Alergi Mamat Romantik
- Drama
- keluarga
- Cinta
- Komedi
karya Ezza Mysara
- Zara Zya
- Fadlan Hazim
- Syazwan Zulkifly
- Aprena Manrose
- Jasper Supayah
- 480i (SDTV)
- 1080i (HDTV)
Alergi Mamat Romantik ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Harris Fadzillah, di bintangi oleh Zara Zya, dan Fadlan Hazim. Siri ini memulakan tayangan di TV Okey 24 Mei 2020.[1]
Sinopsis
Kisah Nurul Kaisara seorang penulis novel yang alergi dengan lelaki romantik. Kaisara merahsiakan identiti dia sebagai penulis novel. Diugut oleh Arjuna peguam baru ditempat kerjanya, Kaisara terpaksa mengajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara.
Sambil belajar menjadi romantik, Arjuna cuba memikat Kaisara. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya. Kaisara dan Arjuna akhirnya berkahwin dan ujian datang melanda. Tanpa kurniaan seorang anak, Kaisara merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suami berkahwin lain.
Pelakon
- Zara Zya sebagai Nurul Kaisara
- Fadlan Hazim sebagai Arjuna
- Aprena Manrose sebagai Alana
- Syazwan Zulkifly sebagai Bakhtiar
- Jasper Supayah sebagai Miasara
- Sazrin Aizul sebagai Razi
- Zulkifli Ismail sebagai Dato' Bakar
Rujukan
- ^ Drama Alergi Mamat Romantik mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.