Anugerah Juara Lagu ke-19
Anugerah Juara Lagu ke-19 | |
---|---|
Tarikh | 16 Januari 2005 |
Tempat | Stadium Putra Bukit Jalil |
Pengacara | Sarimah Ibrahim Najip Ali Cheryl Samad |
Penerbit | Rashidah Karim Muhamad Sufian Isa |
Pengarah | Muhamad Sufian Isa |
Tempoh Tayangan | 3 jam |
Juara Lagu | "Relaku Pujuk" |
|
Anugerah Juara Lagu 2004 telah diadakan pada 16 Januari 2005 jam 8.30 malam dan bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah Juara Lagu kali ini adalah Anugerah Juara Lagu yang ke-19 (AJL 19) dan bertemakan "Simfoni Alam Sejuta Ilham". 3 unsur alam telah digunakan untuk mewakili tiga kategori yang dipertandingkan iaitu "tanah" untuk kategori irama malaysia dan etnik kreatif, "angin" bagi kategori balada dan "api" untuk kategori pop rock.
Anugerah Juara Lagu ke-19 yang diacarakan oleh Sarimah Ibrahim, Najip Ali dan Cheryl Samad telah membawakan 12 buah lagu untuk dipertandingkan di peringkat akhir Juara Lagu untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-19 bagi tahun 2004.
Finalis
Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-19 , sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-19.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-19:
Kategori | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Irama Malaysia Etnik Kreatif | "Nazam Berkasih" | Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) | Syed Indera Syed Omar (Siso) | Syura Badron | "Balaghah" [1] | Fantasia Music City | Finalis |
Pop Rock | "Tipah Tertipu" | Farrish Zaquan Ramli (Cat Farish) Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode) | Farrish Zaquan Ramli (Cat Farish) Kamaruzzaman Zain (Zain Hamid) | Kumpulan Ruffedge | "Defined" | Universal Music - EMI / Positive Tone | |
Balada | "Semua Untukmu" | Shahrizan Salmi | Anuar Zain | "Anuar Zain - Vol 2" [2] | Universal Music - EMI / Syncrosound | ||
Irama Malaysia Etnik Kreatif | "Syair Pesona" | Azhar Abu Bakar (Azmeer) | Azira Azid | Sharifah Zarina | "Sharifah Zarina" [3] | Interglobal Music | |
Pop Rock | "Hanya Di Mata" | Azlan Abu Hassan | Ishak Ahmad (Ucu) | Erra Fazira | "Kini Kembali" [4] | Sony Music - Erra Fazira Entertainment | |
Balada | "Kala Hujan" | Aidit Alfian | Rosli Khamis (Loloq) | Zamani Ibrahim | "Zamani Terbaik" [5] | NOVA Muzik - BMG | |
Irama Malaysia Etnik Kreatif | "Hatinya Tak Tahan" | Noraniza Idris | Syed Indera Syed Omar (Siso) | Noraniza Idris | "Sawo Matang" [6] | Universal Music- Gerak Budaya Records | Persembahan Terbaik |
Pop Rock | "Simbiosis (Cinta Padamu)" | Mohd Faizal Maas (Ajai) | Ahmad Shahadrian Abdul Samad (Ad Samad) | Ella | "Simbiosis" | Universal Music- EMI | Finalis |
Balada | "Mengapa Harus Cinta?" | Vince Chong | M. Zulkifli | Vince Chong | "Vince" [7] | Universal Music- EMI / Maestro | |
Irama Malaysia Etnik Kreatif | "Erti Hidup" | Afdlin Shauki Fauzi Samim (Aji) | Afdlin Shauki | Dayang Nurfaizah | "Dayang Sayang Kamu" [8] | New Southern Records - DN&AD | Juara Kategori |
Pop Rock | "Rela Ku Pujuk" | Rustam Mustafah (Tam) | Mohd Khirin Omar (Keon) | Kumpulan Spider | "Nazraku" [9] | NAR Records - Luncai Emas | Juara Juara Kategori |
Balada | "Pulangkan" | Mohd Faizal Maas (Ajai) | Habsah Hassan Shuhaimi Baba | Misha Omar | "Aksara" [10] | Sony Music | Juara Kategori Vokal Terbaik |
Personel
Berikut adalah senarai tenaga produksi Anugerah Juara Lagu ke-19 :
Muhamad Sufian Isa - Pengarah / Penerbit
Rashidah Karim - Penerbit
Tg Sahilawati Tg Jehori - Penolong Penerbit
Roslina Abd Rahman - Penolong Penerbit
Adnan Suhaimi - Penolong Penerbit
Ismail Rasakh - Pembantu Penerbitan
Rozilawati Zainordin - Pembantu Penerbitan
Pemenang
- Juara Lagu: Relaku Pujuk (Lagu:Tam/Lirik:Keon/Kumpulan Spider)
- Kategori:
- Balada: Pulangkan (Lagu: Ajai / Lirik: Habsah Hassan & Shuhaimi Baba / Misha Omar)
- Pop Rock: Relaku Pujuk (Lagu: Tam / Lirik: Keon / Kumpulan Spider)
- Irama Malaysia dan Etnik Kreatif: Erti Hidup (Lagu: Afdlin Shauki & Aji / Lirik: Afdlin Shauki / Dayang Nurfaizah)
- Persembahan Terbaik: Noraniza Idris (Hatinya Tak Tahan)
- Vokal Terbaik: Misha Omar ("Pulangkan")
Jemaah Juri
- Farihin Abdul Fatah (Ketua Juri)
- Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S.)
- Ooi Eow Jin
- Amran Omar
- Aubrey Suwito
- Sheila Majid
- Shuhaimi Jais
- Lim Swee Tin
- Datuk Yusni Hamid
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
Trivia
- AJL edisi kali ini merupakan penampilan terakhir penyanyi Anuar Zain sebelum beliau membuat keputusan untuk tidak lagi bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu pada edisi seterusnya. Bagaimanapun pada tahun 2011, lagu nyanyian beliau Sedetik Lebih berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-26. Namun disebabkan pendirian tetap beliau sebelum ini, maka Edry Abdul Halim sebagai pencipta lagu tersebut telah bertindak memilih Jaclyn Victor untuk menjadi penyanyi gantian untuk menyampaikan lagu tersebut.
- ^ https://www.discogs.com/Syura-Balaghah/release/12922684
- ^ https://akubudakpenang.blogspot.com/2012/05/anuar-zain-anuar-zain-2002.html
- ^ https://www.discogs.com/Sharifah-Zarina-Sharifah-Zarina/release/15788874
- ^ https://music.apple.com/us/album/kini-kembali/326538072
- ^ https://akubudakpenang.blogspot.com/2012/05/zamani-terbaik-2012.html
- ^ https://www.discogs.com/Noraniza-Idris-Sawo-Matang/release/7290044
- ^ https://open.spotify.com/artist/1uUfUcoXa6KUFeHmbRMzrj
- ^ https://www.discogs.com/Dayang-Dayang-Sayang-Kamu/release/6960999
- ^ https://www.discogs.com/Spider-Nazraku/release/8183713
- ^ https://music.apple.com/gb/album/aksara/921540247