juta;
Bahasa Sindh:
kira-kira 20 juta;
Bahasa Sinhala:
kira-kira 16 juta;
Bahasa Saraiki:
kira-kira 14 juta;
Bahasa Assam:
kira-kira 14 juta.
Pengelasan
Disebabkan oleh ketiadaannya batas yang ketara antara bahasa-bahasa Indo-Arya, tidak terdapatnya pengelasan yang jelas. Bagaimanapun, bahasa Indo-Arya biasanya dibahagikan seperti yang berikut:
Bahasa Pahari atau Bahasa Utara, seperti bahasa Nepal;
Bahasa Barat Laut, seperti bahasa Punjab Barat (Lahnda):
Bahasa Dard, seperti bahasa Kashmir: Digolongkan oleh SIL sebagai Barat Laut, tetapi kedudukannya yang tepat dalam bahasa Indo-Arya atau antara bahasa Indo-Arya dan bahasa Iran tidak dapat dipastikan.
Bahasa Barat, seperti bahasa Gujarat dan mungkin juga bahasa Romani (dalam pengelasan bahagian Madhyan SIL)
Bahasa Magadan atau Timur, seperti bahasa Assam dan bahasa Benggala;
Bahasa Selatan, seperti bahasa Marathi dan bahasa Konkan:
Bahasa Indik Kepulauan, seperti bahasa Sinhala dan bahasa Dhivehi.
Lihat juga
Kata pinjaman Indo-Arya dalam bahasa Tamil
Keluarga tulisan Brahmi
Kesinambungan Proto-Veda
Orang Indo-Arya
Orang Indo-Iran
Penghijrahan Indo-Arya
Sejarah linguistik India
Senarai bahasa Indo-Arya
Rujukan
^Perhatikanlah bahawa, berbeza dengan kata sifat generik "India", "Indik" ialah istilah yang digunakan dalam bidang lingustik Indo-Eropah, dan bukan betul-betul sepatah istilah geografi; bahasa bukan Indo-Eropah yang dituturkan di India tidak terangkum dalam istilah "Indik", manakala penutur superstratum Indo-Arya di Mitanni mungkin merupakan penutur bahasa Indik yang tidak pernah menetap di subbenua India.
Pautan luar
The Indo Aryan languages
The Indic languages Diarkibkan 2004-12-08 di Wayback Machine
Transliteration of Indic Languages & Scripts - Dr. Anthony Stone's Page
Survey of the syntax of the modern Indo-Aryan languages (Rajesh Bhatt)