Abu Bakar Juah
Abu Bakar Juah | |
---|---|
Kelahiran | Abu Bakar bin Mohd Juah (1948-04-20)20 April 1948 Taiping, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 15 Ogos 2020(2020-08-15) (umur 72) Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia |
Sebab kematian | Kanser usus |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras |
Pekerjaan | Pelakon, pegawai penjara |
Tahun aktif | 1976–2018 |
Pasangan | Rusidah Mohd. Yassin (k. 1980–2020) |
Anak-anak | 4 |
Abu Bakar bin Mohd Juah (20 April 1948 – 15 Ogos 2020) merupakan seorang pelakon lelaki dan bekas pegawai penjara Malaysia. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Kanan Penjara Taiping sebelum mula bersara pada 2005.[1]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya awal sebagai Pengarah Kanan Penjara Taiping sebelum bersara pada 2005. Abu Bakar, semasa masih berkhidmat dalam pejabat kerajaan, beliau memulakan kerjaya lakonan dalam filem dan televisyen. Selain itu, beliau turut menyumbangkan suaranya dalam beberapa iklan televisyen. Beliau bersara dari kerjaya lakonan pada 2018 akibat kemerosotan keadaan kesihatan beliau.
Sakit dan kematian
Beliau disahkan menghidap kanser hati pada tahun 2016. Namun begitu, beliau disahkan bebas dari kanser usus tahap empat selepas menjalani 12 sesi rawatan kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Beliau meninggal dunia di kediamannya di Cheras, Kuala Lumpur pada petang 15 Ogos 2020.[2] Beliau meninggalkan balu, Rusidah Mohd. Yassin yang dikahwininya pada 1980, empat anak dan seorang cucu.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1984 | Matinya Seorang Patriot | Shamsul | |
1987 | Puteri | Pak Ngah | |
1993 | Azizah The Legend | Sidek | |
2009 | Jangan Tegur | Imam | |
2011 | Senjakala | Tok Penghulu | |
2017 | Wanita Terindah | Irman Jamaluddin | Tayangan eksklusif Astro First Eksklusif & Netflix |
Rempit Sampai Langit | Pak Cik | Penampilan khas | |
2018 | Dukun | Hakim |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008–2009 | Puaka Niyang Rapik | Tok Dalik | TV3 | |
2009 | Ceplos | Pak Jamal | ||
Akukah Tanggang | ||||
Gerak Khas (Musim 11) | Tok Lela | TV2 | Episod: "Bomoh Oh Bomoh" | |
2010 | Siong | Arya Mitra | TV3 | |
Durja Ningsun | Haji Shaaban | |||
Chinta | Haji Karim | |||
2011 | Tanah Kubur (Musim 1) | Tuan Syuib | Astro Oasis | Episod: "Ular Hitam" |
Makbul | Datuk Kahar | TV2 | ||
Sahara | Mazlan | TV3 | ||
Terowong | Ayah | Episod: "Bidan" | ||
2011–2012 | Karma | TV9 | Penampilan khas | |
2012 | Pelangi Kasih | Haji Mahmood | TV3 | |
Lara Hati | Mat Isa | TV9 | ||
Citra Juwita | Dato' Amin | |||
Tanah Kubur (Musim 3) | Hj Midon | Astro Oasis | Episod: "Rohnya Pulang" | |
Darjat | Dato' Mansor | TV3 | ||
2014 | Tanah Kubur (Musim 11) | Pak Dol | Astro Oasis | Episod: "Berteman Jin" |
2015 | Tanah Kubur (Musim 13) | Osman | Episod: "Sayang Kawan, Hina Ayah" | |
2016–2017 | Isteri Tuan Ihsan | Tan Sri Shamsuddin | Astro Ria | |
2018 | Mr. Grey | Pak Chad | Drama terakhir |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1992 | Keranamu Kekasih | TV3 | |
2008 | Ihsan | Kopral Mansur | |
Tak Serupa Tapi Sama | |||
2009 | Azam | Atok | TV2 |
2013 | Awang Batil Terakhir | Astro Prima | |
2016 | Hati Yang Musafir | TV1 |
Rujukan
- ^ "Abu Bakar Juah buka syarikat keselamatan". Utusan Melayu. 31 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-12. Dicapai pada 2019-01-11.
- ^ Pelakon veteran Abu Bakar Juah meninggal dunia, Astro Awani Dicapai pada 15 Ogos 2020
Pautan luar
- Abu Bakar Juah di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Abu Bakar Juah di Instagram
- Abu Bakar Juah di Facebook